Selasa, 3 November 2009

KG SERONOK P.PINANG.


Kampung Permatang Damar Laut.
Photobucket
Matang Damar laut Sunset. 6.50 petang 5/11/09


tekun nampak

Sayu..di tepi laut matang damar laut

Kalau yee..pun jom makan dulu..bro..


Arah ke George Town Pulau Pinang

Pekan Bayan Lepas


Masjid Ar Ridwaniah Kg Telok Kumbar

Pantai Telok Kumbar,Pulau Pinang.
Krew yang terlibat dengan Projek Titik kawal bumi Pulau Pinang. November 2009.

Kerja cerapan titik kawal P.Pinang.4 pasukan telah di tugaskan ke setiap lokasi titik kawal sekitar Pulau Pinang,hari pertama cerapan base di mana 4 lokasi base telah di pilih.
En Hazaldin -GPS Klinik Batu kawan iaitu berhampiran dengan stadium batu kawan.
En Rosman
En Zuki
En Firdaus

En Zabidi - GPS Penaga berhampiran dengan kampung Pak Lah - Kepala Batas.
En Sahak
En Nazri
En Roslan@ madu)
En Saharudin @ Abon)

En Rosli - GPS Pengkalan TLDM Pulau Pinang.
En Molok
En Azan
En Mamat
En Azman @tenggek)

En Fareez - GPS Nibung Tebal.
En Satar
En Othman@ dinding
En Saifulshah
En Norazahan @Farok
En Suwandi

Khamis, 17 September 2009

KAWAL BUMI PANTAI MORIB


Setesen GPS GP 18 Pantai Morib

Bulan september tahun ini sekali lagi menjalankan kerja ukuran Titik Kawal Bumi,bagi september tahun lepas tugasan ini di jalankan di sekitar parit buntar dan berpuasa berjauhan dari keluarga.Tapi walau pun begitu seronok jugak,berbuka dengan geng geng yang sama kerja dan bangun pagi pagi untuk bersahur di kedai mamak di P.Buntar,base kem kami di Titi Serong.Saya masih ingat kami semua di jemput berbuka puasa di rumah jiran yang hampir



Jeti yang menganjur dari Istana Sultan Selangor

dengan kem kami tu,tuan rumah saya lihat cukup seronok melihat kami menjamu selera berbuka puasa dengan juadah yang di hidangkan, orang orang topo ni kalau pasal makan memang cukup aktif sama juga dengan pasal tolong menolong,esok paginya kami menolong mengemaskan khemah khemah dan canopy mereka.
Okey ini nak cerita pasal kaitan dengan tajuk di atas sebenarnya bukan mengawal Pantai Morib,nama kerja nya ukuran Titik Kawal Bumi Pantai Morib.Sedikit maklumat P.Morib

Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

Cara untuk ke Pantai Morib

Tarikan Pelancung

Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar Klang, Banting, Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini.

Pintu masuk kekawasan Istana dari Pantai Morib

Bagi mereka yang gemarkan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.Di samping Pantai Morib tempat sekitar juga baik untuk dilawati seperti kawasan perkampungan iaitu Kampung Kancung Darat tempat lahir anak-anak Dato' Haji Sidek jaguh badminton Negara Malaysia.

Kampong Endah merupakan penerima anugerah kampung contoh peringkat kebangsaan. Kampong Sungai Lang/Kancung di mana terdapat pelbagai perusahaan makanan tradisional seperti kerepek pisang, ubi, keledek dan keladi. Kampung Kelanang merupakan kampung nelayan yang indah dan Kampung Bandar Jugra menempatkan tinggalan sejarah kesultanan Selangor.




Selasa, 15 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI





JAAFAR SIDIQ ATAU LEBIH DI KENALI SEBAGAI S.JIBENG
Allahyarham Jaafar Sidiq, atau lebih dikenali sebagai S. Jibeng (1942?-7 Februari 2006), merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, ( She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh).

Penyanyi pada zaman 1960-an, biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.
Beliau meninggal pada 7 Februari 2006.
8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
TOH PUAN SETIA DATIN RAFEAH BINTI BUANG
Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah binti Buang dilahirkan di Kampung Pisang, Singapura pada 25 Julai 1948 dan muncul sebagai seorang bintang dalam bidang nyanyian selepas menjuarai Bintang Satria Singapura tahun 60-an.
Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang aktif dalam kemasyarakatan, dan bergiat dalam Lembaga Perempuan Islam Pahang, Majlis Kebudayaan Negeri Pahang, Jawatankuasa Antidadah Daerah Pekan dan Pergerakan Wanita UMNO Pekan.Selepas tamat darjah lima Sekolah Arab Al-Sagoff (1960) dan Sekolah Perdagangan Inggeris (1963), Rafeah Buang pernah menjadi anggota sidang pengarang Majalah Perkawalan Tentera (Singapura) pada 1964. Selain itu beliau turut menghasilkan sajak dan cerpen dengan menggunakan nama pena Rina Balkiah dan hasil karyanya disiarkan di majalah Singapura dan radio.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 24 Julai 2002. Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Pekan, Pahang oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Penerbangan ehsan di lakukan pesawat dari skuardon kesepuluh Tentera Udara di Raja Sungai Besi pada 20 Mac 2002.
Rafeah diiringi suaminya Tengku Datuk Asmawi Tengku Husin dan Doktor Puteri Nurbaya Musa.
Penerbangan itu berlepas dari pengkalan di Sungai Besi ke Kuantan jam satu tengah hari dan kembali ke Hospital Kuala Lumpur jam 3.15 petang.Allahyarhamah disemadikan di sebelah pusara anaknya, Tengku Amirul Ashraf di Makam Diraja Pekan.Al-fatihah kepada Allahyarhamah, semoga roh beliau dicucuri rahmat.
8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
TAN SRI DR P.RAMLEE
Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.
P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 Februari 1955, seorang kerabat diraja negeri Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.
P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953)
2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954)
3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966)
10. Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

KUMPULAN AL JAWAHER



Khamis, 10 September 2009

KISAH LAUT MATI



Laut Mati merupakan tempat di mana kaum Nabi Luth a.s. mendapatkan kutukan. Dikalangan Kaum Nabi Luth ujud lelaki tidak menyukai wanita, tetapi mencintai sesama jenis. Demikian pula wanitanya, mereka lebih suka berhubungan seks dengan kaum yang sama. Karena perbuatan "gila" inilah Allah mengutuk mereka dengan membakar mereka di Laut Mati.
Kaum Nabi Luth ini tinggal di sebuah kota bernama Sodom. Inilah yang memungkinkan homoseksual ini disebut juga sodomi.
Penelitian arkeologis menyatakan, Kota Sodom dulunya berada di tepi Laut Mati yang terbentang memanjang di antara perbatasan Israel-Jordan. Berikutan gempa vulkanis yang diikuti letusan lava, kota tersebut Allah runtuhkan, lalu diterbalikan ke dalam Laut Mati. 



Seumpama orang diterbalik atau terguling, kepala jatuh dahulu, diikuti badan dan kaki. Begitu juga kota Sodom, waktut runtuh dan terbalik, bahagian atas kota itu dahulu yang terjun ke dalam laut, sebagaimana Allah kisahkan dalam Alquran, "Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu (terjungkir-balik sehingga) yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. (Surat Huud ayat 82)


Hasil penelitian ilmiah kontemporer menjelaskan, bencana itu terjadi karena daerah Lembah Siddim, yang di dalamnya terdapat Kota Sodom dan Gomorah, merupakan kawasan titik bertemunya dua laluan kerak bumi yang bergerak berlawanan arah. Laluan itu berawal dari tepi Gunung Taurus, memanjang ke pantai selatan Laut Mati dan hingga melepasi Gurun Arab ke Teluk Aqaba dan terus melintasi Laut Merah, hingga berakhir di Afrika.

Biasanya, bila dua laluan kerak bumi ini bergeser akan menimbulkan gempa bumi dahsyat yang diikuti dengan tsunami (gelombang laut yang sangat besar) yang menyapu kawasan pesisir pantai. Juga diikuti dengan letusan lava/lahar panas dari perut bumi.

Hal seperti itu pula yang terjadi pada Kota Sodom, sebagaimana dinyatakan peneliti Jerman, Werner Keller, "Bersama dengan dasar dari retakan yang sangat lebar ini, yang persis melewati daerah ini, Lembah Siddim, termasuk Sodom dan Gomorrah, dalam satu hari terjerumus ke kedalaman (Laut Mati).

Kehancuran mereka terjadi melalui sebuah peristiwa gempa bumi dahsyat yang mungkin disertai dengan letusan petir, keluarnya gas alam, serta lautan api. Pergeseran patahan membangkitkan tenaga vulkanik (berupa gempa) yang telah lama tertidur sepanjang patahan."

Dengan keterangan ilmiah tersebut dapat direkonstruksi kembali bagaimana azab Allah itu menimpa umat Nabi Luth yang ingkar kepada-Nya. Bencana itu didahului dengan sebuah gempa yang menyebabkan tanah menjadi merekah. Dari rekahan itu muncul semburan lahar panas yang menghujani penduduk Kota Sodom. Di bawah pesisir Laut Mati juga terdapat sejumlah besar timbunan kantung-kantung gas metana mudah terbakar.

Kemungkinan besar, letusan lava serta semburan gas metana itulah yang Allah maksudkan dalam Alquran dengan hujan batu dari tanah yang terbakar. Bencana itu diakhiri dengan terjunnya Kota Sodom bersama penduduknya ke dalam Laut Mati. Sebuah tempat wisata yang pantas menjadi perenungan kaum yang "salah asuh"

Khamis, 3 September 2009

Kapal Selam Pertama Malaysia _ Scorpene





Scorpene selamat sampai ke pelabuhan Malaysia pada 3hb september 2009.Perbelanjaan sebanyak RM3.4 bilion, iaitu hampir satu pertiga daripada peruntukan pertahanan setiap tahun sudah tentu mengundang pelbagai analisis mengenai rasional keperluan TLDM memiliki kapal selam.Ramai yang mempertahankan keperluan TLDM memiliki kapal selam memandangkan Singapura yang mempunyai perairan jauh lebih kecil dan sempit, memiliki empat kapal selam dari kelas Challenger. Tentera Laut Singapura (RSN) pada ketika ini memiliki ketumbukan empat kapal selam iaitu RSS Challenger, RSS Centurion, RSS Conqueror dan RSS Chieftain.

Menjadi lebih menarik lagi apabila Panglima TLDM, Laksamana Datuk Ramlan Mohamed Ali menyatakan Scorpene ini bakal melengkapkan TLDM dalam aspek peperangan secara menyeluruh. Katanya, Malaysia sudah memiliki keupayaan anggota, udara dan perolehan kapal selam ini akan meningkatkan keupayaan peperangan bawah laut.

Selain daripada TLDM dan RSN, Tentera Laut Indonesia (TNI-Laut) juga mempunyai dua aset kapal selam kelas T-209 yang masing-masing dinamakan Cakra dan Nanggala. TNI-Laut juga akan menerima empat kapal selam yang dibeli dari Korea Selatan menjelang tahun 2008.Di samping itu RSN juga bakal menerima dua lagi kapal selam daripada kelas Vastergotland pada tahun 2010.

Secara keseluruhannya negara pesisir Selat Melaka iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura bakal menyaksikan 14 kapal selam pada laluan yang sibuk, tohor dan sempit ini.

Dari segi pengalaman pengendalian kapal selam, RSN mempunyai kelebihan berbanding dengan TLDM dan TNI-Laut kerana Singapura telah bermula lebih awal. Tetapi apa yang lebih penting adalah pengalaman anggota kapal selam RSN yang diperoleh dari Sweden, iaitu negarapengeluar kapal selam Challenger dan Vastergotland adalah tidak ternilai kelebihannya.Pengendalian kapal selam sudah tentu akan memberi cabaran kepada TLDM kerana ia adalah satu pengalaman baru. Ditambah pula cabaran yang bakal ditempuhi adalah penuh dengan risiko dan kesilapan walaupun sedikit akan menghasilkan bencana. Kejadian kemalangan kapal selam tentera laut Britain (RN) di Lautan Artik beberapa hari lepas yang mengorbankan dua anak kapal selam RN sudah cukup untuk menggambarkan getir yang bakal dilalui.

Sabtu, 22 Ogos 2009

RAMADHAN




DIKESEMPANTAN DAN SUASANA BULAN PUASA INI SAYA INGIN MENYAMPAIKAN SEDIKIT SERUAN KEPADA PELAWAT BLOG INI.ANDA BOLIH LAWATI WEBSITE INI ' JIM ' ATAU JAMAAH ISLAH MALAYSIAUNTUK MEMBERI SUMBANGAN ANDA...SAMA SAMA LAH KITA MEMBANTU MEREKA INI..
Photobucket
BADAN KEBAJIKAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA

Photobucket


Photobucket

Pelancaran BAZAR RAMADHAN telah di rasmikan olih Perdana Menteri Dato Najib Tun Abd Razak pada 22hb ogos 2009 di perkarangan Masjid Jamek Kg Baru.

Photobucket
Tambah kapsyen

Pemberian Bubur Lambuk telah di sampaikan dengan kerjasama Kementerian Pelancungan


Menjengah bulan Ramadan al-Mubarak, antara perkara yang paling diingati khususnya oleh warga kota Kuala Lumpur ialah bubur lambuk percuma dari Masjid Jamek Kampung Baru.Hujan atau panas, ramai sanggup berbaris panjang semata-mata mendapatkan sebungkus bubur lambuk. Malah bubur lambuk Kampung Baru turut dicari penduduk dari negeri-negeri lain.Jawapannya semua sama ingin mencuba sendiri keenakan bubur lambuk yang dikatakan tiada tolok bandingan sejak lebih 50 tahun lalu.
Photobucket

Memasak Bubur Lambuk telah di mulakan sejak awal pagi lagi.
Photobucket

Selalunya bubur lambuk ini akan di beri kepada orang ramai selepas waktu asar
Meskipun bubur lambuk mudah didapati di gerai-gerai bazar Ramadan pada harga RM1.50 sebungkus, namun bubur lambuk Kampung Baru tetap menjadi pilihan.Menurut Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris, resipi asaldicipta oleh seorang yang lebih dikenali dengan nama Said Bank.Sejak diperkenalkan awal tahun 1950-an, rempah ratus yang digunakan untuk memasak bubur nasi berkuah santan itu dipercayai kekal serupa sehingga kini.
888888888888888888888888
Photobucket


Orang Ramai akan beratur untuk mengambil bubur lambuk.
"Mulanya cuma dimasak dalam sebuah periuk kecil untuk dihidangkan kepada para jemaah bertujuan menarik orang dari kawasan sekitar untuk datang," katanya.Secara tersirat, Said Bank mahu ramai bersolat dan mengimarahkan masjid tersebut. Namun jumlah dimasak itu bertambah dari hari ke hari setiap tahun.Ia pernah mencecah hingga 20 periuk. Sebelum meninggal dunia, Said Bank menurunkan kepakaran memasak kepada imam masjid ketika itu, Mohd. Tahir Jaafar.Allahyarham turut mengamanahkan agar bubur lambuk yang dikekalkan sebagai juadah berbuka puasa itu diagihkan secara percuma kepada orang ramai tanpa mengira latar belakang."Kepakaran itu diturunkan kepada Monek Aki, Mohd. Abu Bakar dan Amin Hussein Bujang yang juga pakar masak hingga ke hari ini," ujar beliau lagi.
8888888888888
Photobucket
Tambah kapsyen
Barisan orang ramai di bahagi kepada dua barisan bagi orang lelaki dengan barisan wanita berlainan
SABAR. Di sebalik ada pelbagai juadah lain, masyarakat Islam tetap meminati bubur lambuk meskipun terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkannya.Namun jumlah bubur yang dimasak masih dikekalkan kepada 12 periuk sehari.Keenakan bubur lambuk sama kerana penggunaan resipi turun-temurun. Selain rempah ratus asli, daging tetel juga digunakan sebagai bahan asas.Tambah Amin Hussein yang juga tukang masak khas, selain menurunkan kepakaran kepada pelapis baru, pihaknya tidak lokek berkongsi resipi terutama yang berhasrat bersedekah.

Pihaknya menggunakan sejumlah 14 tenaga kerja selain tiga tukang masak khas dan kerja penyediaan bahan bermula seawal pukul 9.30 pagi untuk dimasak serentak selama tiga jam.

"Kerja pembungkusan dilakukan sebaik sahaja masak dan habis diagihkan dalam masa setengah jam bermula pukul 3 petang," katanya.Sebanyak RM90,000 sumbangan orang ramai diperlukan untuk membuat bubur lambuk sepanjang Ramadan.Kesemua wang tersebut adalah sumbangan ikhlas daripada orang ramai tanpa melibatkan wang tertentu atau peruntukan khas daripada dana masjid itu sendiri."Ramai salah faham menyangka bajet datang daripada masjid walhal hakikatnya, kos bubur bergantung semata-mata sumbangan orang ramai," jelas Idris Shaari.Justeru sifat bubur ini yang diberi secara percuma dan ikhlas kerana Allah Taala menjadikan juadah ringkas ini amat istimewa sehingga orang sanggup bersusah-payah datang.Rahsia lain ialah tukang masak tidak mengurang kuantiti bahan mentah walaupun harganya naik."Bahan utama selain beras, daging mesti cukup dan daging 'tetel' iaitu bahagian yang masih ada lemak untuk lebih berperisa, udang kering, minyak sapi dan rempah ratus," katanya.

Photobucket
Photobucket
RAMUAN untuk memasak bubur masih kekal biarpun harga bahan tersebut meningkat setiap tahun.Setiap periuk itu dianggarkan boleh dinikmati oleh lebih kurang 450 orang. Ini bermakna setiap hari, hampir 5,000 orang menikmati keenakan bubur lambuk Kampung Baru.Jika benar, ini bererti lebih 7.5 juta orang pernah merasai kesedapan bubur itu sejak negara merdeka daripada penjajahan.
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

BERBUKA PUASA DENGAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA.


Juadah bubur Lambuk untuk berbuka puasa di sumbangan dari JIM atau Jamiah Islimiah Malaysia kepada penduduk di Aceh Indonesia

Penduduk di Aceh sedang berbuka puasa.
Berbuka puasa

Selesa nya kita menjamu selera berbuka puasa dengan keluarga ...

Berbuka puasa

Bagaimana mereka ini....menjamu juadah berbuka dengan rakan yang senasib keluarga tercinta di timpa bencana

Berbuka puasa

berselera nya juadah kita berbuka puasa

Photobucket

Betapa selesa nya kita berbuka puasa di tempat begini...

Berbuka puasa

Ini sahaja yang termampu olih mereka....

Berbuka puasa

Sumbangan dari kita yang tidak seberapa ini menceriakan sedikit wajah mereka...

Photobucket

Berbuka puasa dengan halaqah kortum

Photobucket

Kem ini menempatkan umat Islam yang kehilangan tempat tinggal dari kawasan Darfur

Berbuka puasa

JIM diMajlis berbuka puasa di Hazrat Abu Bakar Seddiq Islamic Centre, Kabul Afghanistan

Berbuka puasa

JIM diMajlis berbuka puasa di Kabul Polytechic University Jami Masjid, Afghanistan

Berbuka puasa

JIM diMajlis berbuka puasa di Khartoum Sudan

Berbuka puasa

JIM diMajlis penyerahan sedekah di Kem Pelarian AlSalam, Khartoum Sudan


Photobucket