Pemandangan di hadapan pintu masuk kegua Ashabul Kahfi
Photo azubsza ftp
Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.
artifak peninggalan yang terdapat di dalam gua ashabul kahfi
photo dari azubsza ftp
Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
- Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.
LOKASI GUA
Kahfi bermaksud gua. Ashababul bermaksud Pemuda tidur. Mereka tidur selama 3 abad atau 309 tahun. Ada 3 gua yang dimaksudkan itu:
Tulang tulang peninggalan di dalam gua ashabul kahfi
- Gua di Efesus, Anatolia, Turki sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini.
- Gua di Damsyik, Syria.
- Gua di Amman, Jordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam al Quran.
GUA EPHESUS
GUA EPHESUS _ photo dari community compas.com
Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.
Maharaja Theodosius I
Tempoh pemerintahan Ogos 378 – 15 Mei, 392 (maharaja di Timur, bersama Gratian danValentinian II di Barat);
15 Mei, 392 – 17 Januari, 395 (seluruh empayar)
Maharaja Theodious II
syiling Maharaja Theodious II
gunung pion_banjaran pion
88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
TULISAN KEDUA.
Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.
Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.
(Saudara bolih juga membaca edisi ashabul kahfi di scrib.com klik )
TULISAN KETIGA
Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut.
Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.
Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Kisah 7 pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan raja yang zalim dan mengakui bahawa mereka hanya beriman kepada Allah yang menguasai langit dan bumi. 7 orang pemuda tersebut melarikan diri dari raja yang zalim bersama seekor anjing mereka ke sebuah gua dan bersembunyi di situ lalu mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun Qamariah.
Apabila mereka bangun, salah seorang dari mereka keluar untuk membeli makanan dan mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka memasuki gua. Ini disedari apabila wang yang mereka gunakan sudah tidak laku pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan).
Pemuda tersebut kembali ke gua dan pemuda-pemuda tersebut dimatikan oleh Allah di dalam gua tersebut.
Ahli sejarah Islam dan barat telah banyak menjalankan kajian di manakah tempat berlakunya kisah 7 pemuda tersebut ditidurkan oleh Allah dalam tempoh masa yang lama. Para pengkaji Islam menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan manakalan penganut kristian mempercayai kisah ini berlaku dan menjalankan kajian mereka dari kitab bible. Pelbagai hasil kajian, pandangan telah diberikan dalam menyatakan bilakah kisah ini berlaku? Di manakah ia berlaku? Persoalan-persoalan ini telah cuba dikupas sejak zaman berzaman dan turut dibincangkan oleh ‘Alim Ulama terdahulu dan dibentangkan di dalam kitab-kitab tulisan mereka.
Bilakah ia berlaku?
Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pada zaman maharaja Rum Daqyanus atau dikenali sebagai Decius yang menguasai Amman dan memerintah sekitar tahun 249-251 Masihi. Daqyanus terkenal sebagai maharaja yang amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut-pengikutnya. Pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yang memerintah antara tahun 408 sehingga 521 Masihi.
Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini telah berlaku pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. Manuskrip sejarah membuktikan bahawa diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang tuhan-tuhannya sehinggakan Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dengan perkara tersebut. Siapa yang beriman selain dari tuhan yang dia sembah, mereka akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan adalah di antara tahun 98-117 masihi. Pemuda-pemuda beriman tersebut dikatakan bangun dari tidur ketika zaman Theodicius yang memerintah antara tahun 408-450 masihi.
Di manakah ia berlaku?
Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa kisah ini berlaku di Turki, Jordan, Syria, Arab Saudi dan Sepanyol. Di Turki sahaja terdapat 4 lokasi dikatakan peristiwa itu berlaku (Ephesus, Tarsus, Kahramanmaras dan Mardin). Penulis telah berpeluang menziarahi 3 lokasi di mana terdapatnya Gua Ashabul Kahfi iaitu di Abu Alanda, Jordan. Ephesus, Turki dan Jabal Qassiyun, Syria.
Apa yang boleh penulis simpulkan hasil dari bacaan, pemerhatian di lokasi-lokasi tersebut dua lokasi di Ephesus dan Jabal Qassiyun tidak banyak membuktikan bahawa di situ berlakunya peristiwa tersebut. Bukti yang penulis maksudkan ialah dari ciri-ciri gua yang diterangkan di dalam ayat Al-Quran. Berbeza dengan gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan. Ciri-ciri seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran agak bertepatan. 3 ciri dari ayat Al-Quran yang menjadi perhatian penulis ialah :
Jabal Qassiyum _ Photo penghunisahara.blogspot
Pertama : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17-
17. Dan Engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada Dalam satu lapangan gua itu…
Lokasi Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda, Jordan terdapat sebuah lubang dari atas gua yang memasuki cahaya ketika matahari terbit dan ketika terbenam matahari berada dari arah pintu gua.
Kedua : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 21
21. … setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah Yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. orang-orang Yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya Kami hendak membina sebuah Masjid di sisi gua mereka”.
Di atas Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda terdapat rumah ibadat yang dibina ketika zaman tersebut. Rumah ibadat yang dimaksudkan adalah rumah ibadat penganut nasrani. Ketika zaman kerajaan Umawiah, rumah ibadat tersebut telah dijadikan masjid.
Ketiga : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17
17. ..sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Bentuk gua yang terdapat di Abu Alanda adalah luas dan lapang serta tidak dalam.
Bukti dari kesan sejarah dan arkeologi.
Beberapa bukti telah dikenalpasti dari kesan-kesan tinggalan sejarah dan arkeologi bahawa gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan merupakan gua di mana berlakunya peristiwa tersebut.
Terdapat tulisan pada lengkungan pintu di dinding sebelah Timur yang menyatakan ‘Masjid diperbaharui pada tahun 117 hijrah yang merujuk kepada zaman Hisham bin Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan bahawa ketika era kerajaan Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum itu menjadi rumah ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah binaan mihrab (petunjuk arah kiblat) yang terdapat di atas gua tersebut.
Tulisan khat Kufi turut ditemui yang mengisyaratkan bahawa masjid kedua di Ashabul Kahfi diperbaharui pada zaman Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari kerajaan Abasiah. Masjid kedua yang dimaksudkan ialah masjid yang dibina berhadapan dengan gua Ashabul Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas gua ketika zaman Umawiah.
Kesan Nawawis di dalam gua. Nawawis di dalam Mu’jam Wasit (m/s 962) memberi erti kubur orang nasrani yang diletakkan mayat di dalamnya. Pada Nawawis tersebut terdapat bintang segi lapan yang membuktikan tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masihi. Menjadi adat pada ketika itu, mayat-mayat nasrani akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil bahawa mereka yang telah menguruskan mayat pemuda tersebut telah mengkebumikan mereka dengan cara dan adat mereka pada ketika itu.
Penemuan barangan tembikar, duit tembaga dan perak, lampu dari pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah, Turki Uthmaniyyah) di dalam gua tersebut dan sekitarnya. Ia membawa maksud bahawa tempat itu telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu.
Al-Waqidi di dalam kitabnya Futuhat Sham telah menulis bahawa beliau bersama yang lain telah berhenti di Ain Ma’ berhampiran gua ashabul kahfi. Mereka berhenti di Ain Ma’ tersebut berwuduk, solat dan tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya ke tanah Palestin. Ain Ma’ terletak 70 meter dari gua ashabul kahfi.
Pokok zaitun berusia ratusan tahun tumbuh berhadapan gua. Pokok tersebut telah mati dan kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun itu kini ditempatkan di dalam muzium mini di dalam gua.
Penemuan tulang di dalam Nawawis. Dikatakan bahawa tulang-tulang tersebut adalah kepunyaan pemuda-pemuda tersebut.
Dari beberapa penemuan dan bukti yang ada. Berkemungkinan peristiwa yang telah dinyatakan di dalam Surah Kahfi mengenai pemuda-pemuda yang ditidurkan selama 300 tahun Shamsiah telah berlaku di Abu Alanda, Jordan.
ARTIKEL-2
Kisah 7 (tujuh) anak muda yang tertidur didalam sebuah gua dan terbangun dari tidurnya setelah beberapa abad kemudian terdapat dalam beberapa versi dan muncul di literature Nasrani maupun Islam. Berikut beberapa literature yang memuat kisah-kisah tersebut.
Maxalmena (atau: Maksalmina, Maxalmina, Makh shalmina, Maq Shalmaina, Mixilmina) adalah salah satu nama yang diambil dari sejarah Aulia 7 (Al Qur’an, Surah Al Kahfi) atau disebut juga dengan Ashabul Kahfi. Yaitu kisah 7 pemuda yang tertidur lelap didalam gua selama 309 tahun, untuk melarikan diri dari kekejaman raja Dikyanus.
kutipan dari http://id.wikipedia.org/wiki/Dikyanus:
Dikyanus adalah raja yang berkuasa disekitar efesus, yaitu daerah yang disinyalir tempat gua ashabulkahfi berada. raja dikyanus diperkirakan berkuasa pada tahun 112 M. raja dikyanus dikenal sebagai raja yang kejam. dalam cerita ashabul kahfi diceritakan bahwa dikyanus mengancam akan menghukum mati siapa saja yang tidak sejalan dengannya. Itulah sebabnya 7 pemuda ashabul kahfi dan 1 anjingnya (bernama Qithmir) lari dari negeri itu. Di kemudian hari raja Dikyanus lengser dan setelah ashabul kahfi terbangun setelah tidur 309 tahun Hijriyah atau 300 tahun Masehi raja yang berkuasa adalah raja theodosius II yang berkuasa sekitar 421 M.
Menurut beberapa sejarahwan Islam, ketujuh pemuda tersebut bernama: Maksalmina, Martinus, Kastunus, Bairunus, Danimus, Yathbunus dan Thamlika. Serta seekor anjing bernama Kithmir, yang dipercaya sebagai satu-satunya anjing yang masuk Surga.
Banyak yang berpendapat sejarah ini terjadi di Suriah, tetapi ada beberapa ahli Al Qur’an dan Injil berpendapat mereka berasal dari Yordania.
Dongeng rakyat tentang “Tujuh Orang Efesus yang Tertidur” (”Seven Sleepers of Ephesus”) dikenal sekitar akhir abad ke lima Masehi dan dengan cepat dongeng ini menyebar ke seluruh Asia Barat dan Eropa. Para ahli sejarah menduga bahwa dongeng ini pertama kali pertama kali ditulis oleh Yakub dari Sarug (dikenal pula dengan nama Jacob of Sarug). Yakub adalah pendeta dari Syria yang lahir di Kurtam, daerah Efrata, di akhir tahun 451 M dan meninggal dunia pada tanggal 29 November, 521 M. Kisahnya kemudian diterjemahkan dalam bahasa Latin oleh Gregory dari Tours (sekitar 540-590), dalam bukunya yang berjudul “De Gloria Maryrum”.
Menurut legenda Syria , beberapa pemuda Kristen menyelamatkan diri dan berlindung dalam sebuah gua di daerah pegunungan untuk menyelamatkan diri dari ancaman pembunuhan yang diperintahkan oleh Kaisar Decius (Romawi). Para pengejarnya menemukan tempat persembunyian mereka dan lalu menutup rapat lubang gua. Tapi secara ajaib, para pemuda itu selamat dan muncul kembali sekitar 200 tahun kemudian.
Sept Dormants murés par Dèce (The Seven Sleepers Walled in By Decius). Cote : Français 185 , Fol. 234v. Vies de saints, France, Paris, XIVe siècle, Richard de Montbaston et collaborateurs
Wikipedia: http://en.wikipedia .org/wiki/ Seven_Sleepers The legend of the Seven Sleepers of Ephesus tells of the falling asleep of seven young men in a cave, who wake up after a great deal of time has passed. The Seven Sleepers of Ephesus are viewed as saints by some Christians and Muslims.
The basic outline of the tale appears in Gregory of Tours (b. 538 – d. 594), and in Paul the Deacon’s (b. 720 – d. 799) History of the Lombards. The best known version of the story appears in Jacobus de Voragine’s Golden Legend.
Their story also appears in the Qur’an (Surah 18, verse 9-26) [1], which also includes a dog among the seven.
Mengingat Surat Al Kahfi (18:9-26) adalah surat yang diturunkan Allah melalui jibril kepada Nabi, maka terdapat beberapa pertanyaan menarik seputar itu:
Mengapa ayat ini muncul di Al Qur’an? (benarkah karena pertanyaan pendeta yahudi)?
Seberapa cepatkah Pertanyaan tersebut dijawab nabi? Mengapa?
Apakah arti dan maksud kata “raqim” (Betulkah sesuai dengan penjelasan di AQ yaitu berarti anjing/sejenis anjing?)
Berapa jumlah sebenarnya para pemuda yang tertidur di gua tersebut?
Apakah mereka masih ada pada masa hidup nabi Muhammad karena ada tertulis bahwa nabi diperintahkan untuk tidak bertanya kepada seorangpun diantara mereka?
Benarkah mereka tertidur 300 tahun (Solar system) atau 309 tahun (lunar system)?
Mengapa Ayat ini muncul di Al Qur’an surat Al Kahfi 9-26?
Menurut rujukan dibawah ini, surat itu muncul karena Pertanyaan dari pendeta Yahudi dan bukan Nasrani kepada nabi Muhammad:
Ada saat itu Nadr bin al Harits adalah salah satu setan dari Quraish. Dia selalu mencaci maki Rasulullah dan menunjukkan sikap bermusuhan. Dia pernah pergi ke al Hira dan belajar di sana tentang hikayat raja-raja Persia , hikayat tentang Rustum dan Isbandiyar. Ketika Rasullulah mengadakan pertemuan dimana dia mengingatkan mereka tentang Tuhan, dan mengingatkan umatnya tentang apa yang telah terjadi pada banyak generasi yang telah lalu akan pembalasan yang ditimpakan Tuhan atas kelaliman mereka, Al Nadr mengatakan kepada mereka, “Aku memiliki kisah dan cerita yang lebih baik dan lebih menarik dari yang dia miliki, ikutlah aku”. Kemudian dia mulai menceritakan kepada mereka kisah tentang raja-raja Persia , Rustum dan Isbandiya, dan kemudian dia berkata, “Atas dasar apa kalian menganggap Muhammad adalah seorang penutur kisah yang lebih baik dari aku?”.
Sumber :
Sirah Ibnu Ishaq – Kitab Sejarah Nabi Tertua
Muhammad bin Yasar bin Ishaq
Muhamadiyah University Press, 2003, jilid 1, halaman 200 – 201
Ketika Nadr mengatakan hal tersebut kepada mereka, mereka mengirim dia dan Uqbah bin Abu Muait kepada pendeta Yahudi di Medinah ……. Sang pendeta berkata, “Ajukanlah pertanyaan kepadanya tentang 3 hal yang akan kami jelaskan kepada kalian, jika dia memberikan jawaban yang benar, maka dia memang seorang nabi, tetapi jika dia tidak dapat menjawabnya dengan benar, maka dia adalah seorang bajingan…… Tanyakan kepadanya tentang ANAK-ANAK MUDA YANG MENGHILANG dimasa lalu ….. kedua, tanyakanlah kepadanya tentang LAKI-LAKI PENGEMBARA AGUNG yang telah mencapai negeri timur dan negeri barat. TANYAKANLAH KEPADANYA TENTANG ROH. Jika mampu menjawab dengan benar maka ikutlah dia karena dia adalah seorang nabi. Jika tidak dapat, maka dia adalah seorang penipu, maka perlakukanlah dia seperti apa yang kalian kehendaki”.
Sumber :
Sirah Ibnu Ishaq – Kitab Sejarah Nabi Tertua
Muhammad bin Yasar bin Ishaq
Muhamadiyah University Press, 2003, jilid 1, halaman 201 – 202
Berapa jumlah sebenarnya para pemuda yang tertidur di gua tersebut?
sayaquuluuna tsalaatsatun raabi’uhum kalbuhum wayaquuluuna khamsatun saadisuhum kalbuhum rajman bialghaybi wayaquuluuna sab’atun watsaaminuhum kalbuhum qul rabbii a’lamu bi’iddatihim maa ya’lamuhum illaa qaliilun falaa tumaari fiihim illaa miraa-an zhaahiran walaa tastafti fiihim minhum ahadaan
[18:22] Nanti (ada orang yang akan) mengatakan878 (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan: “(jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjing nya”, sebagai terkaan terhadap barang yang gaib; dan (yang lain lagi) mengatakan: “(jumlah mereka) tujuh orang, yang ke delapan adalah anjingnya”. Katakanlah: “Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit”. Karena itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorangpun di antara mereka.
878: Yang dimaksud dengan “orang yang akan mengatakan” ini ialah orang-orang ahli kitab dan lain-lainnya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Alqur’an tidak secara tegas menyatakan jumlah pemuda, melarang Nabi bertengkar tentang mereka dan melarang bertanya kepada mereka tentang seorangpun, namun di Tafsir Ibn Kathir menyatakan jumlah 7 orang pemuda.
Apakah mereka masih ada pada masa hidup nabi Muhammad?
sayaquuluuna tsalaatsatun raabi’uhum kalbuhum wayaquuluuna khamsatun saadisuhum kalbuhum rajman bialghaybi wayaquuluuna sab’atun watsaaminuhum kalbuhum qul rabbii a’lamu bi’iddatihim maa ya’lamuhum illaa qaliilun falaa tumaari fiihim illaa miraa-an zhaahiran walaa tastafti fiihim minhum ahadaan
[18:22] Nanti (ada orang yang akan) mengatakan878 (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan: “(jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjing nya”, sebagai terkaan terhadap barang yang gaib; dan (yang lain lagi) mengatakan: “(jumlah mereka) tujuh orang, yang ke delapan adalah anjingnya”. Katakanlah: “Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit”. Karena itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorangpun di antara mereka.
878: Yang dimaksud dengan “orang yang akan mengatakan” ini ialah orang-orang ahli kitab dan lain-lainnya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Benarkah mereka tidur 300 tahun (solar system) atau 309 tahun (lunar system)
Ketika Ayat 25 menyatakan dengan tegas mengenai kepastian lamanya tidur adalah 309 tahun:
walabitsuu fii kahfihim tsalaatsa mi-atin siniina waizdaaduu tis’aan
[18:25] Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi).
maka ayat 26 yang berbunyi:
quli allaahu a’lamu bimaa labitsuu lahu ghaybu alssamaawaati waal-ardhi abshir bihi wa-asmi’ maaaa lahum min duunihi min waliyyin wal yusyriku fii hukmihi ahadaan
[18:26] Katakanlah: “Allah lebih mengetahui berapa lamanya mereka tinggal (di gua); kepunyaan-Nya-lah semua yang tersembunyi di langit dan di bumi. Alangkah terang penglihatan-Nya dan alangkah tajam pendengaran-Nya; tak ada seorang pelindungpun bagi mereka selain dari pada-Nya; dan Dia tidak mengambil seorangpun menjadi sekutu-Nya dalam menetapkan keputusan”.
Dapatkah diartikan bahwa ayat 26 merupakan sebuah re-konfirmasi penegasan mengenai lamanya tidur sebagaimana yang telah dinyatakan pada ayat sebelumnya(ayat 25)?
Jika memperhatikan tafsir dibawah ini, hal ini justru mengindikasikan arti yang sebaliknya:
If you are asked about how long they stayed, and you have no knowledge of that and no revelation from Allah about it, then do not say anything. Rather say something like this: (Allah knows best how long they stayed..)
Jika kamu ditanya tentang berapa lama mereka tidur, dan kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya dan tidak ada wahyu dari Tuhan, maka jangan katakan apapun. Lebih baik katakan (Allah lebih mengetahui berapa lamanya mereka tinggal)
Sumber :
Tafsir Ibn Kathir
Tafsir diatas justru mengindikasikan kepada kita bahwa ayat 26 seharusnya turun terlebih dahulu daripada ayat ke-25 dan bukan sebaliknya.
Kemudian, benarkah mereka tertidur 309 tahun menurut perhitungan bulan seperti yang Allah nyatakan kepada nabi Muhammad?
Pertama-tama, mari kita pastikan persamaan kalender matahari dan Bulan. Perhitungan menurut kalender Matahari(solar) satu tahun adalah 365,2422 hari dan perhitungan menurut kalender bulan(lunar) satu tahun adalah 354.36056 hari.
300 tahun Masehi = 300 x 365,2422 hari = 109572,66 hari
300 tahun Hijriah = 300 x 354,36056 hari =106310,11 hari
Selisih hari diantara dua perhitungan bulan dan matahari diatas yaitu 3.262,55 hari.
3262,55 : 354,36056 = 9,20669 tahun Hijriah (9 tahun)
3262,55 : 365,2422 = 8,93256 tahun Masehi (8,9 atau 9 tahun)
Jadi dapat kita pastikan bahwa 300 tahun Surya = 309 Tahun Bulan.
Pertanyaan berikutnya adalah benarkah mereka tidur selama 309 tahun (lunar)?
Kesimpulan kisah Ashaabul Kahfi
Berdasarkan ulasan di atas, maka kisah orang-orang yang tertidur di dalam gua versi surat Al Kahfi (18:9-26) jelas mengindikasikan ketidakakuratan dengan fakta sejarah.
Itukan menurut saya dan bagaimana menurut anda?
Diposkan oleh astrology di 17:12
Ruangan ini dalam pembinaan dan sedang mencari bahan rujukan..
di petik dari blog dan wikipedia
di susun olih hazaldin twb.kl.
Copyright 4Jan201
Tiada ulasan:
Catat Ulasan