Isnin, 22 Jun 2015

HIDAYAH ITU MILIK ALLAH.

PENGALAMAN BARU
..tadi hadir Harun Yahya Conference, di Oxford Brookes University.. salah seorang pembentangnya seorang rabbi yahudi ternama Rabbi Ben Abrahamson..di samping pakar ajaran yahudi dia juga pengkaji al-Quran dan Hadis..ceramahnya menarik menceritakan persamaan amalan ibadah yahudi yang asal dengan ajaran Islam..yahudi solat lima waktu, rukuk, sujud, puasa, raya, korban, umrah, haji dan lain-lain..istilah-istilah pun hampir sama..semua para nabi itu Islam..itu nas Taurat katanya..fb beliau mendapat perhatian orang Islam serata dunia (Ben Abrahamson) ..masa solat maghrib dia solat bersama..kebetulan sebelah saya..hampir sama seluruh gerak-gerinya dalam soat.. jika dia mencari hakikat kebenaran, moga dia menerima kebenaran Nabi Muhammad s.a.w
Foto DrMAZA.com.
dR  MaZA .com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan