Jumaat, 24 September 2010

SAKIT KERONIK

JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK/SERIUS YANG BOLEH DIBERI PERTIMBANGAN
BAGI MAKSUD SEKSYEN 44(6), AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 .

1. KANSER
Penyakit yang disebabkan oleh ketumbuhan dan penularan sel-sel yang sangat
merbahaya dan serangan tisu-tisu dibuktikan dengan histology yang jelas.
Penyakit ini merangkumi leukemia lymphoma dan penyakit Hodlin tetapi tidak
termasuk ketumbuhan yang tidak merbahaya dan semua jenis kanser kulit
kecuali malignant melanoma.

2. SERANGAN JANTUNG
Suatu keadaan yang timbul kerana matinya sebahagian daripada otot jantung
disebabkan pembekalan darah yang kurang kebahagian jantung yang relevan
dengan tanda-tanda seperti sakit dada, perubahan ECG dan tahap enzim
jantung yang meningkat.
Serangan sakit jantung boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:-
2.1 Penggantian atau Pembaikan Injap Jantung
Prosedur di mana pembedahan jantung terbuka dilakukan untuk
mengganti atau memperbaiki injap jantung yang telah rosak.
2.2 Pembedahan Arteri Jantung/Coronary Angioplasty
Prosedur yang melibatkan coronary artery by-pass surgery
dilakukan untuk membetulkan arteri jantung yang tersumbat termasuk
angioplasty.
2.3 Pembedahan Aorta
-2-
Prosedur yang melibatkan bahagian aorta yang sakit dibedah dan
digantikan dengan graft. Aorta yang terlibat ialah thoracic dan abdominal
aorta.
3. PULMONARY HYPERTENSION4. SAKIT BUAH PINGGANG YANG KRONIKPenyakit di mana kedua-dua buah pinggang telah gagal dipulihkan dan tidak
boleh berfungsi lagi dan memerlukan dialisis renal dan pemindahan renal.
5. SAKIT HATI (LIVER ) YANG KRONIK
Tanda-tanda penyakit ialah diserangi penyakit jaundice, ascites dan/atau hepatic
encephalopathy.
6. FULMINANT VIRAL HEPATITIS
Necrosis hati sepenuh atau sebahagian disebabkan virus hepatitis yang
mengakibatkan kegagalan hati selepas ujian fungsi hati dilakukan yang juga
menunjukkan massive parenchymal liver disease dan juga tanda-tanda
portasystemic encephalopathy.
7. KECEDERAAN DIKEPALA DISEBABKAN KEMALANGAN
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan (termasuk kerana diserang)
mengakibatkan trauma kepala teruk dengan defisit neurological yang juga boleh
mengakibatkan kematian bila pertama kali dimasukkan ke wad kecemasan, atau
walaupun selamat, pesakit mengalami kecederaan kepala yang kekal atau
lumpuh. Pengesahan pakar saraf atau pakar bedah saraf mestilah diperolehi.
8. TUMOR DAN KECACATAN PEMBULUH DARAH DI OTAK

Pengesahan mestilah diperolehi daripada pakar saraf atau pakar bedah saraf.
9. MELEPUH DAN MELECUR KERANA KEBAKARAN
Third degree burns yang meliputi 40% daripada anggota yang boleh
mengakibatkan kepada kematian apabila pertama kali dimasukkan ke hospital
atau mengakibatkan kecacatan fungsi atau kecacatan kosmetik yang
memerlukan pembedahan membaikpulih.
10. PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
Pemindahan organ seperti buah pinggang, hati jantung, paru-paru pancreas dan
tulang som-som.
11. PENYAKIT PARKINSON
12. PENYAKIT HIV DAN AIDS
13. PEMINDAHAN KAKI DAN/ATAU TANGAN
Ini tidak merupakan penyakit dalam ertikata sebenar. Namun begitu
kecederaan dan ketidaksempurnaan disebabkan penyakit atau kemalangan
boleh mengakibatkan salah satu daripada anggota tangan disebelah atas
termasuk tangan dan sendi bahu dan anggota kaki di sebelah bawah termasuk
kaki dan sendi pinggul terpaksa dipotong. Pemotongan kecil jejari kaki atau
tangan tidak layak diberi potongan cukai di bawah peruntukan ini.
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
UNIT 35, BAHAGIAN TEKNIKAL
KUALA LUMPUR
17 Januari 2001.


Di antara artinatif makanan yang di syorkan ialah pemakanan yang seimbang serta mengamalkan amalan hidup sihat dan cuba ikuti amalan dan sunah ini;

CEGAH PENYAKIT DGN MENJAGA PERUT KITA AJARAN NABI S.A.W.

Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita .

Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya:
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.
Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.
6 punca penyebab penyakit dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:
“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)
6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .
Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.
Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)

MURUNG JUGA MERUPAKAN PENYAKIT KRONIK

Cuba baca artikal ini;

Kes 1
PAKAR merawat seorang lelaki pertengahan usia yang mengalami kemurungan serius. Pesakit terbukti amat berdisiplin dan tidak pernah gagal menghadiri temujanji dengan pakar dan mampu kembali ke pangkuan keluarga. Tiba-tiba, dia tidak muncul untuk rawatan. Malah pihak hospital gagal menghubunginya kerana bertukar alamat. Tiga bulan kemudian, pakar yang merawatnya mendapat panggilan daripada anak lelaki pesakit itu memberitahu ayahnya baru saja membunuh diri.

KES 2 SEORANG pekerja sering murung. Malangnya, bukan simpati sebaliknya majikannya mencercanya dan berkata dia tidak percaya kemurungan itu penyakit serius. Malah, dia memperlekeh dengan berkata dirinya juga murung, tetapi masih mampu bertugas dengan baik. Murung, katanya, bukan alasan tidak boleh menjalankan tugas seperti biasa. DUA kes berbeza tetapi membabitkan masalah sama yang sering kali dinafikan iaitu kemurungan. Ini tidak termasuk pelbagai laporan media kejadian amuk dan pembunuhan ahli keluarga yang turut ada hubung kait dengan masalah kemurungan yang tidak diendahkan. Lebih menyedihkan, ramai menganggap kemurungan sekadar gangguan jiwa bersifat sementara dan boleh hilang dengan sendirinya. Tanggapan salah sedemikian hanya mengundang padah lebih bahaya - si mangsa membunuh diri atau mengamuk yang boleh meragut nyawa.

Persepsi salah menganggap kemurungan satu gangguan kecil menunjukkan betapa tersasar kefahaman masyarakat terhadap kemurungan sebagai satu penyakit. Masyarakat sering salah faham dengan keadaan suka duka yang dilalui seorang yang normal dengan seseorang yang mengalami kemurungan.

Menurut Pakar Psikiatri dan Terapi Kognitif Jabatan Psikiatri Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Maniam Thambu, kemurungan adalah keadaan serius yang mampu mengheret pesakit ke lembah bunuh diri dan membunuh. Kemurungan adalah penyakit biologikal yang menghasilkan simptom biologikal dan juga psikologikal. “Akhbar banyak melaporkan kes membabitkan ibu bapa yang membunuh anak-anak kemudian membunuh diri, ibu yang terjun dari bangunan tinggi selepas membunuh anak dengan mencampak anak-anak ke luar bangunan, ibu bapa yang memberi anak-anak makan racun dan banyak lagi insiden yang seumpamanya. “Saya sendiri pernah mengendalikan kes yang mana ibu bapa terselamat dari cubaan bunuh diri selepas membunuh anak-anak.

Mereka kelihatan sangat normal, tidak ganas jauh sekali merbahaya atau mengancam nyawa tetapi hakikatnya mereka menderita dalam diam,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kemurungan Di Malaysia - Menderita Dalam Diam pada bengkel media anjuran syarikat farmaseutikal, Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd, baru-baru ini. Jelasnya, ibu bapa ini berasakan bunuh dan bunuh diri adalah jalan terbaik untuk mengendalikan kemurungan. “Keadaan ini menggariskan betapa pentingnya kemurungan dikesan dari peringkat awal sekali gus mendapatkan rawatan,” katanya.

Mengikut statistik, daripada 28 juta penduduk di negara ini, 1.4 juta menghadapi masalah depresi atau kemurungan. Ia tidak mengenal bangsa mahupun usia. Bagaimanapun wanita lebih ramai menghadapinya yang dikaitkan dengan perubahan hormon seperti kitaran haid, kehamilan, kelahiran dan putus haid. Dalam kebanyakan keadaan, wanita yang dibebani tugasan menguruskan rumah tangga dan anak-anak serta berkerjaya tetap sering mengalaminya. Namun, wanita lebih terbuka untuk berkongsi masalah yang dideritai berbanding lelaki yang memilih untuk terjebak ke lembah penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol sebagai jalan keluar.

Bagaimana pula usia penghidap masalah kemurungan ini? “Episod kemurungan bermula seawal usia 5 tahun. Baik remaja, dewasa dan juga warga emas juga boleh mengalaminya dan ini bergantung kepada situasi tertentu.” Menurut Prof Dr Maniam yang juga bekas Presiden Persatuan Psikiatrik Kebangsaan (MPA), kebanyakan pesakit berat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan atau menangguhkannya kerana banyak perkara. Mereka tidak sedar bahawa kemurungan adalah satu penyakit. “Stigma masyarakat yang mudah melabel pesakit ini sebagai orang gila, sewel atau sakit jiwa selain pengaruh budaya yang menganggap simptom kemurungan sebagai perbuatan sihir, buatan orang atau roh jahat menjadi antara faktor utama ramai enggan atau menangguhkan rawatan,” katanya.

Tambahnya lagi, takut dengan rawatan psikiatrik juga antara penyebab utama rawatan ditangguh kerana bimbang ketagihan dadah; takut rawatan ECT walhal ia sangat selamat dan stabil serta memberikan kesan pulih yang cepat, bimbang dihantar ke hospital mental, mungkin kehilangan kerja dan dinafikan hak untuk mendapatkan perlindungan insuran dan sebagainya.

Negara mempunyai ramai pengamal perubatan (GP) yang mampu merawat penyakit kemurungan selain 200 pakar psikiatri yang berdaftar di seluruh negara ini biarpun masih kurang kepakaran dalam rawatan psikoterapi. Kini ada lebih 200 pakar psikiatri di seluruh negara untuk menampung keperluan 28 juta penduduk sedangkan bagi jumlah penduduk sedemikian, negara memerlukan 1,200 tenaga kerja pakar. Sebagai langkah menangani masalah itu, Kementerian Kesihatan sedang berusaha melatih lebih ramai pengamal perubatan untuk menggunakan kaedah rawatan Psikoterapi yang lebih ringkas serta digabungkan dengan ubat-ubatan sesuai.


INFO Simptom biasa kemurungan:

* Kurang tumpuan dan fokus
* Kurang yakin pada diri dan hilang semangat
* Sering rasa bersalah dan berasakan diri tidak berguna
* Berasa masa depan kelam dan tidak menentu
* Cenderung untuk mencederakan diri atau bunuh diri
* Tidur yang terganggu
* Hilang selera makan
dipetik dari berita harian 19/09/2010

di susun ke blog uncategories
olih hazaldin twbkl
25sept10

Khamis, 16 September 2010

Emosi mempengaruhi Motivasi anda.

Emosi mempengaruhi motivasi Anda. Hubungan di antara emosi dan motivasi terjadi sepanjang masa tanpa Anda sedari.Perasaan berhubung terus dengan fizikal Anda, lantas mempengaruhi tindakan Anda.Ada orang suka bertangguh sebab dia selesa dengan sikap itu.

Kenapa dia suka bertangguh? Sebab dia tak suka buat terus sekarang, dia lebih selesa membuatnya di ketika yang lain.

Rasa selesa bertangguh itu timbul dari emosinya, kerana dia merasa gembira bertangguh. Bertangguh menjadi kebiasaan baginya, bahkan menjadi amalan rutin, dilakukan tanpa apa-apa kesangsian (doubt).Dalam proses Anda membentuk diri Anda menjadi orang positif di kala Anda tidak ada mana-mana kawan bersikap positif untuk didampingi, Anda kena melatih diri beremosi positif.

Gunakan 3 tips berikut untuk membina emosi-emosi positif dalam diri Anda.

Tips 1: Pilih emosi positif, bukan emosi negatif.

Dalam hidup, kita sentiasa ada dua pilihan. Baik atau buruk, hitam atau putih, positif atau negatif.Pilihlah satu dan kekal di dalamnya. Begitu dengan emosi.

Pilihlah emosi positif untuk dimasukkan sebagai emosi dominan dalam perasaan Anda supaya emosi positif tu dapat mempengaruhi sikap Anda, supaya emosi itu merubah tindakan Anda menjadi tindakan-tindakan positif, akhirnya membuat Anda mencapai pencapaian-pencapaian positif (pencapaian cemerlang).

Tips 2: Pengulangan secara kerap.

Selepas memilih untuk menjadi orang bersikap positif, langkah seterusnya adalah pengulangan (repetition).Untuk emosi positif kekal menjadi kebiasaan pada Anda, Anda kena amalkannya selalu.Ramai dari kita berfikiran negatif serta bersikap negatif sebab mereka menjadikannya amalan, yakni sikap yang diulang-ulang.

Cara paling senang untuk menjadi orang beremosi positif adalah dengan bersangka baik, bersikap baik, berkata baik-baik, pemaaf, suka mengagumi dan suka merendah diri walaupun setinggi manapun pencapaian Anda.

Bunyinya remeh, tapi itulah kenyataan sebenar. Ramai orang gahak kekalkan emosi positif sebab gagal bersangka baik selalu, gagal berkata baik-baik selalu, gagal menjadi orang pemaaf, gagal menjadi orang baik hati sepenuhnya.

Tips 3: Lihat dunia dari kaca mata positif

Mulai hari ini, ubah cara Anda melihat orang, situasi, benda, perkara dan kata-kata.Perkataan mempengaruhi emosi kita setiap masa.Bila Anda sudah menjadi orang beremosi positif, perkataan negatif akan Anda lihat sebagai perkataan positif.

Musibah akan Anda lihat sebagai hikmah.Masalah Anda lihat sebagai cabaran.Dugaan Anda lihat sebagai peluang.

Emosi positif menjadikan Anda berkembang ke tahap baru, kesannya membuat Anda mencapai tahap-tahap baru, tahap lebih berjaya dari tahap sebelum ini.

Emosi negatif pula akan menjadikan Anda semakin mundur, tak berkembang, tak maju, asyik di situ-situ.Anda tentunya mahu berjaya.Jadi, elak menjadi orang beremosi negatif.

Pilih untuk menjadi orang beremosi positif!


Di petik dari blog imotivasi.

disusun olih hazaldin twbkl

Selasa, 14 September 2010

Nelayan Berhari Raya


Menyebut nelayan khususnya nelayan tradisional, orang akan selalu menghubungkannya dengan kehidupan yang serba susah, hidup kais pagi makan pagi. Atau kalau menurut istilah orang "Hidup segan mati tak mau". Demikianlah gambaran yang di berikan oleh orang untuk menggambarkan betapa miskinnya kehidupan nelayan . Dan secara realitinya, memang kehidupan nelayan khususnya nelayan tradisional memang miskin.
Laut adalah kehidupan mereka…tanyalah pada mereka tentang laut, insyaALLAH mereka boleh bagi jawapannye.. “jika pada malam tersebut hujan, maka pada pagi keesokan harinya mereka tidak akan turun ke laut kerana ombak besar ditengah laut…” ni adalah petikan kata² daripada seorang nelayan jika tidak turun ke laut maka tiadalah rezeki mereka pada hari itu…bayangkan macam mana kehidupan mereka di musim tengkujuh…(musim tengkujuh = nelayan tidak turun ke laut pada musim ini kerana laut bergelora)…
Ok lah saya sudah agak jauh dari tajuk yang ingin di ceritakan,iaitu kehidupan nelayan dengan hari raya.Sebenarnya ini secara sepontan, sewaktu saya balik dari kampung dalam perjalanan sambil memandu serta melayan perasaan,sementara anak dan isteri dilamun mimpi disebelah,Radio Klasik Nasional sedang mendendangkan lagu lagu MKI atau rancangan masih kah kau ingat sementara DJ nya pulak sibuk melayan panggilan dari para pendengar yang setia dengan MKI.
Tiba kepada seorang pemangil dari Kedah kalau tak silap saya namanya En Yusof,berumur 63 tahun,saya berasa sebak sewaktu mendengar luahan rasa pak cik yusof ini.Perbualan antara DJ dengan en yusof lebih kurang begini;

DJ :" assalamualaikum,siapa di sana?
Pakcik Yusof: "Saya en yusof,saya ni nelayan dah hampir 50 tahun saya jadi nelayan"
DJ: "Ok en yusof selamat hari raya en yusof,saya ingin menanyakan kepada en yusof,sebagai nelayan,apakah kenangan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh en yusof sepanjang en yusof berhari raya "
Pakcik Yusof: "macam ini lah encik,nelayan sekarang banyak beza dengan nelayan sewaktu pakcik dulu,dulu sekitar tahun 60an ke 80an,kalau hari raya tu sama aje dengan hari hari biasa,kalau sekiranya hendak membuat persiapan untuk hari raya,kena membuat persiapan dari tahun ini untuk hari raya tahun hadapan,kena kumpul duit setahun dari sekarang untuk beli baju raya anak anak untuk tahun depan "
DJ : " pak cik yusof,ada tak peristiwa yang pak cik rasa yang tak munking dapat pak cik lupakan "
Pakcik Yusof(Nama sebenar dan Nelayan di....Kedah) : " Saya sebenarnya tak ada peristewa yang hendak diceritakan sebabnya,macam saya kata tadi, kami nelayan ni sama aje hari raya dengan hari biasa,cuma yang bezanya kami sembahyang hari raya pada hari raya" " kami makan pada hari raya sama dengan apa yang kami makan pada hari biasa,kami minum pada hari raya sama dengan kami minum pada hari biasa dan apa yang kami pakai pada hari raya sama aje apa yang kami pakai pada hari biasa".
DJ : " itu raya zaman dulu dulu ( 60an -80an)tapi ada beza tak dengan zaman sekarang ?

Pakcik Yusof : " eh.. banyak bezanya, banyak sangat,sekarang ni cukup senang, apa yang orang kaya makan kita boleh makan,kalau orang kaya makan ikan tengiri sekor,kita boleh makan jugak,tapi orang sekarang ni..maaf cakap lah..Terlebih senang..tak tahu bersyukur, suka membazir,rela buang ke dalam tong sampah dari dibahagi kepada jiran atau sedekah kepada orang, kalau makan dihotel tak pernah habis..betul betul membazir.

DJ : " Ok lah pakcik yusof sekarang saya bagi peluang kepada pakcik yusof membuat pilihan lagu hari raya,pakcik yusof nak pilih lagu ape "

Pakcik Yusof : " Terima kasih,saya pilih lagu zaman saya lah..saya cukup minat lagu Selamat Hari Raya nyanyian FAZIDAH JONED dan SANISAH HURI.

DJ : " ok untuk semua nelayan dan terutamanya pakcik yusof terima lah lagu SElamat hari raya nyanyian kedua penyanyi evergreen ini Fazidah Joned dan Sanisah Huri:



FAZIDAH JONED

SANISAH HURI

Isnin, 30 Ogos 2010

MOTIVASI DARI KEMERDEKAAN ( 31 OGOS 2010)


Sambutan hari Kemerdekaan di Stadium bertutup Nasional Bukit Jalil
31/08/2010

BAGAIMANA MEMOTIVASIKAN DIRI ANDA

1. Bina Matlamat yang Jelas, Fokuskan Usaha Mencapainya

Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION" yang mana perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Oleh itu, tidak dapat kita tolak bahawa kunci utama yang memotivasikan diri kita dalam apa keadaan sekali pun adalah TUJUAN atau MOTIF kita. Atau, dalam kata-kata yang lebih mantap; matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita kita.

Ini bererti, jika anda sudah mempunyai matlamat atau tujuan-tujuan yang jelas dalam kehidupan anda, anda dengan sendirinya sudah mempunyai pendorong yang menggerakkan serta mengarah tuju anda untuk bertindak ke arah mencapai matlamat-matlamat anda.

Dengan yang demikian, seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas, akan seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana sampainya.

Oleh kerana itu, binalah matlamat atau apa juga yang anda ingin sekali capai atau miliki dalam kehidupan anda, dengan jelas. Matlamat anda itu akan menjadi kompas dan pendorong kehidupan anda. Seterusnya, fokuskanlah segala perhatian, tenaga dan usaha anda ke arah mencapai matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita anda itu.


2. Pegang Falsafah bahawa untuk
Mencapai Kejayaan, Kita Mesti Benar-Benar Serius, Dedikasi dan Bersungguh-Sungguh

Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Oleh itu, ketekunan atau sikap tidak kenal putus asa adalah
sebenarnya terhasil daripada kemantapan dan kejelasan matlamat seseorang.

Lagi penting atau besar ertinya apa yang seseorang itu hasratkan, akan lebih terdorong dan bersungguh-sungguhlah pula ianya berusaha.

Secara tidak disedari atau disedari, matlamat yang sangat jelas itu memberi atau menjadi dorongan kuat kepada seseorang individu atau organisasi lebih komited serta bersungguh-sungguh melaksanakan usaha-usaha mencapai kejayaan atau matlamat yang telah ditetapkan terutama sekali dalam suasana dimana individu atau organisasi berkenaan mendepani cabaran kuat.

3. Bina Keyakinan Tinggi & Semangat Waja

Salah satu sebab utama kenapa motivasi seseorang menjadi lemah ialah apabila timbulnya ketidakyakinan pada diri sendiri. Seseorang yang tidak yakin, biasanya akan kalah sebelumpun melakukan apa yang patut dilakukannya untuk mencapai kejayaan.

Oleh itu, untuk mencapai kejayaan, seseorang itu mestilah berani. Pepatah positif seperti "Berani kerana benar, takut kerana salah." serta "Alang-alang menyeluk pekesam, biarlah sampai ke pangkal lengan serta." haruslah menjadi pegangan kita.

Jadi, untuk memantapkan lagi motivasi diri, kita mestilah membina keberanian positif pada diri kita. Kita mestilah mempunyai sikap berani melakukan apa sahaja yang patut kita lakukan untuk mencapai kejayaan. Namun, pada masa yang sama tidak melakukan perkara-perkara yang tidak patut dilakukan..

Oleh kerana itu, agar anda lebih yakin dan berani, anda mestilah benar-benar tahu apa yang anda harus lakukan untuk mencapai kejayaan. Ini bererti, anda hendaklah mempunyai matlamat , perancangan dan pelan tindakan mantap. Pelan tindakan ini bertindak sebagai rangka panduan, penguat fikiran serta tindakan anda dalam menangani apa juga cabaran yang anda hadapi dalam mencapai kejayaan (di dunia serta akhirat).

Penutup
Saya yakin dengan berpandukan kepada tiga perkara di atas, anda akan sentiasa dapat memantapkan lagi motivasi diri anda khususnya tatkala mood atau semangat anda menjadi lemah.

Oleh yang demikian, mantapkanlah matlamat hidup anda. Fokuskanlah usaha dan tenaga anda untuk mencapai matlamat-matlamat anda. Berusahalah dengan penuh ketekunan, dedikasi serta penuh kesungguhan.

Yakinlah bahawa anda sebenarnya BOLEH. Katakanlah kepada diri anda, SAYA BOLEH! pada setiap ketika. Lakukanlah tindakan-tindakan yang perlu anda laksanakan untuk mencapai kejayaan dengan proaktif. Jangan sekali-kali ragu-ragu melakukan apa yang mesti anda lakukan untuk mencapai kejayaan.


Insya-Allah. Semoga kita semua sentiasa dalam lingkungan kejayaan.


artikel dari taidin suhaimin.

catatan olih hazaldin

Copyright 31.08.2010

Ahad, 29 Ogos 2010

RAMADHAN 2010

Saya sudah agak lama tidak menulis diblog ini,kali terakhir post ialah sewaktu saya menjalankan tugas luar di P.Pinang Bayan Lepas,selebih nya saya mengendalikan topographysurvey.com,topography explorer@jupem dan topografisemenanjung.
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Cerapan Anak Bulan Ramadhan di PICC dan di Menara Kuala Lumpur 10/08/2010.
Link berkaitan topography explorer@jupem
Saban tahun kita menunggu ketibaan Ramadhan dan satelah tiba maka bermula lah berbagai bagai peristewa yang mengembirakan kita serta tidak kurang pula yang menderitakan.Baik,kita cerita bahagian mengembirakan,sudah jadi tabiat manusia memang suka berita gembira.Yang paling seronok ialah para peniaga, musim ini lah akan mengaut keuntungan sahingga mencecah ribuan ringgit di musim bulan puasa ini.Di bazar ramadhan misalnya,bayangkan lah dengan bermodalkan tidak sampai seratus akan mendapat keuntungan berlipat lipat.dimana mana bazar akan penoh dengan manusia sahingga melimpah, lalulintas menjadi sesak 'jem' bagi yang menaiki kereta memang cukup memeningkan.Bagi peniaga peniaga bazar tidak menang tangan melayan pelanggan dan waktu malam pula tak menang tangan mengira keuntungan,mintak mintak terawih jangan pulak tak dihadirkan.
Itu berita gembira,mungkin anda sudah dengar cerita bagaimana bencana ribut yang melanda dibazar ramadhan di Melaka,alfatihah kepada allahyarham,itu salah satu peristewa sedih yang kita dengar dan tragedi begini akan berterusan sehingga akhir bulan puasa ini.Putus jari terkena letupan mercun.Kegiatan peniaga bahan letupan ini ' mercun'akan menjadi jadi sahingga ada yang meninggal malah sampai pecah rumah disebabkan oleh bahan ini, kanak kanak melambung sehingga 15 meter tersangkut dipokok dan berbagai cerita lagilah berkaitan dengan bahan letupan ini,itu belum dikira lagi kemalangan melibatkan keenderaan, ya allah adakah bulan ramadhan ini benar benar untuk menguji keimanan hamba hamba mu,sepatutnya ramadhan begini akan memberi kesedaran dan menambah keimanan kita,bukan bulan yang mengundang berbagai tragedi ngeri..

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888