SEJARAH CERAPAN HILAL
Latar Belakang
Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat Kali Yang Ke-92 pada 15 dan 16 Mac 1972 telah bersetuju supaya penetapan tarikh permulaan Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) meliputi seluruh Malaysia. Sebelum tahun 1972 urusan penetapan Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) adalah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.
Cerapan (melihat) anak bulan pertama kali dilakukan bagi menetapkan permulaan puasa seluruh Malaysia dibuat pada 29 Syaaban 1392 bersamaan 7 Oktober 1972 di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bermula saat itu, pengisytiharan permulaan puasa, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji dilaksanakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui Radio dan Televisyen setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Kaedah Penetapan
Kaedah yang digunakan bagi menetapkan permulaan puasa (Awal Ramadhan), Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Haji (AidilAdha) di Malaysia adalah berdasarkan “Rukyah” (Cerapan Hilal) dan “Hisab” (kiraan).
Tempat-Tempat Cerapan Hilal (Melihat Anak Bulan Semenjak 1972 Hingga Sekarang)
Bil | Senarai Tempat (Perubahan/Tambahan Tempat) | Rujukan/Sumber Ketetapan Majlis Raja-Raja | ||
---|---|---|---|---|
1. |
|
NOTA:
Nota cerapan hilal di perenggan bawah sekali.
Nota cerapan hilal di perenggan bawah sekali.
————————————————-
88888888 Tapak cerapan Hilal KL Tower 88888888
8
KLCC Dari Tapak cerapan Hilal KL Tower
Penentuan Awal Bulan Hijrah
Tapak cerapan Hilal PICC Putrajaya
Pegawai pegawai dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM dari Cawangan Topografi Wilayah Barat dan Pegawai dari Jabatan Ugama Islam Wilayah JAWI yang terlibat mencerap awal anak bulan Ramadhan di PICC Putrajaya.
Sebelum cerapan anak bulan di buat terlebih dahulu di jalankan cerapan matahari terbenam,ini bagi menentukan bearing matahari terbenam.
Ketibaan pegawai pencerap dari JAWI dan JUPEM Wilayah Barat KLKe Balai Cerapan Hilal di PICC Putrajaya.
SEWAKTU MENJALANKAN KERJA CERAPAN HILAL AWAL JAMIDULAKHIR 1430 H DI PICC PUTRAJAYA PADA 25HB MEI 2009,CERAPAN DI JALANKAN BERSAMA PEJABAT MUFTI WILAYAHPERSEKUTUAN.
Pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
1.En Md Shah Md Salih. 2.Fadullahadi Razali .3.Asmuni Hasbullah. 4.Azrin Md Arif. 5.Sy Md Ali Sy Mustapha. 6.Siti Alawiyah Md Noor.
Pegawai dari JUPEM Topografi W.Barat.
1.En Ahmad Sathola Khan. 2. En Nizam Abdullah. 3.En Hazaldin Taib (Tiada dlm gambar-fotomen). 4.En Shaari. 5.En Manap Majid dan dua orang pegawai baru dari topografi barat.
Lokasi: Lobi PICC Putrajaya.
Tarikh : 26hb mei 2009
Tarikh : 26hb mei 2009
PICC Putrajaya
888888888888888888888888888888888888888888888888888
Sewaktu manjalankan kerja cerapan anak bulan Awal Jamadilawal pada 29hb Rabiulakhir 1430 H bersamaan 25hb 25hb april 2009 di aras cerapan Kuala Lumpur Tower atau menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur dari bawah
Istana Negara Lama dari KL Tower
PenjaraPudu dari KL Tower
================================================
Cerapan Hilal Syawal tahun 2007 di Menara Kuala Lumpur [ KL Tower ]
Menara Kuala Lumpur dilaksanakan dalam 3 fasa pembinaan. Fasa pertama dimulakan padaOktober 1991 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan pembinaan ditumpukan pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk selesai pada 15 April 1993.
Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTMiaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1dan RTM2 milik Radio Televisyen Malaysia dan NTV7 siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.
Menara Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, pawagam, restoran dan pusat penerangan.
Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi.Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya dipengaruhi oleh seni bina Islam.
Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.
88888888888888888888888888888888888888888888888888
88888888888888888888888888888888888888888888888888
Satu lagi Lokasi untuk mencerap anak bulan di Wilayah Persekutuan Kuala LUmpur ialah di bangunan Puasat Konvension Antarabangsa Putrajaya.atau PICC
En Hazaldin dari JUPEM Topografi W.Barat Kuala Lumpur sedang membuat cerapan Hilal Syawal pada 29hb Syawal pada 29hb Ramadhan 1429 di PICC Putrajaya
En Zabidi dari JUEM Topografi W.Barat sedang membuat Cerapan Hilal Syawal di PICC Putrajaya.29hb ramadhan 1429 [ 29hb september 2008 ]
Pegawai dari JUPEM Topografi Wilayah Barat En Nizam dan En Rosli ketika membuat cerapan Hilal di PICC Putrajaya.
Kelihatan En Saiful ,En Halim ,En Nizam Pegawai dari JUPEM Topografi Barat KL. sedang membuat cerapan Hilal di PICC Putrajaya.28hb feb 2006
Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya
Setiap tahun apabila tiba hari kebesaran bagi ugama islam,terutamanya bila penentuan awal ramadhan,awal syawal ,awal bulan zulhijjah dan awal bulan islam iaitu awal muharram akan timbul isue penetapan awal bulannya,disini saya bukanlah ingin memberi komen berhubung isue ini,tetapi saya hanya ingin memperkatakan perihal tempat bagi melihat anak bulan tersebut sebab saya bukanlah orang yang layak memperkatakan isue ini.
Dahulunya di Wilayah Persekutuan sudah ada tempat bagi mencerap anak bulan[ mencerap adalah istilah bagi melihat anak bulan ] iaitu di Bukit Besi berhampiran Bandar Tun Razak, Cheras dimana terletak pemancar Telekom tertinggi di Kuala Lumpur
Satelah beberapa tahun cerapan dilakukan di bukit besi cheras maka menara kuala lumpur pun dibina dan satelah siap pehak JAWI pun mahu memindah kan pusat melihat anak bulan dari bukit besi ke menara kuala lumpur, maka dengan kerjasama JUPEM dan JAWI berpindahlah pusat melihat anak bulan dari bukit besi ke menara kuala lumpur.
ARTIKAL CERAPAN ANAK BULAN
NOTA : Artikel ini ditulis sebagai suatu kajian Ilmiah, tanpa maksud mendahului Keputusan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam menentukan awal Syawal 1430 H. Artikel ini dirangkum dari berbagai sumber, seperti : Lajnah Falakiyah Nahdlatul Ulama (N.U.) Indonesia, Tulisan para Astronom Institut Tehnologi Bandung (ITB) Indonesia, Persatuan Falak Syar’i Malaysia, Unit Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga pengetahuan Penulis yang diperoleh dari Fakulti Syari’ah dan Pondok Pesantren Tradisional.
Mukaddimah.
Menurut perspektif Islam, asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal disandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah (Hadis) yang menerangkan mengenai pergerakan cakerawala seperti matahari, bulan dan bintang bagi penentuan waktu yang disebut mawaqit.
Asas penentuan awal bulan hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah didasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari. Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan ibadat puasa dan hari raya puasa. Al-Quran dan Sunnah memberi panduan untuk membuat penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.
Para ulama’ telah berbahas dengan panjang lebar berkenaan isu ini di dalam kitab-kitab mereka yang muktabar. Berdasarkan pedoman-pedoman ini, lahirlah tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:
(a) Rukyah (melihat anak bulan)
(b) Hisab falak (pengiraan)
(c) Rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria imkanur-Rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan (hilal)
Perbezaan amalan dan cara di atas berlaku adalah berpunca daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan. Malaysia mengamalkan cara penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah.
Asas Penentuan Awal Ramadhan Dan Syawal Dari Sudut Syarak
Apabila membicarakan tentang asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal dari sudut syarak, ia merujuk kepada panduan yang telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita iaitu al-Quran, Sunnah dan pandangan ulama’.
Berdasarkan dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat ulama’ serta kajian astronomi modern, kaedah rukyah dan hisab sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana menepati kehendak syarak.
Berdasarkan dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat ulama’ serta kajian astronomi modern, kaedah rukyah dan hisab sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana menepati kehendak syarak.
Menentukan awal Bulan Islam (Qamariah).
Awal bulan Islam atau Qamariah (dari Muharram hingga Zulhijjah) bermula pada waktu maghrib (matahari ter -benam) hari “terlihatnya” anak bulan (hilal). Di Malaysia, penentuan awal bulan Islam (Qamariah) bagi tahun Hijriah berdasarkan kepada kaedah Rukyah dan Hisab. Kaedah ini digunakan terutamanya bagi menentukan 3 bulan utama Islam iaitu awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Bagi setiap bulan yang lain dari 3 bulan utama diatas, kaedah yang sama juga digunakan terutamanya bagi tujuan pembinaan Kalendar Islam.
Rukyah
Rukyah ialah melihat anak bulan (hilal) pada 29hb Qamariah di tempat-tempat rasmi seluruh Malaysia dengan mata kasar atau dengan bantuan peralatan-peralatan optik yang canggih seperti teleskop, teodolit, Total Station dan binocular dan dikendalikan oleh mereka-mereka yang pakar dan terlatih.
Pada petang 29hb Sya’aban, 29hb Ramadhan dan 29hb Zulkaedah pada setiap tahun, Jawatankuasa melihat anak bulan peringkat negeri akan melaksanakan rukyah di 28 buah tempat cerapan rasmi di seluruh Negara.
Jawatankuasa ini terdiri daripada :
1. Mufti Negeri (sebagai pengerusi dan ketua rombongan)
2. Kadi Besar
3. Pengarah Jabatan Ukur Negeri (beragama Islam) atau wakilnya (beragama Islam)
4. Setiausaha Majlis Agama Islam
5. Seorang Ahli Falak
2. Kadi Besar
3. Pengarah Jabatan Ukur Negeri (beragama Islam) atau wakilnya (beragama Islam)
4. Setiausaha Majlis Agama Islam
5. Seorang Ahli Falak
Sekiranya hilal iaitu anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya ditentukan sebagai awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah, tetapi sekiranya anak bulan tidak kelihatan, hisab kedudukan bulan yang berpandukan kepada kriteria Imkanur-Rukyah iaitu keboleh-nampakan hilal akan diguna-pakai bagi penentuan awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Mereka yang terlibat dalam pengiraan kaedah ini juga adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam ilmu astronomi.
Tarikh melihat anak bulan dan penetapan tarikh puasa dan hari raya diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja melalui media masa menjelang tibanya tarikh berkenaan.
Hisab.
Hisab ialah menentukan kedudukan anak bulan (hilal) pada petang 29hb Qamariah berpandukan stesyen rujukan rasmi di Kg Ateamu, Sandakan, Sabah iaitu tempat paling timur di Malaysia dan stesyen rujukan rasmi di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah iaitu tempat paling barat di Malaysia.
Hisab ialah menentukan kedudukan anak bulan (hilal) pada petang 29hb Qamariah berpandukan stesyen rujukan rasmi di Kg Ateamu, Sandakan, Sabah iaitu tempat paling timur di Malaysia dan stesyen rujukan rasmi di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah iaitu tempat paling barat di Malaysia.
Kriteria Imkanur-Rukyah
Bermula tahun 1993, Negara-negara anggota MABIMS ( Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura) bersepakat menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah bagi menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal, di mana sebelum matahari terbenam ijtimak (apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama) telah berlaku pada 29hb Qamariah dan melalui perkiraan anak bulan dianggap boleh kelihatan sekiranya tidak terlindung oleh keadaan cuaca apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:
Bermula tahun 1993, Negara-negara anggota MABIMS ( Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura) bersepakat menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah bagi menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal, di mana sebelum matahari terbenam ijtimak (apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama) telah berlaku pada 29hb Qamariah dan melalui perkiraan anak bulan dianggap boleh kelihatan sekiranya tidak terlindung oleh keadaan cuaca apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:
Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada 2 derajat dan jarak lengkung bulan- matahari tidak kurang daripada 3 derajat atau
· Ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku)
Pada tahun 1995 barulah penentuan awal Zulhijjah dan bulan-bulan lain dibuat berpandukan kriteria Imkanur-Rukyah.
Dalam erti kata lain, bagi menentukan awal Ramadhan, Syawal, Zulhijjah dan bulan-bulan qamariah yang lain, rukyah dan hisab berpandukan kriteria yang telah disebutkan tadi merupakan kaedah yang diguna-pakai dinegara kita.
Kecanggihan teknologi dan perkiraan sekarang memungkinkan kita untuk membuat perkiraan tentang kedudukan bulan dengan tepat. Bagaimanapun, samada hilal boleh dilihat di sesuatu lokasi atau tidak agak sukar untuk dijangkakan.
Kebolehnampakan hilal bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca, ketinggian bulan ketika maghrib, jarak lengkung bulan-matahari ketika maghrib, tempoh masa antara matahari terbenam dan bulan terbenam, pencemaran udara, peralatan optic, pencerap dan sebagainya. Oleh itu, kaedah penetapan kriteria Imkanur-Rukyah (Kebolehnampakan hilal) yang mengambil kira faktor-faktor tersebut digunakan bagi menentukan permulaan bulan Islam. Kriteria ini boleh disesuaikan berdasarkan laporan-laporan rukyah yang dibuat dari masa ke semasa.
Kedudukan Anak Bulan (Hilal) Syawal 1430 H.
Berikut ini akan ditunjukkan kedudukan Anak Bulan (hilal) awal syawal 1430 H samada dapat di rukyah atau tidak. Lebih lanjut akan diberikan maklumat mengenai Matahari, Anak Bulan pada hari rukyat dan juga Kriteria Imkannur-Rukyah yang duguna pakai di Malaysia.
Pada 29 Ramadan 1430 bersamaan dengan 19 September 2009 ( Sabtu), Ijtimak bulan dan matahari berlaku pada jam 2:45 pagi.
Data rukyah untuk 19 September adalah saperti berikut:
Berdasarkan hisab ini, kedudukan anak bulan (hilal) memenuhi kriteria imkannur-Rukyah. Anak Bulan (Hilal) mungkin juga dapat dicerap pada malam itu kerana berada 19 menit diatas ufuk.
Dibawah ini ditunjukkan kedudukan Bulan dan matahari jika dirukyah di Tanjung Cincin, Pulau Langkawi. Lokasi ini dipilih kerana ianya terbarat sekali di kawasan Malaysia.
Bulan pada ketika itu memehuhi syarat Imkanur-Rukyat dan 1hb Syawal akan bermula pada malam itu dan harinya pada 20hb September 2009.
Ini bermakna 1 Syawal 1430 akan jatuh pada hari Ahad, 20 September 2009 dan Ramadan hanya 29 hari.
Sekali lagi mohon maklum, bahawa Artikel ini ditulis sebagai suatu kajian Ilmiah, tanpa maksud mendahului Keputusan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam menentukan awal Syawal 1430 H.
Walau bagaimanapun, pengistiharaan tarikh bermulanya 1 hb Syawal 1430 H akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu melalui saluran lazim.
Wallahu a’lam.
Artikal di petik dari..
- Dirangkum oleh Harun Tafsir. Anggota Lajnah Falakiyah Nahdlatul Ulama (N.U.) Indonesia dari Unsur Fakulti Syari’ah
- dirujuk dari blog keruak.com
- dan disusun oleh hazaldin twbkl.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan