Ahad, 26 Julai 2009

YASMIN AHMAD

JENAZAH Allahyarham Yasmin Ahmad dibawa keluar selepas disembahyangkan di Masjid Abu Bakar As-Sidiq untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, semalam.



anda tentu masih ingat iklan ini..iklan ini merupakan
salah satu sumbangan dari allahyarham yasmin ahmad.
Hari ini jenazah pengarah filem yasmin ahmad telah selamat di kebumikan
Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang tadi (26 july 09)walau siapa pun beliau,allayarham tetap makhluk allah hanya allah yang menentukan segala nya,desas desua mengatakan yasmin ahmad merupakan seorang khunsa bertiup sejak mula mula di kenali di dalam dunia seni tanah air, alfatihah... untuk beliau ..semuga roh beliau selamat dan aman ...sedikit biodata beliau..
yasmin ahmad

yasmin ahmad

Yasmin Ahmad…1958 – 2009
yasmin ahmad
  • BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.
  • Nama : Yasmin Ahmad
  • Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
  • Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
  • Tarikh Lahir: 1958
  • Meninggal Dunia : 26 Julai 2009
  • Status Perkahwinan: Berkahwin
  • Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)
  • AKADEMIK
  • Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
  • PROFIL KARIER
  • Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
  • 2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin
  • Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
  • Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)
  • Penerbit:2005 Raining Amber
  • ANUGERAH
  • * Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales
  • PENCAPAIAN LAIN
  • 1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75
  • 2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
  • 2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
  • 2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
  • 2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
  • 2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
  • 2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
  • 2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
  • 2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
  • 2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
  • 2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
  • 2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
  • 2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
  • 2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
  • 2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
  • 2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
  • 2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina
  • PENERBITAN
  • Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press
  • LAIN-LAIN MAKLUMAT
  • Keluarga;Bapa – Ahmad HashimIbu – Inom Yon
  • Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;
  • 2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
  • 2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
  • 2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
  • 2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
  • 2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
  • 2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
  • 2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
  • 2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia… Ke Arah Mana Sinema Malaysia
  • 2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie’s)
  • 2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
  • 2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58
  • BLOG RASMI YASMIN AHMAD
  • http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/

Jumaat, 17 Julai 2009

KE SUNGAI BESAR


Bulan ini [Julai]saya berpeluang lagi berkunjung ke Sg Besar atas urusan kerja.Tiga tahun lepas saya pernah bekerja di daerah ini dan tinggal di Balai Raya Parit Satu Sg Besar.Saya sangat berbesar hati dan mengucapkan berbanyak banyak terima kasih di atas kesudian Tuk Sidang Parit Satu Timur ini membenarkan kami mengunakan Balai Raya ini sebagai pusat operasi kami kali ini sewaktu kami menjalankan tugas kami di sekitar daerah ini.
Sungai Besar selangor
Tambah kapsyen

Balai Raya Parit Satu Timur,Sg Besar Sabak Bernam Selangor.
Sungai Besar terletak di negeri Selangor Darul Ehsan dan berada dalam daerah Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120km dari utara Kuala Lumpur. Sungai Besar juga dikenali sebagai 'Tua Kang' dalam loghat Hokkien.Sungai Besar merupakan pusat bandar di daerah Sabak Bernam. Sungai Besar terletak di sebelah barat daya pusat Bandar daerah Sabak Bernam. Kedudukannya ialah kira-kira 7 kilometer dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38.
Photobucket

Di hadapan Balai Raya Kg Parit Satu Timur.Sg Besar Selangor (webmaster ditengah)

Sungai Besar

Mesin Penuai Padi.

Photobucket

Masjid Sungai Besar.Sabak Bernam Selangor.

Penduduk Sungai Besar dianggarkan berjumlah 22,673 di mana 43% adalah dalam lingkungan umur antara 20 tahun ke 55 tahun. Daripada jumlah keseluruhan penduduknya, 63% terdiri dari Melayu, Cina (33%) dan India (3.5%)Bersawah padi adalah pekerjaan utama, selain berkebun kelapa dan kelapa sawit serta menangkap ikan. Sungai Besar menjadi pusat pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam di mana pejabat-pejabat kerajaaan dan Majlis Daerah terletak di pekan Sungai Besar.
Photobucket

Jalan ke kem kami (topo barat )Jalan Parit 1 Timur jalan masuk ke B.Raya
BUKIT MELAWATI
Sewaktu perjalanan balik dari Sungai Besar sempat saya singgah di Bukit Melawati,sudah lama saya tidak kesini,tidak ada perubahan yang ketara sejak tiga tahun lepas,monyet monyet masih banyak malah makin bertambah jinak,si penjual aiskrim juga masih ada di tepi tembok dan ditepi meriam.Tapi disebabkan cuaca berjerubu pada hari itu maka gambar yang di ambil kurang menarik di kejauhan laut tidak nampak.
Sedikit maklumat mengenai Bukit Melawati,disini sebenarnya menjadi tumpuan oarang Jabatan Ukur dan Pemetaan apabila hampir hendak raya atau awal ramadhan kerana menentukan awal ramadhan dan syawal dengan melihat anak bulan.


Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, negeri Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor , menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra , Indonesia.
Bukit menarik merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung .


Bukit Melawati
Meriam dan menara pandang masih saperti 3 tahun lepas
Bukit Melawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad pindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.
Photobucket

Makam Diraja Bukit Melawati
Photobucket

Rumah Api Bukit Melawati.Kuala Selangor.
Keistemewaan yang terdapat di Bukit Melawati antaranya ialah ;

Sabtu, 11 Julai 2009

Promosi kerja kahwin di Kraftangan Jln Conly...

Hari ini saya berkesempatan untuk pergi melihat promosi kerja kahwin yang di adakan di Kraftangan Jalan Conley KL.Pameran ini anjuran Kraftangan Malaysia.Kraftangan Malaysia adalah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan yang mempunyai visi untuk menjadi pemimpin dalam pertumbuhan pembangunan dan promosi industri kraf yang kukuh dan berdaya saing. Misi Kraftangan Malaysia pula adalah untuk membangun dan mempromosikan pengusaha dan industri kraf negara.
Pameran ini bertujuan untuk mengetengah kan prodak kraf dan perkhidmatan perkahwinan,ini merangkumi pakaian dari tekstil Malaysia, hiasan dalaman, aksesori dan perhiasan diri, hadiah dan cenderamata serta kelengkapan rumah.
Manakala perkhidmatan perkahwinan melibatkan aspek pakej andaman, pakaian pengantin, gubahan hantaran, tempahan makanan dan khemah, kek dan manisan, kad jemputan, butik kecantikan dan spa, bunga hiasan serta video dan fotografi.
Sambil di hiburkan dengan lagu lagu instrumental melayu asli saya meninjau sekitar but yang terdapat di sekitar pameran,saya lihat sambutan mengalakkan dimana terdapat gulongan muda khasnya yang belum berkahwinan meninjau ninjau sekitar but yang menyediakan perkhidmatan perkahwinan.Di samping prodak dan kraf perkahwinan terdapat juga barangan textail yang lain saperti baju batik,songket dan lain lain yang bermotifkan perkahwinan.
Banyak pameran sebegini yang di adakan dan pernah saya hadiri,umpama di kompleks beli belah dan yang baru baru ini di PICC Putrajaya.
Disamping memperomosikan barangan kraf dan prodak perkahwinan saya rasa terdapat sedikit kekurangan dari sudut kerohanian.Disini tidak terdapat but yang menyediakan kursus kursus perkahwinan di mana ini adalah satu satu yang terpenting sebelum mendirikan rumahtangga.

Setiap perkahwinan yang sah adalah berdasarkanwajib.

Tetapi walaubagaimana pun saya rasa pameran promosi kerja kahwin ini berjaya dan sepatutnya di teruskan lebih lebih lagi apabila hampir cuti sekolah,kerana lazim nya kerja kahwin ini sering di lakukan apabila musim cuti sekolah. rukun-rukun nikah yang terkandung di dalam Hukum Syarak iaitu pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali, saksi, ijab dan qabul. Manakala mas kahwin atau pemberian adalah salah satu syarat yang dikenakan sebagai mahar.Kita sanggup berhabisan untuk menyediakan satu majlis kahwin dengan segala kelengkapan yang mahal dan istemewa tetapi jangan lah sampai kita lupa yang

Khamis, 9 Julai 2009

Lawatan ke Jakarta_bertukar bagasi...

Waktu cuti sekolah tahun 2006 bulan disember la..saya dan keluarga kak sham berkesempatan untuk melawat atau senangnya melancung ..sebelum bertolak biasa la segala persiapan memang telah di buat sejak awal awal lagi.kalau berkenaan dengan paspot dan persiapan imegerisen semuanya di buat olih abang razai.. dan kak sham,kerana mereka ini memang cukup mengetahui berkenaan hal hal begini.kak sham dan abang razai ini sebenarnya pegawai tinggi kerajaan,abang razai ini sudah pencen sementara kak sham masih bekerja di sebuah badan berkanun di kuala lumpur.keluarga kak sham ini memang selalu keluar negeri kalu..sebelah eropa tu dah pernah pergi..baik pun hong kong,china dan banyak lagi,saya dan keluarga cuma tumpang sekaki aje. Berbalik cerita pasal gi jakarta.Hari pergi pun sampai ..dari KLIA ke Airport Soekarno-Hatta menaiki kapal terbang Belanda (Holand)Airline..besar pesawat ni..tak silap saya satu barisan melintang mempunyai 12 set dan mempunyai 48 barisan kali aje la..makan dalam ok..tak macam dengan air asia semua kena beli..tu sebab tambang bolih murah sikit..
Sampai airport soekarno Hatta biasa la ambik bag dari tempat keretapi bawa bag tu..bila sampai di ruang tempat menunggu guide kami di sana dah ada menunggu guide ini memang disediakan olih agency yang akan membawa kami dua keluarga ke distinasi yang telah di tentukan,di antara tempat yang akan kami lawati ialah Puncak dan Bandung selain kota Jakarta.
Dari Airport pergi menjamu selera dahulu di Salero J
umbo Restoren Jakarta,di sini disediakan masakan hidangan minang sedap dan pedas tak ketingalan juga muzik lagu ayam den lopaeh pun di mainkan.Selesai makan balik Hotel, Hotel penginapan kami di hotel Alia Cikni.Okey la..bilik dah ada dan nak tidur la. cehk punye chek nak buka bag cari kunci nak buka tak jadi nak kunci dah ada tapi tak bolih bukak.baru sedar rupanya bukan bagn kami..isteri mula la..mengelabah..nasib baik di dalam bag itu semua pakaian isteri saya saja,pakaian saya dan anak semua nya di dalam bag lagi satu,yang menghairankan segala bentuk,warna semua nya serupa cuma yang berbezanya bag kami tiada tag nama,tapi bag ini mempunyai tag nama.bagi tau kak sam mintak tolong kontek airport kalau ada sesapa yang ada memulangkan bag ke airport.kak sham kata esok la..kesian dia pun penat. jadi tunggu esok mintak tolong guide kami hubungi airport.Malam itu tidur la kami dengan hati yang tertanya tanye siapa la.. yang mengambil bag kami itu..sebabnya waktu kami mengambil bag itu, memang cuma bag itu saja yang ada di tempat menunggu bagasi tu..jadi mesti lah ada orang yang terlebih dahulu yang mengambilnya.
Saya mencerita kan ini bukan kerana saja hendak cerita,sebabnya baru baru ini yang punye bag itu seorang yang agak berada juga tetapi di pandang dari segi penceritaan nay bukan lah seorang yang meninggi diri, baik orangnya seorang doktor yang telah berhenti kerja suaminya seorang pengarah syarikat.
Di pendekkan cerita,isteri saya sewaktu di sana terpaksa lah shoping sekali lagi bagi memenuhi permintaan badan..tak kan nak pakai pakaian yang sama selama 5 hari di sana.Satelah pulang ke kuala lumpur kami memulangkan lah bag yang punye tu dia dah ada alamat rumah,rumah nya di cheras.Sewaktu kami memulangkan bag itu beliau masih belum balik lagi ke kuala lumpur,masih di Jokjakarta,rupanya beliau telah memulangkan bag kami itu ke airport sokerno hata semula.diatas permintaan saya,saya minta beliau mengambil semula bag itu dan bawa balik ke malaysia sebab dia belum balik lagi ke malaysia.Tetapi rupanya satelah dihantar kita tidak bolih mengambil semula,jadi terpaksa lah saya sendiri yang menuntut kembali bag itu. di pendek kan cerita haii..berapa kali pendekkan cerita daa..akhirnya bag saya itu dapat semula dituntut dua minggu kemudin di KLIA Airport.
itu la...di ingatkan berhati hati la sewaktu mengambil bagasi di airport.kaitan dengan tulisan ini sila klik
dan klik

CERITA PASAL BURUNG


merupakan benda hidup dalam katogeri "bipedal", kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai yang terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenalpasti yang dibahagikan kepada 27 aturan (orders). Selain itu terdapat pula banyak subspesies yang jika dikira beserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya. Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :-
  • Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
  • Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
  • Mempunyai sisik pada kakinya.
  • Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas.
Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.

Antara spesis burung ialah;

bangau

Burung Bangau_di Zoo ulu Kelang ada..

murai

Burung murai jenis inin susah untuk di jumpai..


pekaka

Pautan;

Video Clip burung terbang.


jOM  Sesama kita melawat Taman Burung di Kuala Lumpur,,
TAMAN  BURUNG  KUALA LUMPUR,