Selasa, 9 Jun 2015

1MDB .ARUL KANDA PEMBOHONG.

Misteri 1MDB semakin mendalam

arul-tun

BANGI, Selasa – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak percaya kepada penjelasan Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berhubung keupayaan syarikat itu melaburkan dana RM42 bilion.
Katanya, Arul Kanda sudah beberapa kali ‘ditangkap’ berbohong berhubung pelaburan syarikat pelaburan negara yang sedang bergelut dengan hutang itu.


“Saya sepatutnya berpuas hati dengan penjelasan bagaimana 1MDB membelanjakan jumlah besar wang yang dipinjam.
“Tetapi malangnya saya tidak. Saya tidak, kerana maklumat itu datang dari Ketua Pegawai Eksekutif semasa, Arul Kanda Kandasamy, dan Arul telah ‘ditangkap’ berbohong sudah beberapa kali,” katanya dalam catatan terbaru di blog chedet.cc hari ini.
Kali pertama kata Dr Mahathir, ketika Arul mula mengambil alih pengurusan 1MDB, apabila beliau mengumumkan bahawa wang wang dari Kepulauan Cayman telah dibawa pulang, tetapi disimpan di sebuah bank di Singapura, dan dia melihat wang satu bilion itu dalam bentuk tunai.
“Kemudian dia berkata ia merupakan penyata (bukan tunai). Tetapi akhirnya bank tersebut mendedahkan ia hanya dokumen dengan tanda tangan palsu,” kata Dr Mahathir.
Lebih malang kata Tun Dr Mahathir, Arul turut memberitahu perkara sama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kemudian menggunakan fakta itu untuk menjawab soalan di Parlimen, dengan mendakwa yang disimpan dalam bank Singapura adalah dalam bentuk tunai.
“Kemudian bank menafikan tunai dalam bank. Memalukan… Tidak, ia bukan tunai.
“Ia adalah dokumen. Tidak, ia adalah unit. Unit apa? Tak tahu. Bank mana? Tidak jelas. Misteri semakin mendalam,” katanya.
Beliau turut mempersoal mengapa 1MDB mengatakan mereka menggunakan wang pinjaman RM42 bilion untuk membayar cukai, sedangkan syarikat itu tidak membuat apa-apa keuntungan, malah kerugian.
“Cukai apa? Tiada keuntungan diisytiharkan tetapi cukai telah dibayar. Berapa banyak?,” soalnya lagi.
Dr Mahathir berkata, banyak pihak yang menerima duit daripada 1MDB disembunyikan termasuk beberapa syarikat dari Hong Kong dan kepada Jho Low sekalipun ahli perniagaan itu menafikannya.
Bagaimanapun kata Dr Mahathir, Jho Low tidak membuktikan bahawa beliau tidak menerima AS$260 juta dari 1MDB untuk membeli sebuah bank.
“Arul telah berbohong sebelum ini. Tidak dibayangkan untuk RM42 bilion Arul boleh berbohong lagi,” katanya
Oleh Azri El  ismaweb.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan