Khamis, 16 September 2010

Emosi mempengaruhi Motivasi anda.

Emosi mempengaruhi motivasi Anda. Hubungan di antara emosi dan motivasi terjadi sepanjang masa tanpa Anda sedari.Perasaan berhubung terus dengan fizikal Anda, lantas mempengaruhi tindakan Anda.Ada orang suka bertangguh sebab dia selesa dengan sikap itu.

Kenapa dia suka bertangguh? Sebab dia tak suka buat terus sekarang, dia lebih selesa membuatnya di ketika yang lain.

Rasa selesa bertangguh itu timbul dari emosinya, kerana dia merasa gembira bertangguh. Bertangguh menjadi kebiasaan baginya, bahkan menjadi amalan rutin, dilakukan tanpa apa-apa kesangsian (doubt).Dalam proses Anda membentuk diri Anda menjadi orang positif di kala Anda tidak ada mana-mana kawan bersikap positif untuk didampingi, Anda kena melatih diri beremosi positif.

Gunakan 3 tips berikut untuk membina emosi-emosi positif dalam diri Anda.

Tips 1: Pilih emosi positif, bukan emosi negatif.

Dalam hidup, kita sentiasa ada dua pilihan. Baik atau buruk, hitam atau putih, positif atau negatif.Pilihlah satu dan kekal di dalamnya. Begitu dengan emosi.

Pilihlah emosi positif untuk dimasukkan sebagai emosi dominan dalam perasaan Anda supaya emosi positif tu dapat mempengaruhi sikap Anda, supaya emosi itu merubah tindakan Anda menjadi tindakan-tindakan positif, akhirnya membuat Anda mencapai pencapaian-pencapaian positif (pencapaian cemerlang).

Tips 2: Pengulangan secara kerap.

Selepas memilih untuk menjadi orang bersikap positif, langkah seterusnya adalah pengulangan (repetition).Untuk emosi positif kekal menjadi kebiasaan pada Anda, Anda kena amalkannya selalu.Ramai dari kita berfikiran negatif serta bersikap negatif sebab mereka menjadikannya amalan, yakni sikap yang diulang-ulang.

Cara paling senang untuk menjadi orang beremosi positif adalah dengan bersangka baik, bersikap baik, berkata baik-baik, pemaaf, suka mengagumi dan suka merendah diri walaupun setinggi manapun pencapaian Anda.

Bunyinya remeh, tapi itulah kenyataan sebenar. Ramai orang gahak kekalkan emosi positif sebab gagal bersangka baik selalu, gagal berkata baik-baik selalu, gagal menjadi orang pemaaf, gagal menjadi orang baik hati sepenuhnya.

Tips 3: Lihat dunia dari kaca mata positif

Mulai hari ini, ubah cara Anda melihat orang, situasi, benda, perkara dan kata-kata.Perkataan mempengaruhi emosi kita setiap masa.Bila Anda sudah menjadi orang beremosi positif, perkataan negatif akan Anda lihat sebagai perkataan positif.

Musibah akan Anda lihat sebagai hikmah.Masalah Anda lihat sebagai cabaran.Dugaan Anda lihat sebagai peluang.

Emosi positif menjadikan Anda berkembang ke tahap baru, kesannya membuat Anda mencapai tahap-tahap baru, tahap lebih berjaya dari tahap sebelum ini.

Emosi negatif pula akan menjadikan Anda semakin mundur, tak berkembang, tak maju, asyik di situ-situ.Anda tentunya mahu berjaya.Jadi, elak menjadi orang beremosi negatif.

Pilih untuk menjadi orang beremosi positif!


Di petik dari blog imotivasi.

disusun olih hazaldin twbkl

Tiada ulasan:

Catat Ulasan