Selasa, 11 Ogos 2009

Ronda ronda ke Kapar Klang...

Masjid Al -Ansar Pekan Kapar
Sudah agak lama juga tidak minum pagi di pekan ini,bagi bulan ogos ini
selalu lah minum pagi di kedai mamak berhampiran masjid al-ansar Kapar Kelang.Memang tidak begitu ketara perubahan di sekitar pekan lama Kapar,tetapi tidak bagi sekitar laluan kapar - Meru dan Kapar Kuala Selangor.perubahan sangat ketara sekitar laluan tersebut,taman taman perumahan baru naik macam cendewan lepas hujan,sawit yang dulunya di sepanjang laluan tersebut sudah di tebang dan di gantikan taman taman perumahan,jalan lama sudah di ' upgred' menjadi lebar menjadi empat lorong.
Memang dengan p erubahan pembangunan begini akan mendatangkan satu fenomena baru bagi penduduk sekitar,perubahan begini nampaknya tidak dapat di elakkan kerana penduduk tempatan sendiri tidak mahu memgambil bahagian,perubahan yang saya maksudkan ialah
wujud setinggan PATI,rumah rumah yang tidak dapat di siapkan akan menjadi tempat bagi mereka tinggal,wujud nya mereka ini akan menjadi kegerunan kepada penduduk tempatan sekitar khasnya bagi anak anak gadis.Lihat sendiri sekitar laluan dari Kapar ke Meru,terdapat beberapa taman yang terbengkalai telah menjadi tempat mereka tinggal.

Photobucket
MISI KAPAR - MERU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan