___________
Selasa, 14 September 2010
Nelayan Berhari Raya
Menyebut nelayan khususnya nelayan tradisional, orang akan selalu menghubungkannya dengan kehidupan yang serba susah, hidup kais pagi makan pagi. Atau kalau menurut istilah orang "Hidup segan mati tak mau". Demikianlah gambaran yang di berikan oleh orang untuk menggambarkan betapa miskinnya kehidupan nelayan . Dan secara realitinya, memang kehidupan nelayan khususnya nelayan tradisional memang miskin.
Laut adalah kehidupan mereka…tanyalah pada mereka tentang laut, insyaALLAH mereka boleh bagi jawapannye.. “jika pada malam tersebut hujan, maka pada pagi keesokan harinya mereka tidak akan turun ke laut kerana ombak besar ditengah laut…” ni adalah petikan kata² daripada seorang nelayan jika tidak turun ke laut maka tiadalah rezeki mereka pada hari itu…bayangkan macam mana kehidupan mereka di musim tengkujuh…(musim tengkujuh = nelayan tidak turun ke laut pada musim ini kerana laut bergelora)…
Ok lah saya sudah agak jauh dari tajuk yang ingin di ceritakan,iaitu kehidupan nelayan dengan hari raya.Sebenarnya ini secara sepontan, sewaktu saya balik dari kampung dalam perjalanan sambil memandu serta melayan perasaan,sementara anak dan isteri dilamun mimpi disebelah,Radio Klasik Nasional sedang mendendangkan lagu lagu MKI atau rancangan masih kah kau ingat sementara DJ nya pulak sibuk melayan panggilan dari para pendengar yang setia dengan MKI.
Tiba kepada seorang pemangil dari Kedah kalau tak silap saya namanya En Yusof,berumur 63 tahun,saya berasa sebak sewaktu mendengar luahan rasa pak cik yusof ini.Perbualan antara DJ dengan en yusof lebih kurang begini;
DJ :" assalamualaikum,siapa di sana?
Pakcik Yusof: "Saya en yusof,saya ni nelayan dah hampir 50 tahun saya jadi nelayan"
DJ: "Ok en yusof selamat hari raya en yusof,saya ingin menanyakan kepada en yusof,sebagai nelayan,apakah kenangan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh en yusof sepanjang en yusof berhari raya "
Pakcik Yusof: "macam ini lah encik,nelayan sekarang banyak beza dengan nelayan sewaktu pakcik dulu,dulu sekitar tahun 60an ke 80an,kalau hari raya tu sama aje dengan hari hari biasa,kalau sekiranya hendak membuat persiapan untuk hari raya,kena membuat persiapan dari tahun ini untuk hari raya tahun hadapan,kena kumpul duit setahun dari sekarang untuk beli baju raya anak anak untuk tahun depan "
DJ : " pak cik yusof,ada tak peristiwa yang pak cik rasa yang tak munking dapat pak cik lupakan "
Pakcik Yusof(Nama sebenar dan Nelayan di....Kedah) : " Saya sebenarnya tak ada peristewa yang hendak diceritakan sebabnya,macam saya kata tadi, kami nelayan ni sama aje hari raya dengan hari biasa,cuma yang bezanya kami sembahyang hari raya pada hari raya" " kami makan pada hari raya sama dengan apa yang kami makan pada hari biasa,kami minum pada hari raya sama dengan kami minum pada hari biasa dan apa yang kami pakai pada hari raya sama aje apa yang kami pakai pada hari biasa".
DJ : " itu raya zaman dulu dulu ( 60an -80an)tapi ada beza tak dengan zaman sekarang ?
Pakcik Yusof : " eh.. banyak bezanya, banyak sangat,sekarang ni cukup senang, apa yang orang kaya makan kita boleh makan,kalau orang kaya makan ikan tengiri sekor,kita boleh makan jugak,tapi orang sekarang ni..maaf cakap lah..Terlebih senang..tak tahu bersyukur, suka membazir,rela buang ke dalam tong sampah dari dibahagi kepada jiran atau sedekah kepada orang, kalau makan dihotel tak pernah habis..betul betul membazir.
DJ : " Ok lah pakcik yusof sekarang saya bagi peluang kepada pakcik yusof membuat pilihan lagu hari raya,pakcik yusof nak pilih lagu ape "
Pakcik Yusof : " Terima kasih,saya pilih lagu zaman saya lah..saya cukup minat lagu Selamat Hari Raya nyanyian FAZIDAH JONED dan SANISAH HURI.
DJ : " ok untuk semua nelayan dan terutamanya pakcik yusof terima lah lagu SElamat hari raya nyanyian kedua penyanyi evergreen ini Fazidah Joned dan Sanisah Huri:
FAZIDAH JONED
SANISAH HURI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan