Sabtu, 22 Ogos 2009

RAMADHAN




DIKESEMPANTAN DAN SUASANA BULAN PUASA INI SAYA INGIN MENYAMPAIKAN SEDIKIT SERUAN KEPADA PELAWAT BLOG INI.ANDA BOLIH LAWATI WEBSITE INI ' JIM ' ATAU JAMAAH ISLAH MALAYSIAUNTUK MEMBERI SUMBANGAN ANDA...SAMA SAMA LAH KITA MEMBANTU MEREKA INI..
Photobucket
BADAN KEBAJIKAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA

Photobucket


Photobucket

Pelancaran BAZAR RAMADHAN telah di rasmikan olih Perdana Menteri Dato Najib Tun Abd Razak pada 22hb ogos 2009 di perkarangan Masjid Jamek Kg Baru.

Photobucket
Tambah kapsyen

Pemberian Bubur Lambuk telah di sampaikan dengan kerjasama Kementerian Pelancungan


Menjengah bulan Ramadan al-Mubarak, antara perkara yang paling diingati khususnya oleh warga kota Kuala Lumpur ialah bubur lambuk percuma dari Masjid Jamek Kampung Baru.Hujan atau panas, ramai sanggup berbaris panjang semata-mata mendapatkan sebungkus bubur lambuk. Malah bubur lambuk Kampung Baru turut dicari penduduk dari negeri-negeri lain.Jawapannya semua sama ingin mencuba sendiri keenakan bubur lambuk yang dikatakan tiada tolok bandingan sejak lebih 50 tahun lalu.
Photobucket

Memasak Bubur Lambuk telah di mulakan sejak awal pagi lagi.
Photobucket

Selalunya bubur lambuk ini akan di beri kepada orang ramai selepas waktu asar
Meskipun bubur lambuk mudah didapati di gerai-gerai bazar Ramadan pada harga RM1.50 sebungkus, namun bubur lambuk Kampung Baru tetap menjadi pilihan.Menurut Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris, resipi asaldicipta oleh seorang yang lebih dikenali dengan nama Said Bank.Sejak diperkenalkan awal tahun 1950-an, rempah ratus yang digunakan untuk memasak bubur nasi berkuah santan itu dipercayai kekal serupa sehingga kini.
888888888888888888888888
Photobucket


Orang Ramai akan beratur untuk mengambil bubur lambuk.
"Mulanya cuma dimasak dalam sebuah periuk kecil untuk dihidangkan kepada para jemaah bertujuan menarik orang dari kawasan sekitar untuk datang," katanya.Secara tersirat, Said Bank mahu ramai bersolat dan mengimarahkan masjid tersebut. Namun jumlah dimasak itu bertambah dari hari ke hari setiap tahun.Ia pernah mencecah hingga 20 periuk. Sebelum meninggal dunia, Said Bank menurunkan kepakaran memasak kepada imam masjid ketika itu, Mohd. Tahir Jaafar.Allahyarham turut mengamanahkan agar bubur lambuk yang dikekalkan sebagai juadah berbuka puasa itu diagihkan secara percuma kepada orang ramai tanpa mengira latar belakang."Kepakaran itu diturunkan kepada Monek Aki, Mohd. Abu Bakar dan Amin Hussein Bujang yang juga pakar masak hingga ke hari ini," ujar beliau lagi.
8888888888888
Photobucket
Tambah kapsyen
Barisan orang ramai di bahagi kepada dua barisan bagi orang lelaki dengan barisan wanita berlainan
SABAR. Di sebalik ada pelbagai juadah lain, masyarakat Islam tetap meminati bubur lambuk meskipun terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkannya.Namun jumlah bubur yang dimasak masih dikekalkan kepada 12 periuk sehari.Keenakan bubur lambuk sama kerana penggunaan resipi turun-temurun. Selain rempah ratus asli, daging tetel juga digunakan sebagai bahan asas.Tambah Amin Hussein yang juga tukang masak khas, selain menurunkan kepakaran kepada pelapis baru, pihaknya tidak lokek berkongsi resipi terutama yang berhasrat bersedekah.

Pihaknya menggunakan sejumlah 14 tenaga kerja selain tiga tukang masak khas dan kerja penyediaan bahan bermula seawal pukul 9.30 pagi untuk dimasak serentak selama tiga jam.

"Kerja pembungkusan dilakukan sebaik sahaja masak dan habis diagihkan dalam masa setengah jam bermula pukul 3 petang," katanya.Sebanyak RM90,000 sumbangan orang ramai diperlukan untuk membuat bubur lambuk sepanjang Ramadan.Kesemua wang tersebut adalah sumbangan ikhlas daripada orang ramai tanpa melibatkan wang tertentu atau peruntukan khas daripada dana masjid itu sendiri."Ramai salah faham menyangka bajet datang daripada masjid walhal hakikatnya, kos bubur bergantung semata-mata sumbangan orang ramai," jelas Idris Shaari.Justeru sifat bubur ini yang diberi secara percuma dan ikhlas kerana Allah Taala menjadikan juadah ringkas ini amat istimewa sehingga orang sanggup bersusah-payah datang.Rahsia lain ialah tukang masak tidak mengurang kuantiti bahan mentah walaupun harganya naik."Bahan utama selain beras, daging mesti cukup dan daging 'tetel' iaitu bahagian yang masih ada lemak untuk lebih berperisa, udang kering, minyak sapi dan rempah ratus," katanya.

Photobucket
Photobucket
RAMUAN untuk memasak bubur masih kekal biarpun harga bahan tersebut meningkat setiap tahun.Setiap periuk itu dianggarkan boleh dinikmati oleh lebih kurang 450 orang. Ini bermakna setiap hari, hampir 5,000 orang menikmati keenakan bubur lambuk Kampung Baru.Jika benar, ini bererti lebih 7.5 juta orang pernah merasai kesedapan bubur itu sejak negara merdeka daripada penjajahan.
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

BERBUKA PUASA DENGAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA.


Juadah bubur Lambuk untuk berbuka puasa di sumbangan dari JIM atau Jamiah Islimiah Malaysia kepada penduduk di Aceh Indonesia

Penduduk di Aceh sedang berbuka puasa.
Berbuka puasa

Selesa nya kita menjamu selera berbuka puasa dengan keluarga ...

Berbuka puasa

Bagaimana mereka ini....menjamu juadah berbuka dengan rakan yang senasib keluarga tercinta di timpa bencana

Berbuka puasa

berselera nya juadah kita berbuka puasa

Photobucket

Betapa selesa nya kita berbuka puasa di tempat begini...

Berbuka puasa

Ini sahaja yang termampu olih mereka....

Berbuka puasa

Sumbangan dari kita yang tidak seberapa ini menceriakan sedikit wajah mereka...

Photobucket

Berbuka puasa dengan halaqah kortum

Photobucket

Kem ini menempatkan umat Islam yang kehilangan tempat tinggal dari kawasan Darfur

Berbuka puasa

JIM diMajlis berbuka puasa di Hazrat Abu Bakar Seddiq Islamic Centre, Kabul Afghanistan

Berbuka puasa

JIM diMajlis berbuka puasa di Kabul Polytechic University Jami Masjid, Afghanistan

Berbuka puasa

JIM diMajlis berbuka puasa di Khartoum Sudan

Berbuka puasa

JIM diMajlis penyerahan sedekah di Kem Pelarian AlSalam, Khartoum Sudan


Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan