Ahad, 12 Julai 2015

KES PERGADUHAN DI PLAZA LOW YAT

CERITA   1.
Kes gaduh dekat Low Yat semalam tu Amran rasa memang sah-sah punca awal dari peniaga tu sendiri. Cuma nak dialihkan perhatian mula lah disebarkan cerita kononnya berpunca dari budak Melayu tu yang mencuri. Padahal difitnah mencuri. Orang yang rajin cari gadget dekat Low Yat atau The Mines tau la situasi ni macam mana.
Cuma yang jadi meletop tu sebab buku bertemu ruas. Selama ni peniaga pailang macam ni dia org makan budak-budak bodo, orang tua, student kolej, kali ni mungkin dia dah tersilap makan budak.. so mendapat la.
Kalau ikut pengalaman orang sekeliling Amran lah kan, dah dua org member Amran yang kena kencing macam ni. 1st dekat Petaling Street. 2nd dekat The Mines. Modus operandi dia sama je, sapa tawar harga tapi tak beli memang kena belasah.
Tak semua peniaga gadget mcm tu. Tapi 90% peniaga Low Yat, Petaling Street dan The Mines memang perangai mcm tu. Terminal One Seremban pun dah mula nak menjangkit wabak ni.. Orang ramai yang nak ke tempat-tempat macam ni diharap lebih berhati-hati la.
Dia org ni dah makin naik tocang.. Kita melayu ni memang la bukan bangsa yang memonopoli peniagaan gadget mcm ni, tapi kalau kau berniaga tu betul nak cari rezeki halal, kau tak kan buat perangai mcm ni. Tak pecaya kau boleh masuk mana-mana downtown yang rata-rata peniaganya orang Melayu.
Tak pernah lagi Amran nampak peniaga buat perangai mcm ni dekat pembeli rasanya.
Kepada semua peniaga Melayu tu, harap korang tak buat lah perangai mcm ni bila berniaga. Set dalam otak kau tu yang rezeki Tuhan bagi. Tak payah nak ugut-ugut orang untuk beli barang kau. Ada rezeki ada la. Kalau nak 24 jam dapat duit, pegi jual dadah la bodo. KREDIT
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
CERITA  2
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa disaran untuk menutup sementara Plaza Low Yat sehingga siasatan insiden pergaduhan yang berlaku pada malam Sabtu berpunca akibat penipuan oleh peniaga di lokasi itu selesai.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, isu penipuan serta paksaaan pembeli bukanlah perkara baru di Low Yat malah beberapa kawasan lain di sekitar ibu negara.Bukan sahaja di Low Yat malah di Jalan Petaling dan beberapa kawasan penjual yang diketahui dijaga kumpulan gangster. Jika ada pelanggan yang membatalkan hasrat untuk membeli, mereka akan diherdik. Ia sekali gus menimbulkan ketakutan kepada pembeli sendiri"Banyak lagi contoh pembeli yang biadab. Cara mereka menjual juga seolah-olah seperti gangster, bagus juga ada kes sebegini, barulah semua orang buka mata. Biar masyarakat tahu ada situasi begini.
"Penyelesaiannya mudah, tutup sahaja Low Yat dahulu, selain memberi masa agensi berkenaan menyiasat peniaga terbabit, ia satu bentuk teladan tentang memberi kepentingan kepada pengguna di lokasi tumpuan seperi Low Yat ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rani mengulas kejadian sekumpulan tujuh lelaki mengamuk di Plaza Low Yat pada Sabtu selepas seorang rakan mereka dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
Dalam kejadian yang berlaku jam 7.50 malam itu, beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai.
Dipercayai lelaki terbabit sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan plaza terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Tindakan itu bagaimanapun membangkitkan kemarahan rakan-rakannya menyebabkan mereka mengambil tindakan menyerang kedai telefon bimbit terbabit bersama pembantu jualan yang ada.
Walaupun dikatakan timbul isi rasis dalam insiden ini, Abdul Rani menjelaskan, pihak berkenaan tidak harus diberi muka untuk mengelakkan perkara seumpama itu berulang.
"Kami akan membuat laporan polis esok. Ia merupakan isu gangster dan harus diberi perhatian sewajarnya.
"Saya mahu tekankan, paling penting mana-mana lokasi termasuk Low Yat ini harus segera ditutup jika insiden seumpama ini berlaku," jelasnya.
Pada pagi Ahad, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Muez Abdul Aziz berkata pihaknya akan memulakan siasatan berhubung insiden pergaduhan di Low Yat tersebut.
Bagaimanapun pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada suspek yang kini ditahan polis.
Abdul Rani sebelum ini pernah menasihatkan pengacara popular, Azwan Ali untuk berhenti menimbulkan kekecohan dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis seandainya Azwan melakukan kesalahan sama semula.Ia rentetan permohonan maaf Azwan yang dikatakan menjadi punca perselisihan faham dengan peminatnya mengenai cadangan tempat makan yang menarik.
----------------------------------------------------------------
CERITA  3
Berikutan pergaduhan yang berlaku di Plaza Lowyat semalam, pihak polis akhirnya tampil memberi penjelasan menjelaskan apa yang berlaku di sebalik kejadian.


Sejak dari tercetusnya pergaduhan kira-kira jam 7.50 malam semalam, orang ramai mula tertanya-tanya apa punca kejadian.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, salah seorang dari tujuh lelaki yang terbabit sudah ditahan polis dan mendakwa mereka ditipu oleh peniaga di Lowyat.
"Siasatan juga akan dilihat dari segi produk dan proses jual beli kerana mereka (yang mengamuk) mendakwa ditipu oleh peniaga."
Selain itu, pihaknya juga akan meminta KPDNKK agar menyiasat dakwaan terbabit.
"Jadi bila menyebabkan penipuan kepada pengguna ini, kita minta KPDNKK untuk bersama menyiasat perkara ini," memetik laporan dari Astro Awani.
Lelaki terbabit yang berusia 22 tahun telah ditahan oleh pengawal keselamatan dan diserahkan kepada pihak polis.
-----------------------------------------------------------------------------------------
CERITA 4
KEDAI DISERANG

Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat telah mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan bermotifkan dendam.

Kejadian berlaku kira-kira 7.50 malam itu selepas berbuka, dikatakan 7 orang lelaki Melayu telah datang dan menyerang kedai berkenaan.

Mereka memukul dan merosakkan barangan dalam kedai tersebut yang menanggung kerugian hampir sebanyak RM70,000.

PUNCA

Pergaduhan itu berpunca kerana rasa tidak puas hati seorang lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan kerana dikatakan telah mencuri telefon bimbit di kedai itu.

Suspek yang ditahan oleh pengawal keselamatan itu kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kemudian, suspek bersama 7 orang lelaki Melayu yang dikatakan rakannya telah datang semula dan menyerang kakitangan Oppo dan merosakkan segala barangan di premis itu.

Tindakan itu telah mengundang kemarahan para peniaga di bangunan itu dan menyebabkan mereka pula dibelasah sehingga ke kawasan pintu masuk utama Plaza Low Yat.

Polis berjaya menangkap seorang rakan suspek yang berusia 22 tahun dan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan.

REAKSI NETIZEN

Terdapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial. Ada yang berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama ini sering menipu pelanggan mereka.

Antara komen yang diberikan:

"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!"

Tidak kurang juga ada yang mendakwa suspek telah dituduh mencuri telefon bimbit di premis tersebut.

LAPORAN POLIS

Antara kenyataan polis:

"Salah seorang rakan suspek tidak berpuas hati telah memanggil beberapa rakannya dan bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon,"

Bagaimanapun setelah dibawa ke balai, suspek menunjukkan bukti pembelian dan dilepaskan serta merta oleh pihak polis.








-------------------------------------------------------------------------------
CERITA 5

Seorang lelaki yang juga pemilik kedai telefon di Plaza Low Yat telah menceritakan kejadian sebenar insiden pergaduhan yang berlaku di plaza terbabit.


Lelaki bernama See Ming Ho telah mendakwa lelaki itu (suspek) telah bersetuju untuk membeli sebuah telefon bimbit jenis Lenovo.

Namun secara tiba-tiba lelaki itu terus menghilangkan diri bersama telefon bimbit yang belum dibayar itu sewaktu dia terleka mahu memberikan free gift.


Selepas kejadian itu, kira-kira 3 jam kemudian, sekumpulan lelaki seramai 7 orang telah datang kerana tidak berpuas hati sebelum bertindak memukul ketiga-tiga jurujual yang menangkapnya.


Ini komen dari See Ming Ho:

"Kejadian terbabit menyebabkan saya menjerit dan meminta bantuan daripada peniaga lain, sebelum berjaya mengesan lelaki berkenaan di tingkat bawah.

"Lelaki terbabit kemudian berjaya ditangkap oleh tiga jurujual sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan dan pihak polis," 

"Kami serahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan lanjut,"

Pemilik kedai telefon itu juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee.





Ahad, 5 Julai 2015

.NAJIB DEDAH BAGAIMANA TUN BOLEH KEKAL JADI PM 22 TAHUN.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak sekali lagi melancarkan kritikan balas terhadap serangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya dengan berkata, bekas perdana menteri itu mampu kekal 22 tahun menerajui Umno kerana halangan perlembagaan parti ketika itu, yang memerlukan sekurang-kurangnya 63 undi ketua bahagian bagi merebut jawatan tertinggi itu.

“Kalau dahulu hendak cabar presiden, mesti ada undi 63 ketua bahagian, jadi Tun Mahathir bolehlah kekal 22 tahun guna perlembagaan itu,” katanya di majlis “Sepetang Bersama Perdana Menteri” di Klang hari ini.

Sabtu, 4 Julai 2015

ISTERI CURANG - KISAH IKHTIBAR




Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. Saya just copy paste jer kat sini, untuk bacaan kita bersama – sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri – dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya…
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.
“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
“Entahlah.” katanya perlahan,
” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.
“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut
“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.
“InsyaAllah.” Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”
“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.
“Keluar lendir bercampur nanah.”
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”
“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?”
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”
“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.



Sumber: http://soleh.net/2007/10/03/isteri-curang-menghadapi-siksa-dunia/

Khamis, 2 Julai 2015

WARGA EMAS DIJEMPUT SEKADAR MERAMAIKAN MAJLIS.


Berlegar dilaman sosial hari ini kisah seorang warga emas berumur 62 tahun yang dijemput oleh pihak Baitulmal untuk menerima sumbangan Hari Raya di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang akan dihadiri oleh pemimpin negara.

Cerita berkenaan telah diceritakan oleh anak warga emas berkenaan, Rabiatun Asmah Mohd Ali, mengenai ibunya yang didakwa telah dianaiya oleh pihak Baitulmal dan juga seolah ditipu untuk membuatkan ibunya pergi ke majlis yang kononnya penyerahan sumbangan hari raya untuk mereka.

Menceritakan kisah itu, ibunya telah bangun pada jam pukul 2 pagi (2 Julai) selepas dikatakan pihak Baitulmal telah menelefonnya meminta pergi ke Masjid Az-Zubair pada jam 4 pagi kerana ada makanan sahur disediakan.

Belum sempat menjamah makanan yang disediakan, ibunya yang ditemani abang ipar sudah diarah menaiki bas untuk bergerak ke Maeps

"Mak cepat-cepat ambil sebungkus bekas makanan dan menaiki bas dimana di dalam perjalanan mak membuka makanan tersebut. Apa yang ada hanya sedikit nasi (mkn dirumah lagi kenyang) dan lauknya ikan bilis goreng sejemput...tiada sayur..dan kurma dua biji." katanya.

Apabila sampai di Merps hari masih gelap dan masing-masing mahu menunaikan solat subuh namun apa yang mengejutkan bas berkenaan berhenti sejauh 500 meter dari dewan yang dikatakan akan diadakan majlis berkenaan.

"Mak yang berumur 62 tahun gagahkan diri berjalan sejauh itu dari langit bewarna gelap hinggalah suasana menjadi cerah baru sampai ke dewan berkenaan, tiada kakitangan yang datang membantu insan-insan lemah seperti mak ini."



"Menurut kata mak ada orang yang lebih tua darinya dimana ada yang sampai jatuh terjelepok kerana tidak mampun untuk berjalan lagi dan merungut kerana pemandu bas berkenaan memberhentikan bas terlalu jauh dari dewan," katanya lagi.

Apabila sampai ke dewan ibu wanita berkenaan hendak memasuki tandas untuk mengambil air sembahyang tetapi orang menunggu terlalu ramai dan dia tidak mampu berdiri lagi menyebabkan warga emas itu terpaksa meninggalkan solat subuh kerana keadaan kemikian.

Selepas jam 7 semua jemputan masih menanti-nanti, selepas 2 jam menunggu tiada apa-apa majlis lagi bermula menyebabkan ibu beliau pergi ke tandas selepas.

Semasa di tandas ibu beliau telah menegur seorang gadis dengan bertanya "Majlis ape ye ramai sgt nie?" Gadis tersebut jawab.."Majlis nie saje nk meramaikan majlis makcik" Mak mengangguk tanda faham.

Terpandang di luar dewan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak sudah sampai dengan kereta iringan.

"Terdetik dlm hati mak...PM boleh pula naik kereta sampai dewan..kenapa rakyat perlu susah-susah berjalan jauh-jauh."

Selepas sejam PM berucap, majlis yang merupakan majlis sumbangan aidilfitri untuk asnaf Baitulmal dan ibu beliau didakwanya hanyalah jemputan sahaja.

Tiada sumbangan aidilfitri pun buat mereka di mana hanya menerima cenderahati berupa sebuah beg kain berisi kain pelikat, kain batik dan tuala kecil.

Habis majlis kira-kira pukul 11 pagi ibunya yang ditemani abang ipar keluar cepat-cepat kerana takut ditinggalkan bas yang membawa mereka datang sebab ibunya itu berjalan dengan perlahan.

"Mak berjalan ke bas tapi mak sempat merungut..penat mcm nak mati...mak x larat..tapi mak gagahkan juga...berkali2 mak berhenti kepenatan..mak ada semput..mak asyik kata "tobat aku xkan pergi lg"..smpai abg ipar terpaksa papah mak..aku menangis dengar cerita mak...sedih sgt2."



"Sesampai di dalam bas..mak menarik nafas lega sebab dapat duduk..sblm bas bertolak..kakitangan baitulmal bagi sampul raya...Mak ckp syukur dpt rezki walau pnt..tp ble smpai rumah..buka2 hanya ada rm30..mak ketawa sendiri..."tobat aku xkn pergi lg", ceritanya mengenangkan nasib ibunya diperlakukan demikian.

Kerana penyebaran cerita ini, ada pihak telah membawa perkara ini kepada pihak Baitulmal sendiri. Baitulmal dalam maklum balasnya memberitahu kain pelekat dan kain batik hanyalah cenderahati tetapi akaun tunai aidilfitri mereka akan masukkan ke dalam akaun penerima sebanyak RM500 pada 1 Julai dan sebahagian lagi pada 3 Julai.

Puan Rabiatun Asmah Mohd Ali menyifatkan apa yang dilakukan oleh Baitulmal tersebut adalah satu penganiyaan terhadap warga emas dan golongan kurang upaya kerana bantuan boleh diagihkan ke kawasan masing-masing bukannya mengadakan majlis yang menyusahkan sedemikian.

Ahad, 28 Jun 2015

KHAS BUAT ISTERI - 25 SEBAB SUAMI ' MENTAL '


25 sebab suami ‘mental’!
1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “Hubby I tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla”
2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “Hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer..ok tak”
3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “Kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “Bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya…dah mengkal merah dah”
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok. ie “Eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “Bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam, gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze “
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. “Saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah… kan lain tu”
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “I dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??”
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “Screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad…”
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber… .ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “Malam nih I jemput Lina dan Anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan”
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..”
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie.” sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul ..”
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih..”
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih..”
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. “i dah kata jangan kasi
budak budak tu prepaid, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. “eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…GRO universiti mana pulak awak nak nih…”
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!”
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak pai daging dan spaghetti kambing ..”
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.”..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak..”
DAN AKHIR SEKALI
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama Susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak kacau dodol…..

SANG WANITA.

Dr Siti Hasmah
( Sekadar gambar hiasan )

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.
"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan".

Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya. Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan
bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali
menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan
wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang
menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau
letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan
pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".

Sabtu, 27 Jun 2015

ISU NAMPAK ' LURAH FARAJ ' FARAH ANN

Sultan Ketua Agama Islam. Ketua dah cakap OK...nak buat apa lagi. Memang berjaya program menghancurkan islam secara halus tanpa senjata melalui PROGRAM 3S Sex, Sport & Spirit. Jadi halal semua hukum yg sebelumnya haram. Sport punya pasal. Junjung titah tuanku...patik nak buat guanner lagi doh? Sport punya pasal....bina badan pakai cawat dan swimmer pakai sepentot pun OK asalkan dapat pingat. Dah lama isu ni...TAPI saya share juga penjelasan WP













ISU PAKAIAN GIMNASTIK FARAH ANN ABDUL HADI - TITAH SULTAN
Isu hangat ini mengundang terlalu banyak reaksi dari pelbagai pihak. Yang agak liberal dan meminati sukan kuat menyokong. Yang konservatif keras mengkritik. Ada juga yang mengambil sikap berdiam diri.
Bagi kami, Farah Ann Abdul Hadi, 21 sudah cukup dewasa, cukup sihat rohani dan jasmaninya untuk memikirkan baik buruk untuk dirinya sendiri. Memang silau mata dan bergetar jiwa melihat susuk tubuh tinggi lampai dan senyuman meleret gadis ayu ini. Lebih menggetarkan lagi apabila menonton video aksi beliau dihiasi dengan senyuman yang menggoda para juri, terutamanya yang lelaki.
Ada hati yang bergetar kerana trangsang nafsunya. Ada pula yang bergetar kerana merasa berdosa membiarkan saudara seagama beraksi dan berpakaian sedemikian rupa. Mungkin golongan kedua itu yang banyak mengkritik. Malangnya kritikan itu tidak ke mana, malah Farah sendiri angkuh menyerang pengkritik dengan tajuk : "Tin kosong memang berbunyi nyaring".
Aktiviti Farah dalam sukan gimnastik ini sudah bermula sejak usia 3 tahun. Ia mendapat sokongan penuh keluarga, terutama bapanya sendiri. Soal menutup aurat juga seperti bukan isu lagi kerana gaya hidup keluarga ini memang kelihatan agak 'moden dan liberal'. Itu dapat dilihat dari terlalu banyak gambar-gambar 'peribadi' yang terpapar di FB mereka.
Terkini DYMM Sultan Selangor berkenan mengutus surat sokongan yang antaranya menitahkan agar Farah mengabaikan kritikan soal pakaian terhadapnya. Farah dikatakan mengharum nama negara.
Tunku Idris Sultan Ibrahim, Kerabat Johor juga meminta masyarakat berhenti mengkritik Farah. "Mungkin Farah lebih dekat dengan pencipta dan lebih baik dari orang yang 'mengata' dia", ujar beliau yang merujuk kata-kata Mufti Ismail Menk.
Berikut antara beberapa tajuk komen pihak-pihak lain sebagai gambaran reaksi umum,
>> Biarlah Tuhan sahaja yang menghakimi Farah Ann - Khairy Jamaluddin
>> Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita Islam' - Mufti Perak
>> Kontroversi Farah Ann: Hentikan obsesi terhadap perkara remeh - CENBET
>> Bising bila nampak lurah faraj, diam bila tengok drama peluk-peluk - Dr Mariani
>> Jangan ingat punggung kamu macam Kim Kardashian - Budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail
>> Apakah sumbangan mereka yang komen bahagian sulit atlet kepada negara? - Marina Mahathir

Ekoran dari isu ini juga, telah dibuat satu Page Khas buat menyokong Farah Ann. Sudah 26,000 like Page itu. Masyarakat bukan Islam dan Muslim liberal yang ramai aktif memberikan komen sokongan di situ. tidak pasti samada komen pengkritik dipadam atau memang tiada yang membantah di situ..
KESIMPULANNYA
Dahulu kita buat alasan bersukan untuk riadah. Kemudian kita jadikan riadah itu satu acara yang dipertandingkan. Maka berkorban dan berjuanglah kita untuk memenangi pertandingan itu demi meraih NAMA diri dan negara. NAMA ALLAH dan ISLAM kita buat-buat lupa. Kita benar-benar telah menyembah dan mengagungkan pingat sukan itu hingga sanggup meletakkan perintah Allah 'di bawah'.
Islam itu agama nasihat, agama ilmu dan agama yang memerdekakan manusia. Merdekanya Muslim ialah untuk melaksanakan perkara ‘baik’ yang Allah perintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Semua itu adalah untuk memastikan kita hidup aman, selamat dan sejahtera (salam).
Memang tiada paksaan untuk beragama dengan agama Islam. Namun setelah kita jelas tentang kebenaran dan kebaikan Islam serta redha untuk bersyahadah dan mengaku beragama Islam, di situlah kita 'terpaksa', atau istilah hukumnya dipanggil "wajib" untuk mematuhi perintah agama.
Dalam isu ini, kita semua bertanggungjawab dengan apa yang kita ulas, kita kritik, kita kondem mahupun kita nasihatkan. Ada yang menyokong sehingga menampakkan perintah Allah itu dilihat terlalu remeh lalu didustakan. Ada yang mengkritik sampai ke peringkat kondem dan menghina hingga tegang.
Jika kita ikhlas memberi nasihat yang berpaksikan ilmu, dengan penuh hikmah dan kesabaran, semata-mata atas dasar kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah, maka insyaAllah ia jadi amal soleh di bulan Ramadhan yang penuh barokah ini. Jika sebaliknya, maka kita juga harus bersedia menerima akibat dan balasannya.
Bagi kami, jika nasihat kita yang baik dan berhikmah itu pun tidak didengar, maka sekurang-kurangnya kita sudah melaksanakan kewajiban sebagai saudara. Jika kita tidak boleh mengubah manusia, maka aturlah langkah untuk mengubah diri kita sendiri. Selebihnya kita berlepas diri.
DARI WARGA PRIHATIN
___________________________________________________________________________________________
Berikut ini kami petik komen dari Dr Fathul Bari Mat Jahya yang bertajuk,
AHLI POLITIK DAN ARTIS PUN KENA TUTUP AURAT
KUALA LUMPUR: Jun 15, 2015 - Masyarakat diminta tidak hanya memfokuskan kepada isu aurat ahli gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi selain bersikap terlalu selektif dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut yang mengaibkan diri antara satu dengan lain.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata hukum kewajipan aurat merupakan hal yang tidak diragui lagi, malah satu kemunafikan jika orang Islam sendiri mempersoalkannya.
"Ia jelas dalam firman Allah yang membawa maksud, "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
"Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.
"Sebenarnya, tidak wajar untuk kita memfokuskan hanya kepada isu Farah Ann sedangkan atlet sukan yang lain, artis, pemimpin, penjawat awam serta swasta dan masyarakat Islam secara umumnya juga perlu diingatkan serta difahamkan tentang kewajipan aurat.
"Sikap selektif tidak akan menyelesaikan isu ini, sebaliknya hanya akan membawa kepada aib mengaibkan antara satu dengan yang lain.
"Kita perlu melihat isu aurat ini secara telus melalui perspektif agama yang merentasi apa jua sentimen kerana hukum aurat tidak dibataskan dengan status, pangkat, pingat emas, populariti dan lain-lain.
"Sebaliknya ia adalah hukum yang Allah turunkan ke atas semua umat Islam. Maka, bahaskan secara telus, ikhlas dan berhikmah," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Dr Fathul mengulas sikap pengguna media sosial yang menyelar ahli gimnas berusia 21 tahun itu selepas gambar atlet yang berpakaian gimnastik ketat tersebut dikatakan menampakkan lurah faraj.
Jelas Dr Fathul, apabila isu aurat dibangkitkan dalam kes Farah, cadangan supaya wanita tidak terlibat dalam sukan sebegini merupakan cadangan yang terbaik sebagai mengambil langkah berhati-hati demi melaksanakan tuntutan agama.
"Namun, jika ia tidak dipersetujui, saya ingin cadangkan supaya pihak kerajaan sediakan juga alternatif pakaian untuk atlet wanita negara yang ingin menjaga aurat mereka.
"Walaupun tidak perlu kepada paksaan, namun penjelasan tentang kewajipan aurat tetap perlu menyeluruh.“
Penyebaran gambar-gambar yang mendedahkan aurat dan perbincangan tentang tubuh badan orang lain adalah hal yang mengaibkan ” - Dr Fathul
"Merupakan satu hal yang menyedihkan jika pihak kerajaan tidak boleh memperjuangkan alternatif pakaian yang menutup aurat bagi atlet sukan negara lelaki mahupun perempuan," ujarnya.
Dr Fathul, dalam pada itu, turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan Farah, namun mahu atlet itu tidak memandang remeh dengan teguran masyarakat umum tentang etika berpakaiannya.
"Farah mungkin memiliki alasan yang tersendiri. Namun, hukum tetap hukum dan ia tidak akan berubah walaupun berjuta pingat emas diperolehnya.
"Alangkah baik jika saudari terima nasihat-nasihat tersebut dengan positif dan berusaha untuk memperbaik kekurangan. Moga Allah berikan kekuatan kepada saudari.
"Kepada yang menasihati, saya nasihatkan supaya menjaga lisan. Nasihat perlu dibina atas kasih dan sayang serta bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan bukan melahirkan kebencian.
"Penyebaran gambar-gambar yang mendedahkan aurat dan perbincangan tentang tubuh badan orang lain adalah hal yang mengaibkan.
"Dan tentunya termasuk dalam maksud hadis Nabi, "Barangsiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat" (Riwayat Abu Daud, no:4946)," katanya.
Pada Sabtu, Farah ‘menyerang’ kembali mereka yang mengkritiknya kerana mengenakan pakaian yang menjolok mata semasa di Sukan SEA 2015 di Singapura.
Farah melalui laman Twitternya, menulis peribahasa "empty cans make the most noise," atau ‘tong kosong bunyinya nyaring,’ yang membawa maksud orang kurang pengetahuan yang suka bercakap kosong.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata mana-mana individu beragama Islam tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan hukum menunjukkan aurat kepada bukan muhrim yang sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan Hadis termasuk larangan membuka aurat di dalam isu sukan.
Tegasnya, isu itu seharusnya sudah jelas sejak berzaman dan tidak terlalu terikut-ikut dengan konsep serta cara pemakaian yang diperkenalkan negara Barat.

Tulisan  dari  WARGA PRIHATIN