Gambar ini dari koleksi Pak Habib fb ( Syed Mustafar Benyahya )
Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah “ Ya La Tif ” bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan.” Ya La Tif ” juga dijadikan azimat yang berguna.
PEGAWAI – PEGAWAI KANAN
BIL
|
NAMA
|
JAWATAN
|
1
| YH DATO’ SABJAN BIN SALLAHUDIN, DIMP, AMP |
PENGELOLA BIJAYA DIRAJA KDYMM SULTAN PAHANG
|
2
| AHMAD KHIRRIZAL BIN AB RAHMAN, AAP |
SETIAUSAHA SULIT KDYMM SULTAN PAHANG
|
3
| YANG MULIA DATUK PADUKA MAHARAJALELA |
- YANG HORMAT DATO’ SETIA PERKASA PAHANG
- TENGKU DATO’ HAJI ASMAWI BIN TENGKU HAJI HUSIN,
- DSAP., DIMP., SAP., AMN
- DATUK PADUKA MAHARAJALELA
- 4YANG MULIA DATO’ SETIA PAHLAWAN
- YANG HORMAT TENGKU DATO’ HAJI ISKANDAR ABU BAKAR
- BIN TENGKU ALI, DSAP., DIMP., SAP., AMN., PJK
- PEGAWAI PROTOKOL ISTANA
- 5
- LT. KOL ( B ) CHE DAN BIN MAT
- SETIUSAHA SULIT KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG
- 6
- LT. KOL ( B ) HJ NOR HASHIM BIN ABD AZIZ
- SETIAUSAHA SULIT KHAS KDYMM SULTAN PAHANG
- 7
- PUAN HAJJAH NOORLAILY BINTI HAJI SUBKI
- SETIAUSAHA PERIBADI KDYMM SULTAN PAHANG
- 8
- DATO’ SABARUDIN BIN SULAIMAN,
- DIMP., AMP.,PKC., PKT.
- SETIAUSAHA JUMAAH PANGKUAN DIRAJA NEGERI
- 9
- LOKAL RANK LEFTENAN KOLONEL
- NAZATUL RINA BINTI LASIM
- JURUIRING TENTERA
- 10
- DATO’ AHMED HASSANEIN BEY BIN MUHD ALI PIAH,
- DIMP., SMP., JSD.
- SETIAUSAHA PERIBADI KDYMM SULTAN PAHANG
- 11
- TENGKU NAJIRULZAMAL BIN TG JAMALUDIN, AMP
- JURUIRING KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG
- 12
- ABDUL RAHMAN BIN ENDUT, AMP
- JURUIRING KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG
- 13
- YM TENGKU AHMAD RIEZARUL BIN TENGKU AHMAD FADZILLAH
- SETIAUSAHA PEJABAT
- 14
- TUAN SAYED MD SAIFUDDIN BIN SYED ABU BAKAR, PKT.,PJK
- KETUA PEMBANTU TADBIR ( AM )
- 15
- ZANARIAH BINTI YUSOF
- KETUA PEMBANTU TADBIR ( HRMIS )
- 14
- MAT SAM BIN ABDUL MALEK
- KETUA PEMBANTU TADBIR TANAH KESULTANAN
Ampun Tuanku beribu ampun,segala yang patik tulis dan paparkan di blog patik ini berdasarkan pada penyelidikan patik dari laman laman web,blog dan wikipedia yang terdapat di alam siber, serta atas kecintaan patik terhadap duli tuanku yang merupakan raja negeri patik.Sekiranya terdapat kecacatan dan kesilapan dalam tulisan patik,patik mohon ampun dan maaf,Ampun Tuanku.
UNTUK FOTO BERSAIZ BESAR SILA MKLIK DIATAS FOTO
Artikal ini berkait rapat dengan Artika( sila klik tajuk berkaitan)
8888888888888888888888888888888888
Klik texure photo hazis instrumental Romantic
1.
RELAX LA…KEJAP…BERSAMA CLIP VIDEO INI DAN HAYATI,CLIP VIDEO INI SAYA SUSUN SEMULA DENGAN MEMASUKKAN IMAGE….SAUDARA BOLEH ADD CLIP INI DI facebook saya = hazaldin
Berkunjung lah ke :
Sama sama lah kita membantu mereka,hulurkan lah derma iklas saudara kepada saudara kita yang sedang di zalimi,lihat video clip ini dan sms ke no yang tertera….
8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
2.
Istana Abu Bakar Pekan Pahang
3.
Istana Sultan Pahang di Cameron Highland
4.
istana lama sultan pahang di Pekan
SULTAN PAHANG DAN SALASILAH NYA
Sejarah kesultanan
Kesultanan Negeri Pahang adalah daripada keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri.
Kesultanan Negeri Pahang telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shahiaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang telah diperintahkan oleh Kerajaan Siam.
Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmadtelah dilantik Sultan Ahmadsebagai Sultan di Pahang. Pada tahun 1617, Kerajaan Acheh telah menyerang Pahang di mana Sultan Ahmad bersama anggota keluarganya telah dibawa ke Acheh.Dengan ini, berakhirlah era pemerintahan Kesultanan Pahang yang berasal daripada zuriat Sultan Melaka secara langsung.
5.
Makam Sultan Alauddin Riaayat Shah ibn Sultan Mansur Shah di percayaai makam sultan yang tertua.
Seterusnya, pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II. Namun demikian, pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang) tidak lama, di mana Baginda telah terbunuh dalam peristiwa menuntut bela oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) di atas kematian isterinya yang diriwayatkan sebagai di bawah titah Sultan Mahmud Shah. Oleh kerana Baginda tidak meninggalkan zuriat, maka pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).
Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaranSultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Seorang lagi putera Baginda, Tengku Sulaiman menggantikan Baginda sebagai Sultan bagi Kerajaan Johor-Pahang-Riau, dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja, Wan Ahmad. Pada tahun 1824, pihak Belanda telah mengikat perjanjian dengan Inggeris yang mengakibatkan pemisahan pemerintahan di antara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula dengan Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.
6.
Sultan I
Sultan Ahmad Al Muadzam Shah 23/5/1836 – 19/5/1914
7.
First Durbar (Conference of Rulers) held at Kuala Kangsar, Malaya (now Malaysia) in 1897. Seated, left to right Hugh Clifford (Resident of Pahang), J.P. Rodger (Resident of Selangor), Sir Frank Swettenham (Resident
Duli Yang Maha MuliaSultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah ialah anakanda kepada Bendahara Alidengan Che Long, juga dikenali sebagai Che Lingga. Bendahara Ali adalah pemerintah Negeri Pahang bagi tahun 1806 hingga 1857 .
8.
Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah telah diputerakan pada 23 Mei 1836bersamaan 5 Muharram 1252 H, di istana ayahandanya di Pulau Maulana, Pekan. Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah merupakan putera yang kelima dari sebelas saudara. Baginda telahdiisytiharkan menjadi Sultan pada 16 Ogos 1882. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah telah mangkat pada 9 Mei 1914, setelah memerintah selama lebih kurang lima puluh tahunpenuh daulat di atas takhta singgahsana kerajaan Negeri Pahang. Baginda mangkat dengan meninggalkan beberapa orang isteri, putera dan puteri, dan telah dimakamkan di Makam Diraja di Kampung Marhum, Kuala Pahang pada 11 Mei 1914.
9.
Sultan Ahmad _ photo dari pahangcomunity.
10.
Raja Raja Melayu
Sultan I1
Perkongsian hidup di antara Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah dengan Che Pah, seorang daripada isteri Baginda telah dikurniakan seorang putera yang bernama Tengku Mahmud pada hari Jumaat 4 Februari 1868 bersamaan 10 Syawal 1254H. Tengku Mahmud diberi layanan dan asuhan yang sempurna daripada pengasuh khas.
Walaupun Baginda mendapat pelajaran secara tidak formal tetapi tanda-tanda kepandaian, kecerdikan dan kebijaksanaan Baginda memang terserlah. Tengku Mahmud bijak berkira bicara dan berunding. Pegawai- pegawai British yang datang ke Pahang pada masa itu sangat tertarik hati dan memuji kebijaksanaan Tengku Mahmud. Pergaulan yang baik dengan pegawai-pegawai British memberi peluang kepada Tengku Mahmud belajar menulis dan membaca serta cara- cara berfikir sebagai seorang yang bakal menggantikan ayahandanya.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah telah mengangkat puteranya Tengku Mahmud menjadi Pemangku Raja pada 22 Julai 1889 bagi membantu Baginda di dalam urusan pemerintahan negeri. Kemudiannya, menurut persetujuan Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah yang disahkan di dalam Mesyuarat Negeri pada 11 Oktober 1891, Tengku Mahmud diberi gelaranTengku Besar Pahang iaitu gelaran kepada seorang bakal Sultan.
Baginda telah berkahwin dengan Tengku Mariam iaitu puteri kepada Al-Marhum Sultan Abu Bakar(Johor) pada Julai 1913 tetapi tidak meninggalkan zuriat.
Baginda menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Yang Memerintah pada 9 Mei 1914 danTengku Mariam pula dilantik sebagai Tengku Puan Besar. Pemerintahan Baginda sebagai Sultan tidak lama, apabila Baginda mangkat pada 19 Jun 1917 di Rumah Rehat Kuala Pahang.
Sultan III
Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah telah diputerakan pada malam Khamis, 25 Syawal 1296 bersamaan 12 Oktober 1874, di istana ayahandanya dan bondanya Cik Su’ma di Pekan Lama. Baginda merupakan putera yang kelima Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Bendahara Ali.
Baginda telah dilantik menaiki takhta kerajaan Negeri Pahang setelah kemangkatan kekanda Baginda iaitu Sultan Mahmud. Baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah pada bulan Mei 1919, di Balairung Seri Istana Seri Terentang, Pekan dengan penuh istiadat.
Baginda juga amat meminati seni dan budaya di mana semasa pemerintahan Baginda, kegiatan seni dan budaya seperti joget dan gamelan sangat giat diadakan. Kegiatan sukan dan permainan tradisional Melayu juga sering diadakan seperti lumba perahu, menuba, memburu dan silat.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah telah mangkat di Istana Kuning pada 22 Jun 1932 di hadapan sekalian putera- puteri, saudara- mara dan Orang- Orang Besar Negeri. Al-Marhum Baginda dimakamkan di Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang. Sebelum Al-Marhum Baginda dimakamkan, Yang Dipertua Adat Istiadat Negeri Pahang telah mengisytiharkan perlantikan putera Baginda, Tengku Abu Bakar iaitu Tengku Mahkota Pahang dilantik sebagaiSultan. Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah mangkat dengan meninggalkan tiga orang isteri iaitu Che Endut, Che Kalsum bt Abdullah dan Che Wan Chantik bt Wan Mohd Amin dengan sepuluh orang putera dan tujuh orang puteri.
Sultan IV
11.
12.
The late Sultan Abu Bakar officially declaring
Kuantan as the state capital in 1955, replacing Kuala Lipis.
Kuantan as the state capital in 1955, replacing Kuala Lipis.
Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddinAl Muadzam Shah Al Marhum Sultan Abdullah[ 20/5/1904 - 4/5/1974]
13.
Almarhum Baginda Sultan Abu Bakar dengan Dato Maria Menado
kilk hazis -untuk maklumat Dato Maria Menado
kilk hazis -untuk maklumat Dato Maria Menado
Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah telah diputerakan pada 29 Mei 1904 bersamaan 14 Rabi’ul Awal Tahun 1322 Hijrah. Baginda merupakan putera kepada Al-Marhum Sultan Abdullah dengan Che Kalsum bt Abdullah.
14.
No 2 dari kanan DYM Sultan Abu Bakar Sultan Pahang_maklumat ini mungkin tidak tepat kerana di ambil dari carian google,saya sangat berbesar hati sekiranya ada pembaca yang perihatin dan memberi makluman balas..
15.
Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin sewaktu melawat RTM Kuantan
16.
Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin sewaktu melawat RTM Kuantan
Baginda telah diasuh, dipelihara dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Hajjah Aishahsehingga dewasa. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pekan. Selepas itu, Baginda menyambung pendidikannya di dalam aliran Inggeris di Maktab Melayu Kuala Kangsaratau dikenali sebagai Malay College Kuala Kangsar(MCKK) di Negeri Perak.
17.
Kolej Melayu Kuala Kangsar Perak
18.
Kolej Melayu Kuala Kangsar Perak
Baginda sentiasa menjelajah ke seluruh pelusuk negeri, daerah, kampung- kampung untuk bersama-sama dengan rakyat jelata. Baginda juga turut menyokong proses untuk mendapatkankemerdekaan untuk Tanah Melayu pada ketika itu. Ketika pemerintahan Baginda jugalah telah lahir ramai pendekar-pendekar yang handal di negeri Pahang.
Semasa remajanya, Baginda mempunyai kegemaran dan minat dalam seni budaya seperti Gamelan, Zapin, Inang, Canggong, Cinta Sayang hinggalah tarian- tarian moden yang lain. Pada tahun 1972, Baginda telah membawa balik Gamelan ke Negeri Pahang yang telah dibeli dari Tengku Mariam, ibu saudara Baginda dari Terengganu. Selain itu, Baginda juga begitu aktif dalam lapangan sukan seperti permainan Polo, Tenis, Lumba Kuda, Lumba Perahu, dan sebagainya.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Raja Fatimah, puteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Idris Shah, di Kuala Kangsar, Perak. Perkahwinan Baginda merupakan perkahwinan di antara dua kerabat Diraja yang mempunyai pertalian persaudaraan iaitu saudara sepupu melalui bonda Tengku Ampuan Fatimah yang bernama Tengku Nong binti Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah.
19.
Sultan Abu Bakar Membuat Lawatan
Pada 4 Jun 1930, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah telah berkenan melantik Tengku Abu Bakar Ibni Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.
Baginda merupakan putera Raja yang pertama dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dalam sejarah Kesultanan Pahang.
Sewaktu pemerintahan baginda dan penentangan terhadap inggeris meluap luap,maka timbul beberapa orang pahlawan melayu yang hebat hebat antaranya Dato Bahaman yang mendapat gelaran orang kaya Semantan,Mat Kilau dan Tok Janggut atau Dato Haji Hassan( Di Kelantan)
20.
Dato Bahaman
21.
Mat Kilau
22.
Haji Mat Hassan atau Tok Janggut di gantung olih british
23.
Mayat tok Janggut.
Berikutan kemangkatan ayahanda Baginda, Baginda menaiki takhta Kerajaan negeri Pahang pada24 Jun 1932. Baginda kemudiaannya ditabalkan sebagai Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah pada hari Ahad, 28 Mei 1933 di Istana Pantai, Pekan. Pada waktu itu, usia Baginda baru mencecah 28 tahun dan Baginda merupakan Sultan Pemerintah yang paling muda di dalam sejarah Raja-Raja Tanah Melayu pada ketika itu.
Di zaman pemerintahan Baginda, bermulalah mercu tanda pembangunan Negeri Pahang moden, di mana perubahan dari segi politik dan sosial berlaku dengan cukup pesat walaupun dengan kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua.
Semasa penjajahan Jepun dalam tahun 1941 hingga tahun 1945, Al-Marhum telah bersetuju dengan secara sulit supaya orang-orang Melayu dalam negeri ini menubuhkan Pasukan Tentera Wataniah yang dikenali dengan nama ‘Pasukan 136′(utk maklumat klik pasukan 136) yang ketika itu diketuai oleh Yoep Mahidin, Tun Haji Abdul Razak Hussain, Tan Sri Ghazalie Shafie danAbdul Rahman Ismail. Peranan yang dimainkan oleh Baginda dalam menghadapi jajahan Tentera Jepun di Pahang telah membuktikan kewibawaan Baginda sebagai Raja yang berdaulat.
24.
Kolonel Yeop Mohidden
25.
Tun Abd Razak
26.
Gambar PM kite semasa melawat tapak p0jek jembatan baru temerl0h..Tun Haji Abdul Razak
27.
28.
Peristiwa di mana Baginda ditahan selama 27 hari di Ladang Getah Ng Tiong Kiat, Sungai Jerik (17 Ogos 1945 – 9 September 1945) menjadi natijah kecekapan, kecekalan, kesabaran dan kewibawaan Baginda dalam mengatasi saat-saat yang sangat kritikal. Kejadian tersebut telah menggemparkan masyarakat Pahang pada ketika itu.
29.
Bandar Kuala Lipis dan bangunan bersejarah
Kepesatan pertumbuhan ekonomi seperti perlombongan bijih timah, emas dan perladangan getah berlaku pada zaman pemerintahan Baginda sejurus selepas Kemerdekaan Tanah Melayu. Semasa pemerintahan Baginda juga, ibu negeri Pahang yang pada ketika itu Kuala Lipis, [ Lipis] Lipis 2telah dipindahkan ke Kuantan. Sebagai seorang Raja Pemerintah yang sangat prihatin atas segala hal ehwal berkaitan perkembangan agama Islam di Negeri Pahang, Baginda telah mengambil beberapa langkah untuk kemajuan dan kebangkitan agama. Di antaranya, pada Mac 1950 menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang, menghidupkan kembali jawatanMufti kerajaan kepada jawatan Kadi Besar serta mewujudkan sebuah Sekolah Arab Tinggi dengan nama Kuliah Al-Lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar Pahang dalam tahun 1941.
Baginda merupakan seorang Raja pencetus kemodenan atau pembawa arus perubahan di dalam sejarah Negeri Pahang moden. Banyak adat-adat yang tidak bersesuaian pada masa itu ditinggalkan. Baginda mengikut dan bergerak menurut masa dari segi pemikiran, pemerintahan dan memimpin rakyat. Baginda mangkat pada 5 Mei 1974 di Istana Kecil, Pekan setelah memerintah negeri Pahang selama 42 tahun.
Sultan Sekarang
30.
Sultan Haji Ahmad Shah ibni al marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Shah.Menjadi DYMM Seri Paduka Banginda Yang Di Pertuan Agung ke -7 26/04/1979 – 25/04/1984
31.
Sultan Hj Ahmad Shah sewaktu di lantik menjadi Yang di PertuanAgong ke 7 pada 10 July 1980
32.
33
Almarhumah Tengku Hajah Afzan bt. Tengku Muhammad
34.
Sultanah Pahang.Sultanah Khalthum
35.
Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Shah(dilahirkanOktober 24, 1930di Istana Mangga Tunggal, Pekan) baginda di lantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke tujoh(dengan persetujuan bersamaan majlis Raja Raja) Malaysia dari Mac 29, 1979 hingga April 25, 1984, dan Sultan kelima Pahang yang moden.
Sultanah Hajjah Kalsom bt Abdullah.
Tengku Ahmad Shah yang dilahirkan, dia satu-satunya anak lelaki Sultan itu Tuan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Sultan Almarhum Abdullah Al-Mutassimu Billah Shah (memerintah 1932-1974) oleh isterinya yang rasmi , Tengku Ampuan Besar Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Kadasallah Shah.
Dari Kiri : Tengku Shahariah,Tengku Muhaini,Tengku Abdullah,Tengku Meriam,Sultan Ahmad Shah
Tengku Abdul Rahman,Tengku Aisah Marcella dan Tengku Nong Fatimah.
Perkahwinan Baginda dengan Tengku Ampuan Afzan telah di kurniakan 7 orang cahaya mata.
- Tengku Meriam (1955)
- Tengku Muhaini (1956)
- Tengku Aishah Marcella (1957)
- Tengku Abdullah (1959), Tengku Mahkota
- Tengku Abdul Rahman (1960), Tengku Muda
- Tengku Nong Fatimah (1962)
- Tengku Shahariah (1964)
Sementara perkahwinan Baginda dengan Sultanah Kaltum di kurniakan seorang putra Tengku Abdul Fahd Muadzam_ Tengku Arif Temenggung
Baginda seorang pelajar Malay College Kuala Kangsar, mendapat diploma dalam bidang pentadbiran awam daripada Worcester College, Oxford dan Exeter University,dan menjadi sultan pada tahun 1974.
Di dalam pemilihan Yang di Pertuan Agung pada tahun 1979 telah wujud kontroversi di mana beliau mengatakan dan tidak bersetuju dengan pemilihan Perdana Menteri yang waktu itu Dr Tun Mahadzir Mohamad.Bagaimana pun itu semua merupakan cuma khabar angin sahaja tetapi sebaliknya baginda merupakan mengkagumi Dr Mahadzir Mohamad
Hobi pilihannya telah bermain kuda Sultan Ahmad Shah adalah seorang olahragawan berminat kepada bolasepak dan menjadi Presiden bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)serta Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sehingga 2002.
Isterinya yang rasmi dan diraja, Tengku Ampuan Afzan binti Tengku Panglima Perang Muhammad, seorang ahli keluarga diraja Terengganu, di sahkan sebagai dia Raja Permaisuri Agong tetapi meninggal akibat kanser pada pulangan dia ke Pahang pada 29 Jun, 1988. Sultan Ahmad Shah berkahwin dengan Puan Kalsom binti Abdullah (dilahirkan sebagai Anita), dan di tabalkan sebagaiSultanah Pahang pada 1991,
36.
Dua orang penghibur tanah air yang tidak asing lagi baru menerima anugerah dari DYMM Sultan Pahang _ Khatijah Ibrahim dan David Arumugam
37.
39
DYMM Sultan Pahang Sultan Hj Ahmad Shah sewaktu di majlis persandingan Siti Norhaliza
PERKAHWINAN CUCUNDA SULTAN PAHANG SULTAN AHMAD SHAH.
40.
tempat istiadat bersiram
41.
berangkat ke istiadat bersiram
42.
Helikopter Diraja
43
Banginda Sultan di iringi oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah
44.
perkahwinan cucu sultan pahang
45.
Daulat Tuanku
46.
Istiadat bersiram
LAGI PHOTO PERKAHWINAN CUCUNDA SULTAN PAHANG TENGKU NURUL + AHMAD NAJMI –KLIK
47.
Sultan Ahmad Shah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir semasa melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan banjir di SMK.Sungai Isap,Kuantan .
Duli Sultan Pahang meraikan expidisi berakit di Sungai Pahang
48. Youtube Berakit di Sg Pahang.
Re: Lagu Rakyat Pahang
Nyanyian: Olih Roslan Madun
Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang(3x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)
Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar(2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana(2x)
Mari menghilir di Sungai Pahang
Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan(2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan(2x)
Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra(2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)
Mari menghilir di Sungai Pahang
Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan(2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)
Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja(2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)
Penuh perjuangan
Singgah bermalam di Pasir Tambang(3x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)
Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar(2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana(2x)
Mari menghilir di Sungai Pahang
Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan(2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan(2x)
Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra(2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)
Mari menghilir di Sungai Pahang
Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan(2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)
Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja(2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)
Penuh perjuangan
888888888888888888888
49.
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
50.
Keluarga Tengku Mahkota Pahang.
51.
52.
Pasangan Tengku Mahkota Pahang dengan Tengku Puan Sultanah Aminah telah di kurniakan lima orang cahayamata;
- Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (1995),
- Tengku Muhammad Iskandar (1997),
- Tengku Ahmad Ismail (2001),
- Tengku Afzan Amina Hafizatullah (2001),
- Tengku Putri Nur Jihan (2002)
sementara dengan Julia Rais di kurniakan;
- Tengku Putri Iman Afzan,
- Tengku Illisha Amira,
- Tengku Ilyana
53.
Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (left) holding the the twin born to Zulkifli Sari and Roslah Sanusi.
54.
Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar (wearing pink attire) smiling at her daughter, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzahtullah Tengku Abdullah, who was the recipient with the most savings in Bank Simpanan Nasional during a prize giving day at SK (P) Methodist here on Thursday. Looking on was Teruntum assemblyman Chang Hong Seong (in black suit).
55.
Tengku Abdullah dan Tengku Abdul Rahman
Bagi pasangan Tengku Muda Pahang Tengku Abd Rahman dengan Tengku Puan Muda Julita Aisah,pasangan ini mempunyai tiga cahayamata;
- Tengku Ameera Asya (2003),
- Tengku Eddie Akasya (2004),
- Tengku Ahmad Firman Shah (2005)
56.
Tengku Muda dan isteri Tengku Puan Muda Pahang Julita Aishah
57.
Tengku Muda Pahang Tengku Abu Bakar dan Tengku Puan Muda Julita Aishah
58.
Aksi Tengku Muda Pahang Tengku Abu Bakar di padang
59.
Tengku Puan Muda Pahang Tengku Aminah Maimunah danTengku Puan Muda Julita Aishah [isteri Tengku Abd Rahman] serta anakanda anakanda mereka.
KONSERT DIRAJA PAHANG
DATO AHMAD JAIS
PERHATIAN:
KEPADA PARA PEMBACA RUANGAN INI SAYA SANGAT BERBESAR HATI SEKIRANYA ADA MAKLUMAT YANG TIDAK TEPAT BERKAITAN DENGAN ARTIKEL INI DAPAT MEMBERI MAKLUM BALAS KEPADA SAYA,BEGITU JUGA SEKIRANYA ADA MAKLUMAT TAMBAHAN YANG BERKAITAN DENGAN SALASILAH INI SILA MELALUI EMAIL ATAU SMS KEPADA SAYA.DAN KEPADA DULI TUANKU SEKIRANYA TERDAPAT KETERANGAN YANG BERSALAHAN PATIK MOHON AMPUN BERIBU AMPUN,PATIK ADALAH RAKYAT PAHANG DAN TUANKU ADALAH RAJA NEGERI PATIK.
Kerabat diraja Pahang dan Artis
Biodata Datin Rafeah Buang
Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah binti Buang dilahirkan di Kampung Pisang,Singapura pada 25 Julai 1948 dan muncul sebagai seorang bintang dalam bidang nyanyian selepas menjuarai Bintang Satria Singapura tahun 60-an.
Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang aktif dalam kemasyarakatan, dan bergiat dalamLembaga Perempuan Islam Pahang, Majlis Kebudayaan Negeri Pahang, Jawatankuasa Antidadah Daerah Pekan dan Pergerakan Wanita UMNO Pekan.
Selepas tamat darjah lima Sekolah Arab Al-Sagoff (1960) dan Sekolah Perdagangan Inggeris (1963), Rafeah Buang pernah menjadi anggota sidang pengarang Majalah Perkawalan Tentera (Singapura) pada 1964. Selain itu beliau turut menghasilkan sajak dan cerpen dengan menggunakan nama pena Rina Balkiah dan hasil karyanya disiarkan di majalah Singapura dan radio.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 24 Julai 2002. Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Pekan, Pahang oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).Penerbangan ehsan di lakukan pesawat dari skuardon kesepuluh Tentera Udara di Raja Sungai Besi pada 20 Mac 2002.
Rafeah diiringi suaminya Tengku Datuk Asmawi Tengku Husin dan Doktor Puteri Nurbaya Musa.Penerbangan itu berlepas dari pengkalan di Sungai Besi ke Kuantan jam satu tengah hari dan kembali ke Hospital Kuala Lumpur jam 3.15 petang.Allahyarhamah disemadikan di sebelah pusaraanaknya, Tengku Amirul Ashraf di Makam Diraja Pekan.
Al-fatihah kepada Allahyarhamah, semoga roh beliau dicucuri rahmat.
pasukan bolasepak Temerloh tahun 50 an _ photo dari pahangcomunity.
YOUTUBE SIRI LAWATAN TENGKU PUAN PAHANG TENGKU AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH MENEMUI RAKYAT.
888888888888888888888888888888888888888888888
Tengku Mahkota bermain Bola Sepak
sumber rujukan dari wikipedia dan blog dan di susun olih;
Pautan luar berkaitan
- Pejabat KDYMM Sultan Pahang
- Anugerah & Bintang Kebesaran Kurniaan
- tokoh filem blogspot.com
- tengkusyah.blogspot.com
- sultan johor
- sultan kedahsultan perlis
- sultan perak
- sultan melaka
- sultan pahang
- sultan selangor
- sultan kelantan
- sultan negeri sembilan
- pulau pinang
- serawak
- sabah
- wilayah persekutuan
- Royal Family of Malaysia
hazaldin twbkl
Copyright 3092009
88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
http://www.flickr.com/apps/slideshow/show.swf?v=71649
http://www.flickr.com/apps/slideshow/show.swf?v=71649
Tiada ulasan:
Catat Ulasan