Selasa, 7 April 2015

PEWARIS LEGASI

Foto di ambil sendiri oleh penulis sewaktu menjadi fotographer kepada  sebuah majalah.

Bukan mudah untuk melerai kumpulan akar yang bertaut mempertahankan pokok yang di landa badai kerana itulah yang telah di amanahkan sejak azali lagi. Mempertahankan ketua yang belum di buktikan lemah dan longlainya, kerana badan pokok masih kukuh seperti tiada cacatnya, malahan rimbunan dedaun masih segar di ranting dan kian bercambah.Ini lah yang boleh di ibaratkan di atas serangan terhadap YAB Dato Seri Najib Tun Razak oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.
Jika sebelum ini Tun Mahathir di katakan mengetuai jentera untuk meruntuhkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan alasan ‘Lemah’ dan dikata sebagai sedang membawa parti ke arah menjadi milik keluarga. Tetapi ramai pemerhati dan penyokong menghidu bahawa ‘kesilapan’ Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah ialah Pembatalan beberapa projek termasuk pembatalan pembinaan jambatan bengkok menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar, Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro dan beberapa perkara lainnya.
Di atas serangan serangan ini pada PRU ke 12 Parti Barisan Nasional (BN) telah mengalami pencapaian keputusan terburuk di dalam sejarah pilihan raya di negara ini. BN hanya memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang ditandinginya. Inilah petaka yang menimpa negara.
Sebagai mana layak dengan tuntutan, maka pentadbiran kerajaan perlu di serahkan kepada pengganti kerana Pak Lah di katakan gagal mencapai dan mengekalkan kemenangan 2/3 seperti mana ketika mula beliau mengambil alih atau menerimanya daripada Tun Dr Mahathir, Penerima yang layak pada ketika itu ialah Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Ini bererti Dato’ Seri Najib menerima amanah kepimpinan negara dan parti daripada Pak Lah ketika Barisan Nasional bukan didalam kekukuhan 2/3 di Parlimen dan masih kehilangan 4 negeri serta 1 Wilayah Persekutuan. Pada ketika ini Najib mendapat sokongan daripada Tun Mahathir, malah Tun M juga di berikan kebebasan bersuara atau mengkritik kepimpinan Najib baik di majlis tertutup mahupun di siar di media media penyiaran yang sebelum ini kebebasan ini di sekat ketika di zaman Pak Lah.
Bukan mudah untuk Tun memberi sokongan kepada Dato’ Seri Najib, sudah pasti apa apa kesilapan yang di buat oleh Pak Lah sebelum ini di harap tidak lagi di ulangi Najib, dan pentadbiran Najib berjalan dengan aman dan damai dengan pelbagai program dan perancangan baik jangka pendek mahupun jangka panjang.
Tidak sampai 2 tahun Dato Seri Najib menguruskan negara sudah mula terdapat bunyi bunyi sumbang dari orang orang yang di katakan berselindung di belakang Tun M. Bunyi bunyi sumbang berhubung dengan pentadbiran dan susun letak pegawai dan pelaksana di setiap GLC dan syarikat besar milik kerajaan mula mendapat perhatian mereka. Semuanya serba tak kena dengan mereka.
Setiap pemimpin memiliki cara kepimpinan mereka sendiri dan sudah pasti Dato Seri Najib perlu meletakkan mereka yang boleh bekerja dengan beliau dan membantu beliau, bukan memeningkan kepala dengan isu remeh temeh. Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin menguruskan negara mereka.
Jika ada yang perlu di pecat atau di ketepikan maka itu adalah bidang kuasa Perdana Menteri perkara ini sama berlaku ketika Tun M menjadi Perdana Menteri tidak kurang ramainya juga mereka yang di pecat dan di rehatkan di pusat tahanan Kemunting, Taiping. Sesuatu yang belum berlaku di bawah pemerintahan Najib sebagai Perdana Menteri.
Tetapi serangan terhadap Najib sejak kebelakangan ini dirasakan ada sedikit kelainannya, walaupun menggunakan senjata yang agak kuno dan peluru yang sudah usang, tetapi perlu di awasi dan di tangkis cuma sedikit rasa hairan mengapa Najib di serang dengan peluru usang sudah habiskan peluru moden dan terbaru?.
Dari kes kematian warga Monggolia, isu korporat 1MDB, isu Shirul, isu penerima BR1M dan tidak terkecuali isu Jet kerajaan yang pertama kali di beli oleh pasukan Najib itu pun hanya sebutir bagi menggantikan jentera yang sudah uzur jika di lihat dari tahun perkhidmatannya. Sedangkan yang sedia ada kesemuanya di beli pada era Tun M menjadi Perdana Menteri.
Benarkah isu kematian warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu yang telah dijumpai mati secara ngeri di Bukit Raja, berdekatan Shah Alam, Selangor yang di katakan di bunuh di antara 19 Oktober dan 20 Oktober 2006. Yang mana mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4. Menghantui Tun M yang kononnya melibatkan Najib?.
mengapa isu ini di bangkitkan semula oleh Tun M, bukankah Tun telah terlebih dahulu tahu akan duduk perkara tersebut, jika tidak masakan Tun merelakan Najib untuk mengambil alih tampok kepimpinan negara seperti mana beliau lakukan terhadap Anwar Ibrahim yang beliau sendiri memecatnya setelah mengetahui akan tabiat luar tabii Timbalannya ketika itu.
Kronologinya kes ini berlaku pada tahun 2006 dimana ketika itu Pak Lah adalah Perdana Menteri, jika Tun M memiliki maklumat berhubung dengan pembunuhan itu, tak kan Tun M tergamak membiarkan Pak Lah menyerahkan tampok kepimpinan negara kepada Najib yang berlaku pada tahun 2009. Mengapa Tun M tidak menghalangnya pada ketika itu atau adakah Tun M mahu mengunakannya pada saat ini. Sedangkan rakyat tahu Najib mendapat sokongan padu dari Tun M untuk mengambil alih kepimpinan tersebut.
Selain dari isu di atas yang di bentangkan oleh Tun M, kesemuanya telah pun di jawab oleh Dato’ Seri Najib, baik di persidangan Parlimen, Sidang Akhbar melalui kenyataan media dan sebagainya semua telah pun di jawab malah Najib sendiri turut bersumpah menafikan setiap tuduhan yang di reka cipta, Termasuk isu 1MDB yang mana beliau telah membuka pintu kepada penyiasatan dan di audit, sesuatu tindakan yang di lihat tidak mahu berselindung.
Tapi sayangnya tiada satu pun penjelasan yang di beri termasuk dengan fakta yang jelas membuatkan ‘mereka mereka’ malah Tun sendiri berpuas hati. Ada sahaja yang tak kena, sehingga kini tiada seorang pun ‘mereka mereka’ ini tampil menafikan pernah membaca atau mendengar penjelasan Najib atau dari pejabat Perdana Menteri sendiri.
Sebenarnya bukan jawapan kepada persoalan yang di timbulkan oleh mereka ini yang perlu di jawab, cuma mereka ini mahukan Najib membuat pengumuman melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menggantikan dengan seseorang yang di pilih oleh ‘mereka’ mungkin Tun M sendiri yang akan memilih.
Ini bukan isu soal dan jawab, bukan soal Tun ada maklumat atau bukti, bukan soal sakit hati dengan kekayaan Najib atau anak anak Najib atau adik beradik Perdana Menteri Malaysia ke-6 ini. Tetapi kesemua ini berkisar kepada ‘Legasi’ Tun Mahathir sendiri.
Rakyat Malaysia yang prihatin dan peka mesti mengingati akan slogan Wawasan 2020, siapa penciptanya?, Sudah pasti ia di ilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 4, Ia telah di perkenalkan pada tahun 1991 dengan objektif untuk menjadi negara maju dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7 % pada tahun 2020.
Sebagai seorang yang menciptakannya, adakah Tun tidak mahu melihat akan kesannya pada waktu yang di tetapkan atau ‘mewakilkan’ kepada seseorang untuk merasmikan pembukaan ‘kapsul masa’ wawasan 2020. Siapakah yang akan mewakilkan Tun pada 2020 itu nanti?. Adakah Tun telah merencanakan agar seseorang yang menjadi pilihannya yang akan membuka ‘Kapsul Masa Wawasan 2020′.
benar Tun Dr Mahathir lah yang telah menanam kapsul tersebut, tetapi siapakah yang akan membukakannya nanti pada tahun 2020 yang bakal menjelma tidak berapa tahun sahaja lagi, adakah Dato Seri Najib Tun Razak atau seseorang yang menjadi pilihan Tun M, maka perancangan ini perlu di laksanakan dalam tempoh yang paling singkat, agar impian Tun akan menjadi kenyataan, maka dengan itu serangan kepada Najib perlu di pertingkatkan.
Jadi perkara pokok sebenar mengapa Najib di serang sedemikian rupa bukan lah bertujuan mahukan jawapan ikhlas dari Najib tetapi pengumuman ikhlas dari Najib untuk melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada seseorang yang menjadi pilihan Tun M sebelum menjelmanya tahun 2020. Barulah impian untuk Melegasikan Tun Dr. Mahathir akan menjadi kenyataan.

dipetik dari postmetro.net.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan