Sukar sekali menjaga anak zaman ini. Mereka ada banyak pendedahan tentang pelbagai jalan hidup yang dicipta oleh lautan manusia. Semuanya masin-masin belaka. Entah apa-apa budaya dan cara hidup yang tidak pernah terfikir oleh kita sudah berlabuh di minda mereka membentuk pelbagai gejala sosial yang menakutkan.
Ibubapa begini sukar ditegur. Membujur lalu melintang patah. Arus kemodenan dan status sosial yang diburu telah menenggelamkan iman dan Islam dalam diri mereka. Itu semua kolot dan menyekat kemajuan kata mereka. Sungguh-sungguh mereka usahakan untuk anak mereka jadi jaguh gimnastik, renang, nyanyian, tarian, bahkan aksi lasak sekalipun walaupun maruah tergadai.
Ibubapa begini biasanya hidup mewah dan ada status sosial yang tinggi. Rambut dan pipi bewarna warni. Perfume dan solekan semerbak mewangi. Pakaian mesti ketat dan ranggi, dedah sana dan dedah sini. Skirt dinaikkan dan belahan dada diturunkan, sampai terjojol biji mata lelaki hidung belang yang ‘bersamanya’. Lebih menyedihkan bila ada juga ibubapa yang bertudung lingkup pun ikut sama.
Ibubapa begini biasanya hidup mewah dan ada status sosial yang tinggi. Rambut dan pipi bewarna warni. Perfume dan solekan semerbak mewangi. Pakaian mesti ketat dan ranggi, dedah sana dan dedah sini. Skirt dinaikkan dan belahan dada diturunkan, sampai terjojol biji mata lelaki hidung belang yang ‘bersamanya’. Lebih menyedihkan bila ada juga ibubapa yang bertudung lingkup pun ikut sama.
lagi kerosakan anak-anak pula disebabkan ibubapa yang sibuk bekerja untuk menyara hidup keluarga. Anak-anak terpaksa dibiarkan berkeliaran lalu ‘menemui kerosakan’ yang begitu banyak di persekitaran mereka dengan sendirinya.
ANTARA MEMBIARKAN MANUSIA IKUT SUKA KE NERAKA ATAU MEMAKSA MEREKA KE SYURGA
Kehidupan hari ini tidak lagi seperti dahulu. Hubungan kejiranan dan antara anggota masyarakat tidak seakrab mana. Ada yang tidak kenal jiranpun. Sapa menyapa juga jarang, apatah lagi untuk saling tegur menegur memperbetulkan kesilapan anggota masyarakat. Sebahagiannya dalam kalangan saudara mara dan ipar duai, bahkan ibaubapa dan anak pun sudah tidak berlaku budaya tegur menegur.
Manusia ini Allah jadikan siap dibekalkan dengan manual kehidupan. Orang Islam ada manual yang tersendiri dan begitu jugalah agama lain. Katanya semua agama mengajak manusia untuk jadi baik. Namun pastinya ISLAM sebagai agama langit yang terakhir adalah yang terbaik dari yang baik.
Malangnya tidak kita dan tidak mereka sama sahaja. Semua agama sudah tidak lagi dipatuhi peraturannya. Daripada jenayah zina, arak, bunuh, rasuah dan semua yang diharamkan agama sudah jadi ‘halal belaka’. Batas susila dan adab sopan berasaskan adat juga menerima nasib yang sama. Semua sudah tidak boleh ditegur.
Hari ini sudah banyak kes anak yang pukul dan bunuh ibubapa dan adik abang hanya kerana tidak dituruti kemahuannya. Depan mata kami sendiri pernah dilihat gelagat anak sekecil 5 tahun mengherdik memaki ibubapanya dengan perkataan “BABI dan BODOH” apabila diambil handphone yang dipegangnya. Bapa dan ibunya hanya diam membisu.
Bapa saudaranya yang marah dan geram melihat kebiadaban anak itu langsung ‘menghempuk’ kepala anak itu dengan benda keras dengan sekuat hati. Kami yang melihat pun naik takut apa apa terjadi pada kepala anak itu. Kelihatannya situasi itu sudah menjadi biasa dalam hidup mereka. Seorang daripada mereka menasihati sang ibu dan bapa saudara agar jangan dihalang kehendak anak.
Nampaknya alasan ‘HUMAN RIGHT’ atau kebebasan hidup telah dijadikan alasan untuk membiarkan semua ini terjadi. Anak isteri sudah tidak boleh dipaksa untuk tidak melakukan apa yang ‘tidak kena’ di sisi agama. Semua itu kononnya akan membuatkan mereka “tidak ikhlas” dalam mengikuti nasihat itu nanti.
Wajarkah kita kenakan sedikit PAKSAAN agar anak dapat dipimpin atau digiring ke SYURGA?
Atau kita biarkan saja anak kita membawa haluan mereka ke NERAKA asalkan mereka IKHLAS?
KESIMPULAN
Ramai orang kata mengapa harus PAKSA anak isteri kita mematuhi agama jika mereka tidak IKHLAS?
Ada juga yang sedar lalu bangkit membuat pendirian tegas. Lebih baik kita PAKSA sahaja mereka ke syurga walaupun mereka tidak ikhlas daripada membiarkan mereka IKHLAS untuk terjun ke NERAKA.
IKHLAS (dari kata pokok KHOLAS = HABIS) adalah satu manifestasi kerjabuat yang bersifat tulus dan berhabis-habisan, yang dilakukan oleh insan yang MUKHLIS terhadap dien. Kesungguhan golongan ini disebabkan oleh ‘kefahaman’ yang JELAS tentang dien itu sendiri. Orang yang tidak tahu melihat mereka ini melakukan kerja dengan luarbiasa kesungguhannya lalu menyangka seolah-olah mereka dipaksa.
2. Al Baqarah 256. Tiada PAKSAAN dalam agama; sesungguhnya telah DIJELASKAN jalan yang BENAR daripada jalan yang SESAT. Karena itu barangsiapa yang KAFIR kepada THAGHUT dan BERIMAN kepada ALLAH, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada BUHUL TALI yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi MAHA MENGETAHUI.
Jika anak isteri kita masih meronta-ronta untuk menuruti kehendak nafsu yang akhirnya membawa mereka ke neraka, maka itu adalah satu tanda kesesatan yang merasuk jiwa mereka akibat kejahilan. Itu bukan ikhlas namanya.
Kerana itu kita harus mengambil pendekatan untuk MENJELASKAN selok belok dan keindahan agama dengan cara yang mampu menarik mereka dengan bijaksana sehingga benar-benar mampu meyakinkan mereka. InsyaAllah keyakinan dari apa yang mereka fahami itu mampu membuat mereka MEMAKSA DIRI sendiri tetapi dalam keadaan RELA & REDHA.
Islam itu TERLALU mahal dan indah sehingga orang terdahulu sanggup susah, penat, sakit bahkan sanggup mati DENGAN RELA kerananya. Jika anak isteri kita sekarang MERASA TERPAKSA… tidak berminat bahkan melihat Islam itu kolot atau tidak bertamadun, pasti ada sesuatu yang KURANG JELAS pada mereka... atau mungkin juga bukan Islam SEBENAR yang kita suapkan ke jiwa mereka.
Tetapi, bagaimana mungkin kita boleh menjelaskan kepada mereka apabila kita selaku IBUBAPA dan pemimpin masyarakat juga masih ramai yang BLUR dan MERABA-RABA?
catatan dari warga prihatin _ KREDIT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan