Jumaat, 17 Julai 2009

KE SUNGAI BESAR


Bulan ini [Julai]saya berpeluang lagi berkunjung ke Sg Besar atas urusan kerja.Tiga tahun lepas saya pernah bekerja di daerah ini dan tinggal di Balai Raya Parit Satu Sg Besar.Saya sangat berbesar hati dan mengucapkan berbanyak banyak terima kasih di atas kesudian Tuk Sidang Parit Satu Timur ini membenarkan kami mengunakan Balai Raya ini sebagai pusat operasi kami kali ini sewaktu kami menjalankan tugas kami di sekitar daerah ini.
Sungai Besar selangor
Tambah kapsyen

Balai Raya Parit Satu Timur,Sg Besar Sabak Bernam Selangor.
Sungai Besar terletak di negeri Selangor Darul Ehsan dan berada dalam daerah Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120km dari utara Kuala Lumpur. Sungai Besar juga dikenali sebagai 'Tua Kang' dalam loghat Hokkien.Sungai Besar merupakan pusat bandar di daerah Sabak Bernam. Sungai Besar terletak di sebelah barat daya pusat Bandar daerah Sabak Bernam. Kedudukannya ialah kira-kira 7 kilometer dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38.
Photobucket

Di hadapan Balai Raya Kg Parit Satu Timur.Sg Besar Selangor (webmaster ditengah)

Sungai Besar

Mesin Penuai Padi.

Photobucket

Masjid Sungai Besar.Sabak Bernam Selangor.

Penduduk Sungai Besar dianggarkan berjumlah 22,673 di mana 43% adalah dalam lingkungan umur antara 20 tahun ke 55 tahun. Daripada jumlah keseluruhan penduduknya, 63% terdiri dari Melayu, Cina (33%) dan India (3.5%)Bersawah padi adalah pekerjaan utama, selain berkebun kelapa dan kelapa sawit serta menangkap ikan. Sungai Besar menjadi pusat pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam di mana pejabat-pejabat kerajaaan dan Majlis Daerah terletak di pekan Sungai Besar.
Photobucket

Jalan ke kem kami (topo barat )Jalan Parit 1 Timur jalan masuk ke B.Raya
BUKIT MELAWATI
Sewaktu perjalanan balik dari Sungai Besar sempat saya singgah di Bukit Melawati,sudah lama saya tidak kesini,tidak ada perubahan yang ketara sejak tiga tahun lepas,monyet monyet masih banyak malah makin bertambah jinak,si penjual aiskrim juga masih ada di tepi tembok dan ditepi meriam.Tapi disebabkan cuaca berjerubu pada hari itu maka gambar yang di ambil kurang menarik di kejauhan laut tidak nampak.
Sedikit maklumat mengenai Bukit Melawati,disini sebenarnya menjadi tumpuan oarang Jabatan Ukur dan Pemetaan apabila hampir hendak raya atau awal ramadhan kerana menentukan awal ramadhan dan syawal dengan melihat anak bulan.


Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, negeri Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor , menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra , Indonesia.
Bukit menarik merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung .


Bukit Melawati
Meriam dan menara pandang masih saperti 3 tahun lepas
Bukit Melawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad pindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.
Photobucket

Makam Diraja Bukit Melawati
Photobucket

Rumah Api Bukit Melawati.Kuala Selangor.
Keistemewaan yang terdapat di Bukit Melawati antaranya ialah ;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan