Rabu, 17 Julai 2013

PENGAMBILAN TANAH

Prosedur Pengambilan Tanah

PROSEDUR MEMBUAT BANTAHAN
Kemukakan bantahan dengan mengisi Borang N kepada Pentadbir Tanah;
Membayar deposit seperti yang dikehendaki oleh Pentadbir Tanah dan;
Kemukakan Borang N dalam tempoh 6 minggu dari tarikh penerimaan Borang H.

PAMPASAN BAGI TUAN PUNYA TANAH YANG MENINGGAL DUNIA, TIDAK DAPAT DIKESAN ATAU ENGGAN MENERIMA
Pentadbir Tanah akan memohon untuk mendepositkan wang pampasan di Mahkamah Tinggi bagi kes di mana tuan punya tanah berdaftar telah meninggal dunia, tidak dapat dikesan atau enggan menerima pampasan. Bagi kes di mana tuan punya tanah berdaftar telah meninggal dunia dan waris dapat dikesan, selain daripada mendepositkan pampasan di Mahkamah Tinggi, Pentadbir Tanah boleh menyimpan pampasan di Amanah Raya Berhad.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGELUARKAN PAMPASAN
Dari Mahkamah Tinggi:
Waris mengemukakan perintah pembahagian pusaka kecil atau surat kuasa mentadbir kepada Pentadbir Tanah
Pentadbir tanah mengemukakan afidavit kepada Pendaftar Mahkamah
Mahkamah akan menyediakan cek pampasan

Dari Amanah Raya Berhad
Waris mengemukakan perintah pembahagian pusaka kecil atau surat kuasa mentadbir kepada Pengurus Amanah Raya Berhad.
Amanah Raya Berhad akan menyediakan cek pampasan.
PENGAMBILAN TANAH DI BAWAH SEKSYEN 3(1)(b) ATAU (c) APT 1960
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang I (Kaedah Pengambilan Tanah) dan disertakan dokumen-dokumen berikut:
Kertas cadangan projek;
pelan tatatur dan pelan pengambilan tanah;
Laporan awal penilaian tanah oleh JPPH; dan
Bank draft bayaran fee dan 50% daripada deposit (Bayaran ke atas Bendahari Negeri)
Pemohon berunding dengan tuan punya tanah berdaftar jika diarahkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Pemohon mengemukakan laporan perundangan kepada UPEN/JKPT.
Pemohon memaklumkan kepada Pentadbir Tanah mengenai penerimaan terma-terma dan syarat-syarat kelulusan PBN.
Pemohon membayar 75% daripada pendeposit.
Pengambilan tanah diwartakan di bawah Seksyen  8 APT 1960.
Proses pengambilan tanah selepas diwartakan di bawah Seksyen 8 adalah sama seperti pross pengambilan tanah di bawah Seksyen 3 (1) (A) APT 1960.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan