Ahad, 3 Mei 2015

KAK MAH BERBELANJA RM325 RIBU DI SYDNEY???..


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terus mendapat perhatian dan liputan dari akhbar antarabangsa akibat sikap dan tabiatnya yang gemar berbelanja besar.
Dalam seksyen ‘Private Sydney’ yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik miliknya di Sydney.



“Rosmah Mansor suka diperkenalkan sebagai Wanita Pertama Malaysia, tetapi untuk pereka fesyen Carl Kapp, beliau adalah First Lady Of Shopping,” lapor kolumnis akhbar itu.
“Dia benar-benar pemurah dan sangat mudah untuk berurusan dengannya,” Kapp dipetik berkata kepada Private Sydney.


Kapp, menurut kolumnis itu turut bersetuju bahawa Rosmah gemar menampilkan gaya hidup mewah seperti yang sering digambarkan di media.
Dengan tajuk ‘Super Kerr Now a Model Citizen’, kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta “parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya pada bulan depan.
“Semuanya dibuat dari sutera paling halus dan dalam pelbagai jenis warna-warna eksotik dan cetakan,” kata Kapp kepada media berkenaan.

Kolumnis itu melaporkan bahawa “pelanggan terbesar” Kapp itu juga membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu “percutian peribadi” di sana “sekitar dua minggu lalu”.
Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib juga menginap di penthouse dengan kos A$20,000 (RM65,100) semalaman di Hotel Darling di Sidney, beberapa bulan lalu.
Ia bukan kali pertama media antarabangsa mengupas gaya hidup Rosmah yang sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian berharga RM24 juta dari syarikat Jacob n Co- sebuah syarikat berlian yang terkemuka di London.


Beliau juga dikatakan mempunyai berbelas koleksi simpanan beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.
Malah, Rosmah gemar menghabiskan banyak wang untuk melancong termasuk membayar hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman.
Selain itu juga, Rosmah- yang menggelar dirinya Wanita Pertama Malaysia- juga ghairah mendapatkan publisiti dari media luar negara sehingga kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk menempah iklan yang memaparkan gambar beliau dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times.

dari blog KREDIT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan