Sabtu, 27 Jun 2015

ISU NAMPAK ' LURAH FARAJ ' FARAH ANN

Sultan Ketua Agama Islam. Ketua dah cakap OK...nak buat apa lagi. Memang berjaya program menghancurkan islam secara halus tanpa senjata melalui PROGRAM 3S Sex, Sport & Spirit. Jadi halal semua hukum yg sebelumnya haram. Sport punya pasal. Junjung titah tuanku...patik nak buat guanner lagi doh? Sport punya pasal....bina badan pakai cawat dan swimmer pakai sepentot pun OK asalkan dapat pingat. Dah lama isu ni...TAPI saya share juga penjelasan WP













ISU PAKAIAN GIMNASTIK FARAH ANN ABDUL HADI - TITAH SULTAN
Isu hangat ini mengundang terlalu banyak reaksi dari pelbagai pihak. Yang agak liberal dan meminati sukan kuat menyokong. Yang konservatif keras mengkritik. Ada juga yang mengambil sikap berdiam diri.
Bagi kami, Farah Ann Abdul Hadi, 21 sudah cukup dewasa, cukup sihat rohani dan jasmaninya untuk memikirkan baik buruk untuk dirinya sendiri. Memang silau mata dan bergetar jiwa melihat susuk tubuh tinggi lampai dan senyuman meleret gadis ayu ini. Lebih menggetarkan lagi apabila menonton video aksi beliau dihiasi dengan senyuman yang menggoda para juri, terutamanya yang lelaki.
Ada hati yang bergetar kerana trangsang nafsunya. Ada pula yang bergetar kerana merasa berdosa membiarkan saudara seagama beraksi dan berpakaian sedemikian rupa. Mungkin golongan kedua itu yang banyak mengkritik. Malangnya kritikan itu tidak ke mana, malah Farah sendiri angkuh menyerang pengkritik dengan tajuk : "Tin kosong memang berbunyi nyaring".
Aktiviti Farah dalam sukan gimnastik ini sudah bermula sejak usia 3 tahun. Ia mendapat sokongan penuh keluarga, terutama bapanya sendiri. Soal menutup aurat juga seperti bukan isu lagi kerana gaya hidup keluarga ini memang kelihatan agak 'moden dan liberal'. Itu dapat dilihat dari terlalu banyak gambar-gambar 'peribadi' yang terpapar di FB mereka.
Terkini DYMM Sultan Selangor berkenan mengutus surat sokongan yang antaranya menitahkan agar Farah mengabaikan kritikan soal pakaian terhadapnya. Farah dikatakan mengharum nama negara.
Tunku Idris Sultan Ibrahim, Kerabat Johor juga meminta masyarakat berhenti mengkritik Farah. "Mungkin Farah lebih dekat dengan pencipta dan lebih baik dari orang yang 'mengata' dia", ujar beliau yang merujuk kata-kata Mufti Ismail Menk.
Berikut antara beberapa tajuk komen pihak-pihak lain sebagai gambaran reaksi umum,
>> Biarlah Tuhan sahaja yang menghakimi Farah Ann - Khairy Jamaluddin
>> Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita Islam' - Mufti Perak
>> Kontroversi Farah Ann: Hentikan obsesi terhadap perkara remeh - CENBET
>> Bising bila nampak lurah faraj, diam bila tengok drama peluk-peluk - Dr Mariani
>> Jangan ingat punggung kamu macam Kim Kardashian - Budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail
>> Apakah sumbangan mereka yang komen bahagian sulit atlet kepada negara? - Marina Mahathir

Ekoran dari isu ini juga, telah dibuat satu Page Khas buat menyokong Farah Ann. Sudah 26,000 like Page itu. Masyarakat bukan Islam dan Muslim liberal yang ramai aktif memberikan komen sokongan di situ. tidak pasti samada komen pengkritik dipadam atau memang tiada yang membantah di situ..
KESIMPULANNYA
Dahulu kita buat alasan bersukan untuk riadah. Kemudian kita jadikan riadah itu satu acara yang dipertandingkan. Maka berkorban dan berjuanglah kita untuk memenangi pertandingan itu demi meraih NAMA diri dan negara. NAMA ALLAH dan ISLAM kita buat-buat lupa. Kita benar-benar telah menyembah dan mengagungkan pingat sukan itu hingga sanggup meletakkan perintah Allah 'di bawah'.
Islam itu agama nasihat, agama ilmu dan agama yang memerdekakan manusia. Merdekanya Muslim ialah untuk melaksanakan perkara ‘baik’ yang Allah perintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Semua itu adalah untuk memastikan kita hidup aman, selamat dan sejahtera (salam).
Memang tiada paksaan untuk beragama dengan agama Islam. Namun setelah kita jelas tentang kebenaran dan kebaikan Islam serta redha untuk bersyahadah dan mengaku beragama Islam, di situlah kita 'terpaksa', atau istilah hukumnya dipanggil "wajib" untuk mematuhi perintah agama.
Dalam isu ini, kita semua bertanggungjawab dengan apa yang kita ulas, kita kritik, kita kondem mahupun kita nasihatkan. Ada yang menyokong sehingga menampakkan perintah Allah itu dilihat terlalu remeh lalu didustakan. Ada yang mengkritik sampai ke peringkat kondem dan menghina hingga tegang.
Jika kita ikhlas memberi nasihat yang berpaksikan ilmu, dengan penuh hikmah dan kesabaran, semata-mata atas dasar kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah, maka insyaAllah ia jadi amal soleh di bulan Ramadhan yang penuh barokah ini. Jika sebaliknya, maka kita juga harus bersedia menerima akibat dan balasannya.
Bagi kami, jika nasihat kita yang baik dan berhikmah itu pun tidak didengar, maka sekurang-kurangnya kita sudah melaksanakan kewajiban sebagai saudara. Jika kita tidak boleh mengubah manusia, maka aturlah langkah untuk mengubah diri kita sendiri. Selebihnya kita berlepas diri.
DARI WARGA PRIHATIN
___________________________________________________________________________________________
Berikut ini kami petik komen dari Dr Fathul Bari Mat Jahya yang bertajuk,
AHLI POLITIK DAN ARTIS PUN KENA TUTUP AURAT
KUALA LUMPUR: Jun 15, 2015 - Masyarakat diminta tidak hanya memfokuskan kepada isu aurat ahli gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi selain bersikap terlalu selektif dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut yang mengaibkan diri antara satu dengan lain.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata hukum kewajipan aurat merupakan hal yang tidak diragui lagi, malah satu kemunafikan jika orang Islam sendiri mempersoalkannya.
"Ia jelas dalam firman Allah yang membawa maksud, "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
"Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.
"Sebenarnya, tidak wajar untuk kita memfokuskan hanya kepada isu Farah Ann sedangkan atlet sukan yang lain, artis, pemimpin, penjawat awam serta swasta dan masyarakat Islam secara umumnya juga perlu diingatkan serta difahamkan tentang kewajipan aurat.
"Sikap selektif tidak akan menyelesaikan isu ini, sebaliknya hanya akan membawa kepada aib mengaibkan antara satu dengan yang lain.
"Kita perlu melihat isu aurat ini secara telus melalui perspektif agama yang merentasi apa jua sentimen kerana hukum aurat tidak dibataskan dengan status, pangkat, pingat emas, populariti dan lain-lain.
"Sebaliknya ia adalah hukum yang Allah turunkan ke atas semua umat Islam. Maka, bahaskan secara telus, ikhlas dan berhikmah," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Dr Fathul mengulas sikap pengguna media sosial yang menyelar ahli gimnas berusia 21 tahun itu selepas gambar atlet yang berpakaian gimnastik ketat tersebut dikatakan menampakkan lurah faraj.
Jelas Dr Fathul, apabila isu aurat dibangkitkan dalam kes Farah, cadangan supaya wanita tidak terlibat dalam sukan sebegini merupakan cadangan yang terbaik sebagai mengambil langkah berhati-hati demi melaksanakan tuntutan agama.
"Namun, jika ia tidak dipersetujui, saya ingin cadangkan supaya pihak kerajaan sediakan juga alternatif pakaian untuk atlet wanita negara yang ingin menjaga aurat mereka.
"Walaupun tidak perlu kepada paksaan, namun penjelasan tentang kewajipan aurat tetap perlu menyeluruh.“
Penyebaran gambar-gambar yang mendedahkan aurat dan perbincangan tentang tubuh badan orang lain adalah hal yang mengaibkan ” - Dr Fathul
"Merupakan satu hal yang menyedihkan jika pihak kerajaan tidak boleh memperjuangkan alternatif pakaian yang menutup aurat bagi atlet sukan negara lelaki mahupun perempuan," ujarnya.
Dr Fathul, dalam pada itu, turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan Farah, namun mahu atlet itu tidak memandang remeh dengan teguran masyarakat umum tentang etika berpakaiannya.
"Farah mungkin memiliki alasan yang tersendiri. Namun, hukum tetap hukum dan ia tidak akan berubah walaupun berjuta pingat emas diperolehnya.
"Alangkah baik jika saudari terima nasihat-nasihat tersebut dengan positif dan berusaha untuk memperbaik kekurangan. Moga Allah berikan kekuatan kepada saudari.
"Kepada yang menasihati, saya nasihatkan supaya menjaga lisan. Nasihat perlu dibina atas kasih dan sayang serta bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan bukan melahirkan kebencian.
"Penyebaran gambar-gambar yang mendedahkan aurat dan perbincangan tentang tubuh badan orang lain adalah hal yang mengaibkan.
"Dan tentunya termasuk dalam maksud hadis Nabi, "Barangsiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat" (Riwayat Abu Daud, no:4946)," katanya.
Pada Sabtu, Farah ‘menyerang’ kembali mereka yang mengkritiknya kerana mengenakan pakaian yang menjolok mata semasa di Sukan SEA 2015 di Singapura.
Farah melalui laman Twitternya, menulis peribahasa "empty cans make the most noise," atau ‘tong kosong bunyinya nyaring,’ yang membawa maksud orang kurang pengetahuan yang suka bercakap kosong.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata mana-mana individu beragama Islam tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan hukum menunjukkan aurat kepada bukan muhrim yang sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan Hadis termasuk larangan membuka aurat di dalam isu sukan.
Tegasnya, isu itu seharusnya sudah jelas sejak berzaman dan tidak terlalu terikut-ikut dengan konsep serta cara pemakaian yang diperkenalkan negara Barat.

Tulisan  dari  WARGA PRIHATIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan