Sabtu, 4 Jun 2011

23 Adab melayan suami di rumah.

Selain suami memang jenis gatai, mungkin ada sebab lain si suami buat perangai,tidak suka duduk rumah atau malas melayani isteri. Sekiranya para isteri tahu untuk melayani suami mereka dengan baik ketika dirumah sudah tentu tiada alasan kenapa suami untuk rasa tidak selesa berada dirumah.

Disini 23 panduan dan tatatertib bagaimana seorang isteri harus berkelakuan ketika bersama dengan suami dirumah :

  1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.
  2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.
  3. Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.
  4. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.
  5. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.
  6. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking
  7. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.
  8. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu dan cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.
  9. Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T
  10. Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.
  11. Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.
  12. Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.
  13. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”
  14. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.
  15. Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.
  16. Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja
  17. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.
  18. Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.
  19. Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.
  20. Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.
  21. Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??
  22. Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan
  23. Jangan biarkan suami tidur sendirian.

bestnya kalu id dapat pepuan ciri2 mcm nie bahagianya hiduppp


London – Bateri iPod atau IPad atau iPhone anda mesti habis bila-bila. Jika lupa membawa charger, hal ini akan membuat anda kesal. Namun, bikini ini boleh menyelesaikan masalah anda.
Bagi mereka yang merasa kesal saat baterii iPod iPhone iPad menunjukkan tanda-tanda kehabisan, sementara Anda tidak berada di ruangan yang menyediakan listrik, teknologi bikini ini boleh menyelesaikan masalah tersebut.
‘Baju renang’ ini dibuat dari panel suria yang boleh mengisi semula bateri apa pun, mulai dari MP3 hingga kamera. Perangkat canggih ini merupakan karya perancang Andrew Schneider. Bahkan, saat ini, Schneider berharap menciptakan sepasang celana yang boleh mendinginkan bir. Ada-ada saja.
B**** 80 jam untuk menciptakan tiap bikini dari 40 kertas tipis fleksibel, panel foto-voltaik dan benang konduktif. Pengguna juga boleh menggunakan bikini ini untuk berenang. “Untuk mengubahnya kembali sebagai pengisi ulang baterai, cukup keringkan terlebih dahulu”.
Pengguna juga tak perlu takut tersengat elektrik saat menggunakan ‘baju renang’ ini. “Sengatan listrik tak akan terasa,” kata perancang itu. Bikini ini berharga 120 GBP (RM 527).
p/s : Beli lah boleh guna hp kat mana2 je yang ada matahari..tapi hanya sesuai untuk perempuan hihi..

Isnin, 18 April 2011

Doa Untuk Anak Dengar Kata



Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. 1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.


2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.


3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.

Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali - "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut hati.

10 Peringatan Bumi kepada manusia


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r.a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Jumaat, 18 Mac 2011

KANGAR: Ramai penjual karpet warga Pakistan dikesan berkahwin secara mudah dengan wanita Melayu di Selatan Thailand dipercayai dengan niat tersembunyi untuk mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) dan seterusnya MyKad agar boleh terus tinggal serta berniaga di Malaysia.

Kegiatan itu terbukti apabila statistik pernikahan yang direkod Pejabat Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Thailand, mendapati ramai wanita tempatan berkahwin dengan lelaki Pakistan berbanding lelaki warga negara lain. Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, sepanjang tahun lalu 45 kes perkahwinan membabitkan wanita tempatan dengan lelaki Pakistan direkodkan di selatan Thailand dengan sebahagian besarnya dilakukan di wilayah Songkhla.

Menurutnya, jumlah perkahwinan membabitkan lelaki Pakistan itu tertinggi berbanding lelaki negara lain iaitu sembilan membabitkan warga Bangladesh, India (lapan) dan Nepal (tiga).“Kami percaya pasangan terbabit bernikah di selatan Thailand menggunakan jurunikah yang diiktiraf pihak berkuasa agama Islam Malaysia dan kemudian mendaftarkan perkahwinan dengan kami untuk tujuan pengesahan,” katanya.

Menurutnya, kemunculan ramai warga Pakistan berkahwin dengan warga tempatan, khususnya wanita Melayu di selatan Thailand dianggap fenomena baru yang jarang berlaku berbanding pernikahan membabitkan pasangan lelaki atau wanita dari Thailand dan Indonesia.

“Pihak berkuasa Malaysia perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung perkahwinan mudah di selatan Thailand, terutama membabitkan warga Malaysia dengan penduduk dari benua kecil India iaitu Pakistan, India, Nepal dan Bangladesh serta warga asing lain dari seluruh dunia.Ini kerana kita curiga perkahwinan itu dilangsungkan dengan niat tersembunyi iaitu ingin memudahkan usaha mereka mendapat PR dan MyKad,”

“Saya pun terkejut apabila mendapati wanita tempatan hadir bersama pasangannya dari Pakistan untuk berkahwin di rumah saya. Selepas melepasi hukum syarak ditetapkan agama, saya bersama pembantu melangsungkan perkahwinan secara sah sebelum meminta mereka mendaftarkan dengan pihak Konsul Malaysia di Songkhla,” katanya

Selasa, 18 Januari 2011

Video Buka Api @Lorong2 Chow kit / HIV@AIDS

Pengenalan
"Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.


Penerangan
AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem imun tubuh). Ini kerana kuman HIV telah memusnahkan sel T CD4+ yang bertanggungjawab melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria, virus dan lain-lain. AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. Dengan kegagalan sistem imun, pesakit AIDS lebih mudah terdedah kepada :

� pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang normal
� beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku


Asas Saintifik
HIV menyerang dengan perlahan-lahan dan memusnahkan sesetengah sel darah putih di dalam badan (sel T CD4+). Dalam keadaan normal, sel-sel ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Apabila HIV telah menyerang badan seseorang, sel-sel ini tidak lagi mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kerana telah dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh HIV. Ini bermaksud bahawa HIV akan turut memusnahkan keupayaan tubuh badan untuk melawan penyakit.

Sebenarnya AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV. Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa :

� Fasa 1 - bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu

� Fasa 2 - di mana virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang tertentu

� Fasa 3 - membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisma pertahanan tubuh.

� Fasa 4 - pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar 'infeksi oportunistik' seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi.

� Fasa 5 - pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisma pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman lain.


Penyebab
Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti.

HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka yang telah dijangkiti kepada orang lain. Virus ini boleh didapati di dalam bendalir-bendalir tubuh seperti:

� Darah
� Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
� Rembesan faraj
� Susu badan


Perebakan
AIDS merebak terutamanya melalui darah, semen (air mani) dan rembesan faraj mereka yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak dari ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya.

Berdasarkan fakta di atas, aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan AIDS adalah seperti berikut:

1. Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina
2. Melakukan hubungan seks dengan pelacur
3. Berkongsi jarum dan picagari di kalangan penagih dadah


Transmisi/Jangkitan Virus AIDS
Virus HIV wujud di dalam bendalir tubuh manusia yang telah dijangkiti seperti di dalam cecair seminal, rembesan faraj dan darah. Virus ini boleh merebak dari individu yang telah dijangkiti kepada orang lain melalui perkara-perkara berikut:

� Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (cth : memakai kondom) bersama-sama individu yang telah dijangkiti

� Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke dalam sistem peredaran darah orang lain.

� Daripada ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung

� Daripada organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya seperti melalui pemindahan organ)

AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan ataupun konteks biasa seperti:
� Berpegangan tangan
� Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak
� Berjabat tangan
� Bekerja bersama
� Bermain
� Ciuman ringan


Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan :
� berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk

� menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah.

� proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS.

� menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia.
Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS.


Faktor-Faktor Risiko
Jika anda mengamalkan perkara-perkara berikut, anda adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat HIV/AIDS

� Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina

� Melakukan hubungan seks dengan pelacur

� Berkongsi jarum di kalangan penagih dadah


Insidens
AIDS pertama kali dilaporkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981. Semenjak itu ia telah menjadi masalah kesihatan yang penting di seluruh dunia. Di Malaysia, 300 kes baru HIV yang baru dikesan setiap bulan. Sejumlah 448 kes AIDS dan 16,349 kes HIV dilaporkan sehingga 30 Jun 1996. Majoriti mereka yang dijangkiti di Malaysia (iaitu lebih kurang 84%) berada dalam lingkungan umur antara 20 - 39 tahun, manakala lebih kurang 4% lagi adalah berumur antara 13 ke 19 tahun.


Tanda-tanda dan gejala
Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:

� Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya

� Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan

� Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan

� Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.

� Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit

� Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).

� Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.


Komplikasi
Oleh kerana pesakit AIDS telah mengalami kelumpuhan fungsi sistem imun, mereka lebih mudah jatuh sakit berbanding dengan mereka yang memiliki tindak balas imun yang sihat. Komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku ialah:

� Pneumocystis Carinii Pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru), yang boleh membawa maut. Penyakit ini memusnahkan paru-paru pesakit AIDS

� Cytomegalovirus Retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan boleh menyebabkan buta.

� Sarkoma Kaposi merupakan kanser berkaitan AIDS yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu.

� AIDS Waiting Syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa l
emah



BENTUK VIRUS HIV (Human Immunodeficiency Virus)
dan demam yang berpanjangan atau berkekalan
selama sekurang-kurang 30 hari

Artikal dari sioloon.com

Jumaat, 24 September 2010

Penyakit Kronik

JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK/SERIUS YANG BOLEH DIBERI PERTIMBANGAN
BAGI MAKSUD SEKSYEN 44(6), AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 .

1. KANSER
Penyakit yang disebabkan oleh ketumbuhan dan penularan sel-sel yang sangat
merbahaya dan serangan tisu-tisu dibuktikan dengan histology yang jelas.
Penyakit ini merangkumi leukemia lymphoma dan penyakit Hodlin tetapi tidak
termasuk ketumbuhan yang tidak merbahaya dan semua jenis kanser kulit
kecuali malignant melanoma.


2. SERANGAN JANTUNG
Suatu keadaan yang timbul kerana matinya sebahagian daripada otot jantung
disebabkan pembekalan darah yang kurang kebahagian jantung yang relevan
dengan tanda-tanda seperti sakit dada, perubahan ECG dan tahap enzim
jantung yang meningkat.
Serangan sakit jantung boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:-
2.1 Penggantian atau Pembaikan Injap Jantung
Prosedur di mana pembedahan jantung terbuka dilakukan untuk
mengganti atau memperbaiki injap jantung yang telah rosak.
2.2 Pembedahan Arteri Jantung/Coronary Angioplasty
Prosedur yang melibatkan coronary artery by-pass surgery
dilakukan untuk membetulkan arteri jantung yang tersumbat termasuk
angioplasty.
2.3 Pembedahan Aorta
-2-
Prosedur yang melibatkan bahagian aorta yang sakit dibedah dan
digantikan dengan graft. Aorta yang terlibat ialah thoracic dan abdominal
aorta.
3. PULMONARY HYPERTENSION
4. SAKIT BUAH PINGGANG YANG KRONIK
Penyakit di mana kedua-dua buah pinggang telah gagal dipulihkan dan tidak
boleh berfungsi lagi dan memerlukan dialisis renal dan pemindahan renal.
5. SAKIT HATI (LIVER ) YANG KRONIK
Tanda-tanda penyakit ialah diserangi penyakit jaundice, ascites dan/atau hepatic
encephalopathy.

6. FULMINANT VIRAL HEPATITIS
Necrosis hati sepenuh atau sebahagian disebabkan virus hepatitis yang
mengakibatkan kegagalan hati selepas ujian fungsi hati dilakukan yang juga
menunjukkan massive parenchymal liver disease dan juga tanda-tanda
portasystemic encephalopathy.
7. KECEDERAAN DIKEPALA DISEBABKAN KEMALANGAN
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan (termasuk kerana diserang)
mengakibatkan trauma kepala teruk dengan defisit neurological yang juga boleh
mengakibatkan kematian bila pertama kali dimasukkan ke wad kecemasan, atau
walaupun selamat, pesakit mengalami kecederaan kepala yang kekal atau
lumpuh. Pengesahan pakar saraf atau pakar bedah saraf mestilah diperolehi.
8. TUMOR DAN KECACATAN PEMBULUH DARAH DI OTAK

Pengesahan mestilah diperolehi daripada pakar saraf atau pakar bedah saraf.




9. MELEPUH DAN MELECUR KERANA KEBAKARAN
Third degree burns yang meliputi 40% daripada anggota yang boleh
mengakibatkan kepada kematian apabila pertama kali dimasukkan ke hospital
atau mengakibatkan kecacatan fungsi atau kecacatan kosmetik yang
memerlukan pembedahan membaikpulih.
10. PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
Pemindahan organ seperti buah pinggang, hati jantung, paru-paru pancreas dan
tulang som-som.
11. PENYAKIT PARKINSON
12. PENYAKIT HIV DAN AIDS
13. PEMINDAHAN KAKI DAN/ATAU TANGAN
Ini tidak merupakan penyakit dalam ertikata sebenar. Namun begitu
kecederaan dan ketidaksempurnaan disebabkan penyakit atau kemalangan
boleh mengakibatkan salah satu daripada anggota tangan disebelah atas
termasuk tangan dan sendi bahu dan anggota kaki di sebelah bawah termasuk
kaki dan sendi pinggul terpaksa dipotong. Pemotongan kecil jejari kaki atau
tangan tidak layak diberi potongan cukai di bawah peruntukan ini.
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
UNIT 35, BAHAGIAN TEKNIKAL
KUALA LUMPUR
17 Januari 2001.


Di antara artinatif makanan yang di syorkan ialah pemakanan yang seimbang serta mengamalkan amalan hidup sihat dan cuba ikuti amalan dan sunah ini;

CEGAH PENYAKIT DGN MENJAGA PERUT KITA AJARAN NABI S.A.W.

Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita .
Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya:
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.
Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.
6 punca penyebab penyakit dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:
“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)
6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .
Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.
Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)

MURUNG JUGA MERUPAKAN PENYAKIT KRONIK

Cuba baca artikal ini;

Kes 1
PAKAR merawat seorang lelaki pertengahan usia yang mengalami kemurungan serius. Pesakit terbukti amat berdisiplin dan tidak pernah gagal menghadiri temujanji dengan pakar dan mampu kembali ke pangkuan keluarga. Tiba-tiba, dia tidak muncul untuk rawatan. Malah pihak hospital gagal menghubunginya kerana bertukar alamat. Tiga bulan kemudian, pakar yang merawatnya mendapat panggilan daripada anak lelaki pesakit itu memberitahu ayahnya baru saja membunuh diri.

KES 2 SEORANG pekerja sering murung. Malangnya, bukan simpati sebaliknya majikannya mencercanya dan berkata dia tidak percaya kemurungan itu penyakit serius. Malah, dia memperlekeh dengan berkata dirinya juga murung, tetapi masih mampu bertugas dengan baik. Murung, katanya, bukan alasan tidak boleh menjalankan tugas seperti biasa. DUA kes berbeza tetapi membabitkan masalah sama yang sering kali dinafikan iaitu kemurungan. Ini tidak termasuk pelbagai laporan media kejadian amuk dan pembunuhan ahli keluarga yang turut ada hubung kait dengan masalah kemurungan yang tidak diendahkan. Lebih menyedihkan, ramai menganggap kemurungan sekadar gangguan jiwa bersifat sementara dan boleh hilang dengan sendirinya. Tanggapan salah sedemikian hanya mengundang padah lebih bahaya - si mangsa membunuh diri atau mengamuk yang boleh meragut nyawa.

Persepsi salah menganggap kemurungan satu gangguan kecil menunjukkan betapa tersasar kefahaman masyarakat terhadap kemurungan sebagai satu penyakit. Masyarakat sering salah faham dengan keadaan suka duka yang dilalui seorang yang normal dengan seseorang yang mengalami kemurungan.

Menurut Pakar Psikiatri dan Terapi Kognitif Jabatan Psikiatri Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Maniam Thambu, kemurungan adalah keadaan serius yang mampu mengheret pesakit ke lembah bunuh diri dan membunuh. Kemurungan adalah penyakit biologikal yang menghasilkan simptom biologikal dan juga psikologikal. “Akhbar banyak melaporkan kes membabitkan ibu bapa yang membunuh anak-anak kemudian membunuh diri, ibu yang terjun dari bangunan tinggi selepas membunuh anak dengan mencampak anak-anak ke luar bangunan, ibu bapa yang memberi anak-anak makan racun dan banyak lagi insiden yang seumpamanya. “Saya sendiri pernah mengendalikan kes yang mana ibu bapa terselamat dari cubaan bunuh diri selepas membunuh anak-anak.

Mereka kelihatan sangat normal, tidak ganas jauh sekali merbahaya atau mengancam nyawa tetapi hakikatnya mereka menderita dalam diam,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kemurungan Di Malaysia - Menderita Dalam Diam pada bengkel media anjuran syarikat farmaseutikal, Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd, baru-baru ini. Jelasnya, ibu bapa ini berasakan bunuh dan bunuh diri adalah jalan terbaik untuk mengendalikan kemurungan. “Keadaan ini menggariskan betapa pentingnya kemurungan dikesan dari peringkat awal sekali gus mendapatkan rawatan,” katanya.

Mengikut statistik, daripada 28 juta penduduk di negara ini, 1.4 juta menghadapi masalah depresi atau kemurungan. Ia tidak mengenal bangsa mahupun usia. Bagaimanapun wanita lebih ramai menghadapinya yang dikaitkan dengan perubahan hormon seperti kitaran haid, kehamilan, kelahiran dan putus haid. Dalam kebanyakan keadaan, wanita yang dibebani tugasan menguruskan rumah tangga dan anak-anak serta berkerjaya tetap sering mengalaminya. Namun, wanita lebih terbuka untuk berkongsi masalah yang dideritai berbanding lelaki yang memilih untuk terjebak ke lembah penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol sebagai jalan keluar.

Bagaimana pula usia penghidap masalah kemurungan ini? “Episod kemurungan bermula seawal usia 5 tahun. Baik remaja, dewasa dan juga warga emas juga boleh mengalaminya dan ini bergantung kepada situasi tertentu.” Menurut Prof Dr Maniam yang juga bekas Presiden Persatuan Psikiatrik Kebangsaan (MPA), kebanyakan pesakit berat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan atau menangguhkannya kerana banyak perkara. Mereka tidak sedar bahawa kemurungan adalah satu penyakit. “Stigma masyarakat yang mudah melabel pesakit ini sebagai orang gila, sewel atau sakit jiwa selain pengaruh budaya yang menganggap simptom kemurungan sebagai perbuatan sihir, buatan orang atau roh jahat menjadi antara faktor utama ramai enggan atau menangguhkan rawatan,” katanya.

Tambahnya lagi, takut dengan rawatan psikiatrik juga antara penyebab utama rawatan ditangguh kerana bimbang ketagihan dadah; takut rawatan ECT walhal ia sangat selamat dan stabil serta memberikan kesan pulih yang cepat, bimbang dihantar ke hospital mental, mungkin kehilangan kerja dan dinafikan hak untuk mendapatkan perlindungan insuran dan sebagainya.

Negara mempunyai ramai pengamal perubatan (GP) yang mampu merawat penyakit kemurungan selain 200 pakar psikiatri yang berdaftar di seluruh negara ini biarpun masih kurang kepakaran dalam rawatan psikoterapi. Kini ada lebih 200 pakar psikiatri di seluruh negara untuk menampung keperluan 28 juta penduduk sedangkan bagi jumlah penduduk sedemikian, negara memerlukan 1,200 tenaga kerja pakar. Sebagai langkah menangani masalah itu, Kementerian Kesihatan sedang berusaha melatih lebih ramai pengamal perubatan untuk menggunakan kaedah rawatan Psikoterapi yang lebih ringkas serta digabungkan dengan ubat-ubatan sesuai.


INFO Simptom biasa kemurungan:

* Kurang tumpuan dan fokus
* Kurang yakin pada diri dan hilang semangat
* Sering rasa bersalah dan berasakan diri tidak berguna
* Berasa masa depan kelam dan tidak menentu
* Cenderung untuk mencederakan diri atau bunuh diri
* Tidur yang terganggu
* Hilang selera makan
dipetik dari berita harian 19/09/2010

di susun ke blog uncategories
olih hazaldin twbkl
25sept10