Scorpene selamat sampai ke pelabuhan Malaysia pada 3hb september 2009.Perbelanjaan sebanyak RM3.4 bilion, iaitu hampir satu pertiga daripada peruntukan pertahanan setiap tahun sudah tentu mengundang pelbagai analisis mengenai rasional keperluan TLDM memiliki kapal selam.Ramai yang mempertahankan keperluan TLDM memiliki kapal selam memandangkan Singapura yang mempunyai perairan jauh lebih kecil dan sempit, memiliki empat kapal selam dari kelas Challenger. Tentera Laut Singapura (RSN) pada ketika ini memiliki ketumbukan empat kapal selam iaitu RSS Challenger, RSS Centurion,
RSS Conqueror dan RSS Chieftain.
Menjadi lebih menarik lagi apabila Panglima TLDM, Laksamana Datuk Ramlan Mohamed Ali menyatakan Scorpene ini bakal melengkapkan TLDM dalam aspek peperangan secara menyeluruh. Katanya, Malaysia sudah memiliki keupayaan anggota, udara dan perolehan kapal selam ini akan meningkatkan keupayaan peperangan bawah laut.
Selain daripada TLDM dan RSN, Tentera Laut Indonesia (TNI-Laut) juga mempunyai dua aset kapal selam kelas T-209 yang masing-masing dinamakan Cakra dan Nanggala. TNI-Laut juga akan menerima empat kapal selam yang dibeli dari Korea Selatan menjelang tahun 2008.Di samping itu RSN juga bakal menerima dua lagi kapal selam daripada kelas Vastergotland pada tahun 2010.
Secara keseluruhannya negara pesisir Selat Melaka iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura bakal menyaksikan 14 kapal selam pada laluan yang sibuk, tohor dan sempit ini.
Dari segi pengalaman pengendalian kapal selam, RSN mempunyai kelebihan berbanding dengan TLDM dan TNI-Laut kerana Singapura telah bermula lebih awal. Tetapi apa yang lebih penting adalah pengalaman anggota kapal selam RSN yang diperoleh dari Sweden, iaitu negarapengeluar kapal selam Challenger dan Vastergotland adalah tidak ternilai kelebihannya.Pengendalian kapal selam sudah tentu akan memberi cabaran kepada TLDM kerana ia adalah satu pengalaman baru. Ditambah pula cabaran yang bakal ditempuhi adalah penuh dengan risiko dan kesilapan walaupun sedikit akan
menghasilkan bencana. Kejadian kemalangan kapal selam tentera laut Britain (RN) di Lautan Artik beberapa hari lepas yang mengorbankan dua anak kapal selam RN sudah cukup untuk menggambarkan getir yang bakal dilalui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan