Ahad, 4 Ogos 2013

KETAMAN BURUNG K.LUMPUR

Sudah hampir 35 tahun tinggal di Kuala Lumpur,dari hari ke sahari ingin berkunjung ke tempat ini,a
khirnya awal tahun baru sampai juga hajat untuk melihat Taman Burung Kuala Lumpur,sedikit maklt mengenai Taman Burung ini…
Taman Burung Kuala Lumpur terletak berhampiran dengan Tasik PerdanaKuala Lumpur,Malaysia. Di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pusat pelancongan lain seperti Taman Rama-RamaMasjid NegaraTaman Bunga RayaBalai Memorial Tun Abdul RazakPlanetarium Negaradan lain-lain.
Taman Burung ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri AgongTuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 15 November 1991. Ia diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Taman burung ini merupakan sebuah taman sari burung dan taman tropika khas untuk pencinta-pecinta alam. Taman burung ini dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 3.2 hektar.
Buat pertama kalinya di Malaysia, para penggemar burung berpeluang memerhatikan lebih kurang 2000 ekor burung dari berbagai spesis berterbangan bebas di dalam suasana taman hampir semula jadi. Terdapat burung Enggangbangauranggungnuriserinditkuangkakaktuapunai,merpatiruak-ruakdan langlingitik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia dan negara seperti AustraliaNew GuineaThailandIndonesiaTanzaniaChina danBelanda mendiami taman burung ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan