Khamis, 6 Ogos 2015

TEKANAN SUPAYA NAJIB MELETAK JAWATAN MELALUI SULTAN.

Foto Warga Prihatin.
TEKANAN MELALUI SULTAN
Selama ini pelbagai reaksi dipamerkan dalam usaha mendesak YAB PM MELETAK JAWATAN. Hari ini nota memorandum pula ditulis untuk mendesak YAB PM DIPECAT. Kali ini ia disalurkan melalui institusi Raja pula.
Sebelum ini telah berlarutan siri sindir menyindir antara Kerabat DiRaja Johor, dengan anggota kabinet. Semalam tersiar teguran DYMM Sultan Perak terhadap YAB PM. Kiasan yang sama juga sering kali tersiar sebelum ini.
Sejauh mana kesan tindakan ini terhadap krisis kepimpinan dan keamanan di negara masih menjadi tanda tanya walaupun sedikit sebanyak sudah pun mula dirasa.
Yang penting dari posting itu dapat dilihat pelbagai bentuk reaksi. Ada yang menampakkan sokongan terhadap YAB DS NAJIB, ada yang menyokong UMNO dan BN, tetapi tidak lagi menyokong Najib, namun majoriti kelihatan menolak kedua-duanya. Adakah fenomena reaksi di media sosial ini boleh diterima.
Fenomena sebelum PRU13 juga begitu. Jika dilihat dari reaksi di youtube, di perhimpunan dan ceramah umum serta di media sosial, memang jelas aura penolakannya. Tetapi apabila pilihanraya, BN menang juga. Cuma terlalu tipis majoriti kemenangannya. Bahkan BN kalah dari segi undi popular.
Mungkin juga kerana majoriti penyokong pembangkang memang menguasai media sosial dan penyokong kerajaan hanya mengikutinya melalui berita arus perdana. Penyokong pembangkang banyak keluar bersuara manakala penyokong kerajaan dan mereka di atas pagar hanya merasa selesa... hanya senyap tanpa suara. Waktu mengundi mereka keluar dan 'memangkah' BN.
Kita masih ada 2 tahun lagi menuju PRU14. Saranan memorandum ini agar Najib digugurkan dengan paksa SEKARANG telah menimbulkan banyak raksi berbeza.
Ada yang tidak setuju dibubarkan Parlimen. Mereka minta agar dilantik sahaja PM sementara. Ada Juga yang tidak setuju Raja ambil alih pemerintahan sementara, malah mencadangkan agar diserahkan sahaja kepada Tentera.
Dari situ ada banyak lagi persepsi dan konflik keyakinan terhadap sistem undi dan demokrasi, terhadap tentera dan institusi raja itu sendiri.
Kami hanya berharap agar rusuhan dan kemusnahan jiwa serta hartabenda sepertimana yang berlaku sewaktu proses menjatuhkan pemimpin di negara lain tidak berlaku di sini. Selain dari apa yang telah kita saksikan terjadi di negara-negara Arab, apa yang berlaku di Thailand dan Indonesia (Soharto) ada pelajarannya.
Ya Allah....
Jauhilah kami dari sebarang penindasan dan kezaliman...
Berilah kesedaran, petunjuk serta hidayah kepada para pemimpin kami..
Berilah petunjuk, kekuatan dan kesabaran kepada kami...
Selamatkanlah Agama.. Rakyat dan Negara ini...
Selamatkanlah anak cucu kami...
ALLAHUMMA SALAAMATAN FIDDIEN...
(Pasangkan doa ini antara dua khutbah nanti)
Salam Jumaat,
WARGA PRIHATIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan