Isnin, 30 Ogos 2010

MOTIVASI DARI KEMERDEKAAN ( 31 OGOS 2010)


Sambutan hari Kemerdekaan di Stadium bertutup Nasional Bukit Jalil
31/08/2010

BAGAIMANA MEMOTIVASIKAN DIRI ANDA

1. Bina Matlamat yang Jelas, Fokuskan Usaha Mencapainya

Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION" yang mana perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Oleh itu, tidak dapat kita tolak bahawa kunci utama yang memotivasikan diri kita dalam apa keadaan sekali pun adalah TUJUAN atau MOTIF kita. Atau, dalam kata-kata yang lebih mantap; matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita kita.

Ini bererti, jika anda sudah mempunyai matlamat atau tujuan-tujuan yang jelas dalam kehidupan anda, anda dengan sendirinya sudah mempunyai pendorong yang menggerakkan serta mengarah tuju anda untuk bertindak ke arah mencapai matlamat-matlamat anda.

Dengan yang demikian, seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas, akan seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana sampainya.

Oleh kerana itu, binalah matlamat atau apa juga yang anda ingin sekali capai atau miliki dalam kehidupan anda, dengan jelas. Matlamat anda itu akan menjadi kompas dan pendorong kehidupan anda. Seterusnya, fokuskanlah segala perhatian, tenaga dan usaha anda ke arah mencapai matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita anda itu.


2. Pegang Falsafah bahawa untuk
Mencapai Kejayaan, Kita Mesti Benar-Benar Serius, Dedikasi dan Bersungguh-Sungguh

Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Oleh itu, ketekunan atau sikap tidak kenal putus asa adalah
sebenarnya terhasil daripada kemantapan dan kejelasan matlamat seseorang.

Lagi penting atau besar ertinya apa yang seseorang itu hasratkan, akan lebih terdorong dan bersungguh-sungguhlah pula ianya berusaha.

Secara tidak disedari atau disedari, matlamat yang sangat jelas itu memberi atau menjadi dorongan kuat kepada seseorang individu atau organisasi lebih komited serta bersungguh-sungguh melaksanakan usaha-usaha mencapai kejayaan atau matlamat yang telah ditetapkan terutama sekali dalam suasana dimana individu atau organisasi berkenaan mendepani cabaran kuat.

3. Bina Keyakinan Tinggi & Semangat Waja

Salah satu sebab utama kenapa motivasi seseorang menjadi lemah ialah apabila timbulnya ketidakyakinan pada diri sendiri. Seseorang yang tidak yakin, biasanya akan kalah sebelumpun melakukan apa yang patut dilakukannya untuk mencapai kejayaan.

Oleh itu, untuk mencapai kejayaan, seseorang itu mestilah berani. Pepatah positif seperti "Berani kerana benar, takut kerana salah." serta "Alang-alang menyeluk pekesam, biarlah sampai ke pangkal lengan serta." haruslah menjadi pegangan kita.

Jadi, untuk memantapkan lagi motivasi diri, kita mestilah membina keberanian positif pada diri kita. Kita mestilah mempunyai sikap berani melakukan apa sahaja yang patut kita lakukan untuk mencapai kejayaan. Namun, pada masa yang sama tidak melakukan perkara-perkara yang tidak patut dilakukan..

Oleh kerana itu, agar anda lebih yakin dan berani, anda mestilah benar-benar tahu apa yang anda harus lakukan untuk mencapai kejayaan. Ini bererti, anda hendaklah mempunyai matlamat , perancangan dan pelan tindakan mantap. Pelan tindakan ini bertindak sebagai rangka panduan, penguat fikiran serta tindakan anda dalam menangani apa juga cabaran yang anda hadapi dalam mencapai kejayaan (di dunia serta akhirat).

Penutup
Saya yakin dengan berpandukan kepada tiga perkara di atas, anda akan sentiasa dapat memantapkan lagi motivasi diri anda khususnya tatkala mood atau semangat anda menjadi lemah.

Oleh yang demikian, mantapkanlah matlamat hidup anda. Fokuskanlah usaha dan tenaga anda untuk mencapai matlamat-matlamat anda. Berusahalah dengan penuh ketekunan, dedikasi serta penuh kesungguhan.

Yakinlah bahawa anda sebenarnya BOLEH. Katakanlah kepada diri anda, SAYA BOLEH! pada setiap ketika. Lakukanlah tindakan-tindakan yang perlu anda laksanakan untuk mencapai kejayaan dengan proaktif. Jangan sekali-kali ragu-ragu melakukan apa yang mesti anda lakukan untuk mencapai kejayaan.


Insya-Allah. Semoga kita semua sentiasa dalam lingkungan kejayaan.


artikel dari taidin suhaimin.

catatan olih hazaldin

Copyright 31.08.2010

Ahad, 29 Ogos 2010

RAMADHAN 2010

Saya sudah agak lama tidak menulis diblog ini,kali terakhir post ialah sewaktu saya menjalankan tugas luar di P.Pinang Bayan Lepas,selebih nya saya mengendalikan topographysurvey.com,topography explorer@jupem dan topografisemenanjung.
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Cerapan Anak Bulan Ramadhan di PICC dan di Menara Kuala Lumpur 10/08/2010.
Link berkaitan topography explorer@jupem
Saban tahun kita menunggu ketibaan Ramadhan dan satelah tiba maka bermula lah berbagai bagai peristewa yang mengembirakan kita serta tidak kurang pula yang menderitakan.Baik,kita cerita bahagian mengembirakan,sudah jadi tabiat manusia memang suka berita gembira.Yang paling seronok ialah para peniaga, musim ini lah akan mengaut keuntungan sahingga mencecah ribuan ringgit di musim bulan puasa ini.Di bazar ramadhan misalnya,bayangkan lah dengan bermodalkan tidak sampai seratus akan mendapat keuntungan berlipat lipat.dimana mana bazar akan penoh dengan manusia sahingga melimpah, lalulintas menjadi sesak 'jem' bagi yang menaiki kereta memang cukup memeningkan.Bagi peniaga peniaga bazar tidak menang tangan melayan pelanggan dan waktu malam pula tak menang tangan mengira keuntungan,mintak mintak terawih jangan pulak tak dihadirkan.
Itu berita gembira,mungkin anda sudah dengar cerita bagaimana bencana ribut yang melanda dibazar ramadhan di Melaka,alfatihah kepada allahyarham,itu salah satu peristewa sedih yang kita dengar dan tragedi begini akan berterusan sehingga akhir bulan puasa ini.Putus jari terkena letupan mercun.Kegiatan peniaga bahan letupan ini ' mercun'akan menjadi jadi sahingga ada yang meninggal malah sampai pecah rumah disebabkan oleh bahan ini, kanak kanak melambung sehingga 15 meter tersangkut dipokok dan berbagai cerita lagilah berkaitan dengan bahan letupan ini,itu belum dikira lagi kemalangan melibatkan keenderaan, ya allah adakah bulan ramadhan ini benar benar untuk menguji keimanan hamba hamba mu,sepatutnya ramadhan begini akan memberi kesedaran dan menambah keimanan kita,bukan bulan yang mengundang berbagai tragedi ngeri..

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888