Khamis, 17 September 2009

KAWAL BUMI PANTAI MORIB


Setesen GPS GP 18 Pantai Morib

Bulan september tahun ini sekali lagi menjalankan kerja ukuran Titik Kawal Bumi,bagi september tahun lepas tugasan ini di jalankan di sekitar parit buntar dan berpuasa berjauhan dari keluarga.Tapi walau pun begitu seronok jugak,berbuka dengan geng geng yang sama kerja dan bangun pagi pagi untuk bersahur di kedai mamak di P.Buntar,base kem kami di Titi Serong.Saya masih ingat kami semua di jemput berbuka puasa di rumah jiran yang hampir



Jeti yang menganjur dari Istana Sultan Selangor

dengan kem kami tu,tuan rumah saya lihat cukup seronok melihat kami menjamu selera berbuka puasa dengan juadah yang di hidangkan, orang orang topo ni kalau pasal makan memang cukup aktif sama juga dengan pasal tolong menolong,esok paginya kami menolong mengemaskan khemah khemah dan canopy mereka.
Okey ini nak cerita pasal kaitan dengan tajuk di atas sebenarnya bukan mengawal Pantai Morib,nama kerja nya ukuran Titik Kawal Bumi Pantai Morib.Sedikit maklumat P.Morib

Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

Cara untuk ke Pantai Morib

Tarikan Pelancung

Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar Klang, Banting, Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini.

Pintu masuk kekawasan Istana dari Pantai Morib

Bagi mereka yang gemarkan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.Di samping Pantai Morib tempat sekitar juga baik untuk dilawati seperti kawasan perkampungan iaitu Kampung Kancung Darat tempat lahir anak-anak Dato' Haji Sidek jaguh badminton Negara Malaysia.

Kampong Endah merupakan penerima anugerah kampung contoh peringkat kebangsaan. Kampong Sungai Lang/Kancung di mana terdapat pelbagai perusahaan makanan tradisional seperti kerepek pisang, ubi, keledek dan keladi. Kampung Kelanang merupakan kampung nelayan yang indah dan Kampung Bandar Jugra menempatkan tinggalan sejarah kesultanan Selangor.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan