Khamis, 9 Julai 2009

Lawatan ke Jakarta_bertukar bagasi...

Waktu cuti sekolah tahun 2006 bulan disember la..saya dan keluarga kak sham berkesempatan untuk melawat atau senangnya melancung ..sebelum bertolak biasa la segala persiapan memang telah di buat sejak awal awal lagi.kalau berkenaan dengan paspot dan persiapan imegerisen semuanya di buat olih abang razai.. dan kak sham,kerana mereka ini memang cukup mengetahui berkenaan hal hal begini.kak sham dan abang razai ini sebenarnya pegawai tinggi kerajaan,abang razai ini sudah pencen sementara kak sham masih bekerja di sebuah badan berkanun di kuala lumpur.keluarga kak sham ini memang selalu keluar negeri kalu..sebelah eropa tu dah pernah pergi..baik pun hong kong,china dan banyak lagi,saya dan keluarga cuma tumpang sekaki aje. Berbalik cerita pasal gi jakarta.Hari pergi pun sampai ..dari KLIA ke Airport Soekarno-Hatta menaiki kapal terbang Belanda (Holand)Airline..besar pesawat ni..tak silap saya satu barisan melintang mempunyai 12 set dan mempunyai 48 barisan kali aje la..makan dalam ok..tak macam dengan air asia semua kena beli..tu sebab tambang bolih murah sikit..
Sampai airport soekarno Hatta biasa la ambik bag dari tempat keretapi bawa bag tu..bila sampai di ruang tempat menunggu guide kami di sana dah ada menunggu guide ini memang disediakan olih agency yang akan membawa kami dua keluarga ke distinasi yang telah di tentukan,di antara tempat yang akan kami lawati ialah Puncak dan Bandung selain kota Jakarta.
Dari Airport pergi menjamu selera dahulu di Salero J
umbo Restoren Jakarta,di sini disediakan masakan hidangan minang sedap dan pedas tak ketingalan juga muzik lagu ayam den lopaeh pun di mainkan.Selesai makan balik Hotel, Hotel penginapan kami di hotel Alia Cikni.Okey la..bilik dah ada dan nak tidur la. cehk punye chek nak buka bag cari kunci nak buka tak jadi nak kunci dah ada tapi tak bolih bukak.baru sedar rupanya bukan bagn kami..isteri mula la..mengelabah..nasib baik di dalam bag itu semua pakaian isteri saya saja,pakaian saya dan anak semua nya di dalam bag lagi satu,yang menghairankan segala bentuk,warna semua nya serupa cuma yang berbezanya bag kami tiada tag nama,tapi bag ini mempunyai tag nama.bagi tau kak sam mintak tolong kontek airport kalau ada sesapa yang ada memulangkan bag ke airport.kak sham kata esok la..kesian dia pun penat. jadi tunggu esok mintak tolong guide kami hubungi airport.Malam itu tidur la kami dengan hati yang tertanya tanye siapa la.. yang mengambil bag kami itu..sebabnya waktu kami mengambil bag itu, memang cuma bag itu saja yang ada di tempat menunggu bagasi tu..jadi mesti lah ada orang yang terlebih dahulu yang mengambilnya.
Saya mencerita kan ini bukan kerana saja hendak cerita,sebabnya baru baru ini yang punye bag itu seorang yang agak berada juga tetapi di pandang dari segi penceritaan nay bukan lah seorang yang meninggi diri, baik orangnya seorang doktor yang telah berhenti kerja suaminya seorang pengarah syarikat.
Di pendekkan cerita,isteri saya sewaktu di sana terpaksa lah shoping sekali lagi bagi memenuhi permintaan badan..tak kan nak pakai pakaian yang sama selama 5 hari di sana.Satelah pulang ke kuala lumpur kami memulangkan lah bag yang punye tu dia dah ada alamat rumah,rumah nya di cheras.Sewaktu kami memulangkan bag itu beliau masih belum balik lagi ke kuala lumpur,masih di Jokjakarta,rupanya beliau telah memulangkan bag kami itu ke airport sokerno hata semula.diatas permintaan saya,saya minta beliau mengambil semula bag itu dan bawa balik ke malaysia sebab dia belum balik lagi ke malaysia.Tetapi rupanya satelah dihantar kita tidak bolih mengambil semula,jadi terpaksa lah saya sendiri yang menuntut kembali bag itu. di pendek kan cerita haii..berapa kali pendekkan cerita daa..akhirnya bag saya itu dapat semula dituntut dua minggu kemudin di KLIA Airport.
itu la...di ingatkan berhati hati la sewaktu mengambil bagasi di airport.kaitan dengan tulisan ini sila klik
dan klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan