APA ITU ISIS?
Kebanyakkan analisa mengatakan bahawa Isis ini telah berasal dari kumpulan Al-Qaeda di Iraq (aQi) yang ditubuhkan setelah Amerika menakluk Iraq pada 2003.Kumpulan ini telah diketuai oleh Abu Musab Al-Zarqawi yang barasal dari Jordan.Pada mulanya al-Qaeda Global (aQg) pimpinan Osama bin Ladin mengiktiiraf aQi sebahagian dari mereka namun melihat keganasan yang dilakukan (aQi),aQg telah bertindak mengetepikan kumpulan itu.Abu Musab al-Zarqawi telah terbunuh pada tahun Jun 2006 dalam serangan udara Amerika.Kemudian,pucuk kepimpinan diambil oleh Abu Ayyub al-Masri.Masri telah mengubah nama al-Qaeda Iraq (aQi) kepada Islamic State of Iraq(ISI).Namun Abu Ayyub pula telah terbunuh dalam operasi US-IRAQ pada April 2010.Seterusnya kepimpinan ISI diambil oleh Abu Bakar al-Baghdadi yang kini manjadi ketua ISIS.Abu Bakar Al-Baghdadi telah menukar nama Islamic State of Iraq (ISI) kepada Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State in Iraq and Lavent (ISIL).
Agenda-agenda Isis
- aQI mengambil pendekatan yang keras bahkan kekadang menyalahi syara’ seperti membunuh secara kejam tanpa bicara sesiapa yang disyaki menjadi tali-barut Amerika
- ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka
- cuba menggagalkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Iraq dengan menculik dan membunuh aktivis kemanusiaan
- melakukan serangan untuk melagakan Sunni dan Syiah di Iraq
- Pengisytiharan Khilafah Islam iaitu negara yang diperintah oleh seorang pemimpin politik dan agama yang telah diisytiharkan pada 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435 di kawasan yang mereka kuasai dari timur Syria hingga ke utara Iraq.
- Pada April 2013, al-Baghdadi mengumumkan penggabungan tenteranya di Iraq dan Syria serta penubuhan Negara Islam di Iraq dan Jajahannya (ISIL).
Generasi Muda perlu faham makna jihad itu sendiri
Keadaan umat Islam diseluruh dunia yang ditindas, dizalimi bahkan dibunuh tanpa ada pembela pula menyebabkan wujudkan kekosongan dalam keberanian melawan musuh Islam. Umat Islam ketandusan `hero’. Sebab itu bilamana ada saja sesiapa atau segolongan yang berani melawan musuh Islam atas nama Islam, ramai umat Islam terutamanya generasi muda dengan mudah menyokong mereka tanpa mengenali siapakah `hero’ itu sebenarnya.
Ini berlaku sejak kejayaan revolusi Iran. Iran tiba-tiba menjadi kiblat pejuang Islam sehinggalah mereka kenal siapakah Syiah sebenarnya. Begitu juga tidak kurang yang menyokong Saddam Hussin melawan Amerika dalam Perang Iraq Pertama dan Kedua. Dia menjadi hero kerana berani melawan Amerika walaupun dia sendiri seorang yang zalim terhadap rakyatnya. Kini konflik di Iraq begitu teruk dan bercelaru sehingga seolah-olah tiada harapan untuk umat Islam Iraq. Kemudian nama `ISIS’ keluar sebagai pembebas dari kerajaan Syiah Maliki. Ramai yang terus menyokong tanpa mengenali siapakah ISIS.
Hakikatnya generasi muda sekarang perlu faham makna jihad itu sendiri. Mereka tidak boleh terlalu taksub akan kumpulan Isis ini.Mereka perlu sedar akan segala konspirasi dan agenda-agenda Isis.Fahaman ISIS itu tidak akan bertapak dalam jiwa mereka jika mereka sebenar-benarnya faham apa itu Islam. Merera perlu mengkaji sedalam-dalamnya mengenai Isis.Isis ini tidak menepati konsep jihad itu sendiri.
ISIS Atau ISIL Adalah Bercanggah Dengan Islam
Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL.Hal ini kerana ideologi keganasan dan pendirian mengkafirkan dan menghalalkan darah bagi mereka yang tidak sehaluan dengan fikrah mereka. Mereka telah membunuh rakyat yang tidak berdosa .
Para Ulama Ahli Sunnah seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarij di zaman moden. Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan penyelewengan serta memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS dan ISIL ini.
Sehubungan itu, berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak, Muzakarah berpandangan bahawa kecenderungan dan kegairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS dan ISIL ini adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid mengikut Hukum Syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana menghalalkan darah sesama umat Islam.
Larangan membunuh
Seperti yang kita ketahui, Isis sendiri sesuka hati membunuh umat Islam dengan kejam tanpa belas kasihan.Sedangkan Allah telah melarang berbunuh-bunuhan sesama muslim.Allah S.W.T berfirman dalam surah An-Nisa’ , ayat 92 :
“Dan tidak layak bagi seorang mu’min membunuh seorang mu’min (yang lain), kecuali karena tersalah (tidak sengaja) [334], dan barangsiapa membunuh seorang mu’min karena tersalah (hendaklah) ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat [335] yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh itu), kecuali jika mereka (keluarga terbunuh) bersedekah [336]. Jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehnya [337], maka hendaklah ia (si pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk penerimaan taubat dari pada Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Kemudian,Allah berfirman lagi yang maksudnya:
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mu’min dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (surah An-Nisa’,ayat 93)
Kesimpulan
Generasi muda itu perlu faham bahawa hakikat jihad itu bukanlah mudah.Ianya perlu difahami dengan sebenar-benarnya.Ianya juga perlu ditambah dengan kefahaman dalam bidang usul fiqh,perbanyakkan bacaan kitab tafsir,hadith-hadith,serta kitab-kitab hukum Islam.Mereka perlu menajamkan pemikiran mereka dalm asas agama.Perlu adanya persediaan yang rapi,kekuatan fizikal,mental serta rohani.
Hakikatnya,kita perlu menginsafi diri agar tidak mudah terpengaruh dengan keganasan serta propaganda perjuangan kumpulan Isil atau Isis ini.Akhir sekali marilah kita berpegang teguh dengan agam Islam ini dengan sekuat-kuatnya agar tercapai tujuan sebenar hidup di atas muka bumi Nya ini.
Firman Allah S.W.T. :
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai ,dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) ,lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam),maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah),lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”
dipetik dari ISMA web
Tiada ulasan:
Catat Ulasan