Jumaat, 18 September 2015

CEMBURU SEORANG AYAH

Sudah tentu ramai dikalangan kita yang lebih rapat dengan IBU berbanding dengan AYAH. Bukan kerana apa, kerana pada pendapat ammboi rasanya lebih senang untuk ‘berdiskusi’ dengan ibu dan meluahkan sesuatu kan?
Tidak kiralah kalau untuk meminta bantuan ayah pun kadangkala kita akan menyampaikannya menerusi ibu. Dari kecil sampai dewasa, ianya dah jadi satu kebiasaan buat kita.
Namun sedarkah kita bahawasanya kadang kala ayah mungkin berasa hati atau mungkin juga berkecil hati serta merasakan dirinya dipinggirkan oleh anak-anak?
Anda boleh ikuti kisah lelaki ini dibawah mengenai kisah cemburu seorang ayah bila anak lebih rapat dengan emak. Baca dan selami apa yang dilalui oleh si ayah ini. Mungkin perkara yang sama turut dirasai oleh ayah kita…?
CEMBURU SEORANG AYAH
KISAH CEMBURU SEORANG AYAH BILA ANAK LEBIH RAPAT DENGAN EMAK
Ketika berjalan dalam market hari itu,saya melintasi sebuah warung. Di satu meja agak terasing saya lihat rakan sekolah saya dulu yg telah 60an duduk minum kopi sendirian.
Entah kenapa hati saya mendesak nak berjumpanya. Saya menghampirinya. Nasi lemak dlm bungkus daun pisang disuap seperti terpaksa. Setelah memberi salam,saya duduk semeja dgnya walaupun saya amat jarang duduk di kedai kopi.
Setelah beberapa minit berbual, saya bertanya hal anak-anak. Dia diam, tetapi akhirnya bersuara dg nada serius.
“Hang tau kan aku ada 4 anak,semua dah kerja dan duduk jauh. Dirumah,aku dg bini aku saja. Aku sedih anak-anak aku bila telefon ke rumah, telefon kpd emak depa, semacam semua keempat-empat orang tu. Seingat aku sekali dua kot dlm setahun depa telefon cakap dg aku. Nak minta pinjam duit kat aku, tapi cakap dg mak dia juga. Kalau nak bagi duit pun, aku amat jarang dibagi, emak depa saja yg dibagi. Kot nak tanya abah ada duit ka tidak, jangan harap. Sedih sangat.”
Sampai disini dia dah mula sebak. Air matanya tergenang dikelopak mata tua itu, segera disapu dg belakang tapak tangan, tapi dia gagahkan gelak kecil yg dibuat-buat nak menyembunyi rasa sedihnya.
Saya cepat memegang sebelah tangannya, meramas jarinya dan membisik kata sabar.
“Kalau nak beli apa pun,depa tanya emak depa sahaja, nak ajak berjalan pun,tanya emak dulu, kalau emak tak mahu, tak jadi ke mana. Aku ini abah depa. Aku yg membesaqkan depa. Hari ni depa bawa mak depa pi Tesco, aku depa semawa pun tidak.”
Dia terus meratuih. Semakin gawat bila hidungnya pun berair bercampur air mata. Bila dia berhenti bercakap, saya mencelah.
“Kita semacam saja, bahkan orang lain juga,cuma mereka tak cerita. Tetapi nabi dah sebut dlm hadis Seseorang datang kepada Rasulullah dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut bertanya lagi, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya lagi, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya lagi, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’ Betullah jika anak-anak hang mengutama emak mereka dari diri hang sendiri, nabi dah sebut dan suruh.”
Dia mengangkat kepala memandang saya, seperti nak berkata betulkah ini? Saya terus menerang dan memujuk.
Kita semua adalah anak kpd seorang ibu dan ayah. Beringatlah pesan nabi ini,tetapi jangan sampai tergurus hati ayah. Jangan pula melebihkan ayah dari ibu, itu melanggar sunnah.Jangan kerana mak kuat berleter, banyak pesannya, ingatannya, kawalannya, tegahannya maka kita melebihkan ayah. Apa juga keadaan ibu kita,beri keutamaan kpdnya, tetapi jangan keterlaluan, jaga juga hak ayah.
Perasaan cemburu dalam meraih kasih anak, tetap ujud pada ibu dan ayah, apa lagi diusia tua dan kesunyian bila anak telah berpindah. Tetapi atas sifat orang tua, perkara ini tidak dizahirkan, mereka menelannya dg kesabaran, dg senyuman, sedangkan jauh dilubuk hati, terguris sembilu yg tajam. Berhati-hatilah jika sesekali mereka bersuara dg sindiran, atau kata persis merajuk, atau body language yg luar biasa.
Pertimbangkanlah setiap perlakuan, tindakan kpd keduanya, jangan sampai mereka berdua berlumba meraih kasih anak-anak. Berlaku adillah, bukan saja pada kebendaan yg dihulur, tetapi pada setiap kata, setiap gerak laku, kerana semua dinilai oleh ayah ibu. Dahulukan ibu, tetapi jangan sampai ayah terasa terpinggir. Masa kecil, anak dimanjakan ayah ibu, bila tua ayah ibu mengharap dimanjakan. Renungkan, jangan ambil mudah.
Hari itu saya terpaksa makan dan minum dikedai kopi untuk memujuk sahabat ini. Memang hodoh jika orang tua merajuk hati, air mata tua berjurai, hanya yg tua sebaya,yg ada anak-anak sahaja yg memahami. Tidak akan ada ayah yg akan merayu bagai anak kecil minta didokong sama seperti adik kecil dlm dokongan.
Jika ibu anda dilayan bagai anak kecil yg didokong, peganglah tangan si abang yg ibarat kpd ayah untuk dibimbing sama berjalan. Pada kita, itu perkara kecil, belum tentu pada ayah ibu. Fikirkan kalimah ibarat ini sebagai inti kpd maksud tersirat pada tulisan ini. Share untuk peringatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan