Isnin, 3 Ogos 2009

Penjamin terpaksa tanggung semua ....

Kejadian ini berlaku pada diri saya sendiri.Tujoh tahun lepas waktu itu ekonomi negara kita agak baik jadi ramai yang mencuba nasib baik di dalam apa bidang pun janji mendatangkan keuntungan,risiko kemudian kira,orang ini merupakan anak kepada kawan isteri saya,atas desakan dan dasar percaya saya pun sanggup menjadi penjamin kepada orang ini,beliau ini meminjam dengan bank rakyat, mungkin telah menjadi dasar atau undang undang bank jika kakitangan kerajaan menjadi penjamin hanya seorang penjamin sudah memadai dan peminjam layak di beri pinjaman.Memang sudah banyak kali saya berjumpa dengan orang ini dan bertanyakan
Bangunan Bank Rakyat
Photobuckettentang bayaran kepada bank ini,tetapi atas dasar
percaya...juga,percaya dengan katanya bayaran telah di buat kepada bank.
Bulan lepas saya telah cuba memohon pinjaman untuk membeli rumah DBKL,kerana baru baru ini pehak kerajaan dan DBKL telah mengumumkan sesiapa yang tinggal di rumah PPR layak untuk membeli rumah DBKL.Tetapi tiga hari lepas pehak bank telah memberi tahu saya
yang permohonanpinjaman saya tidak bolih di terima kerana nama saya telah di senarai hitam

Dari segi undang saya sedar memang sudah menjadi tanggung jawab penjamin jika peminjam tidak menjelaskan hutangnya penjamin akan terus menanggung segala risikonya,tetapi bagi mengubat hati yang marah dan berharap jika ada jalan lain bagi membolihkan saya membuka akaun bank atau membolihkan membuat pinjaman dengan mana mana bank saya cuba menghubungi AKPK.AKPK merupakan sebuah badan yang menyediakan khidmat kaunsling berkaitan keewangan.
Photobucket
Pejabat AKPK terletak di bangunan Maju Junction
Saya dapat bercakap dengan pegawai yang mengandalikan hal yang begini.Memang jawapan nya tetap sama,penjamin masih tidak
bolih lepas terpaksa menanggung risiko,cuma pehak AKPK hanya bolih memberi beberapa cadangan dan nasihat yang menjurus kepada pehak peminjam walaubagaimana pun mesti melangsaikan hutangnya juga.Begitu lah nasib penjamin.....

talian bebas tol AKPK 1800 88 2575 di bangunan MAJUJUNCTION TINGKAT 8 JALAN TUNKU ABD RAHMAN.KL.
Sambungan.....
Pada 19/8/09 merupakan tarikh temu janji saya untuk mendengar taklimat dari AKPK di Ibu Pejabat AKPK di Maju Junction.Slide di pasang dan penerangan melalui slide di perdengarkan.Peserta yang hadir pada sesi itu seramai 11 orang.Penerangan di beri berkisar kepada peranan yang di mainkan olih AKPK bagi membantu sesiapa yang menghadapi masalah Kredit,hutang dan nama di senarai hitam.Bermacam pertanyaan di ajukan semua pertanyaan yang di utarakan adalah bagi menyelesaikan hutang,sesi temujanji dengan kaunseling adalah minggu depan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan